22 Mei 2010

Pakatan Rakyat Kedah Dedahkan Pembohongan Umno-BN Malam Ini

Satu himpunan besar-besaran dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat akan diadakan di Kompleks PAS Kedah malam ini bagi membongkar kejahatan Umno-Barian Nasional yang cuba menyebarkan fitnah tidak berasas kononnya Dewan Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan.

Ceramah tersebut yang dianjurkan PAS Kedah turut menampilkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada KEADILAN dan DAP yang kononnya bakal keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pengerusi KEADILAN Kedah, Ahmad Kassim ketika dihubungi Suara keadilan berkata ceramah tersebut merupakan satu pendekatan bagi menangkis segala serangan yang dilakukan Umno-BN yang menyebarkan dakwaan berkenaan.

"Ada desas-desus tak menyenangkan pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan rakyat jelata. Jadi kita akan buat sesuatu antaranya tampilkan individu dari KEADILAN dan DAP yang disebut-sebut akan melompat parti dan buktikan malam ini segala serangan Umno sebenarnya tidak berkesan dan berasas," ujar beliau.

Menurut Ahmad berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memberikan penjelasan mengenai isu itu di kompleks berkenaan yang boleh memuatkan lebih 5,000 orang.

Ketika ditanya bagaimana spekulasi tersebut boleh tersebar, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah mendakwa ia adalah propaganda Umno-BN sendiri.

"Spekulasi ini timbul bermula dengan tulisan daripada blog yang ditaja Umno-BN. Mereka inilah yang memulakan cerita dan kemudian berita angin ini diambil oleh wartawan dan rakyat pun mula percaya," katanya.

Beliau menyifatkan spekulasi itu sebagai niat jahat Umno-BN yang cuba menipu rakyat setelah kehilangan kuasa di negeri itu pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Propaganda Umno-BN juga berusaha keras untuk mengelirukan pemikiran rakyat dengan menyebarkan khabar angin melalui SMS dengan mengatakan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam akan mengadakan sidang media bersama dua ADUN Pakatan Rakyat Kedah pada pukul 2 petang tadi di sebuah hotel di Shah Alam.

Manikavasagam berkata desas-desus itu tidak benar dan menganggap ia satu provokasi Umno-BN untuk menggugat kestabilan Pakatan Rakyat.

"Tak ada la, ini semua tak betul. Saya baru balik dari pergi pancing bersama Dr Hamka (AJK Cabang Kapar) di Puncak Alam. Satu jam saya bersama dengan dia. Saya juga ke pusat khidmat dan malam ini akan ke Ampang ceramah bersama Zuraida (Ahli Parlimen Ampang).

"Saya nafikan sekerasnya perkara ini. Saya tetap akan lawan Umno BN. Biar mereka mimpi saya akan keluar parti, saya tetap setia dengan Pakatan Rakyat. Ini ada pihak yang 'provoke' dan bagi saya marah. BN akan dapat banyak kelebihan jika saya buat keputusan keluar Keadilan. -SK


MP Kapar masih bersama PKR

Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada PKR hari ini.

"Ini semua cakap-cakap yang dicipta oleh si licik yang cuba merenggangkan hubungan saya dengan pemimpin parti.

"Semua mereka boleh terus bermimpi ahli parlimen Kapar akan melompat," katanya dalam blog.

Manikavasagam berkata, beliau menerima banyak panggilan telefon sejak pagi tadi bertanyakan tentang satu sidang media pada jam 2 petang di Shah Alam, di mana beliau dikatakan akan hadir bersama dua wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada Kedah.

Mendengar khabar angin itu, kira-kira 30 wartawan sudah sedia menunggu pengumuman yang tak kunjung tiba itu di sebuah hotel.

Sehingga jam 2.30 petang, tiada sebarang kelibat pihak terbabit kelihatan.

Manikavasagam dipercayai dikaitkan dengan khabar angin itu apabila beliau dilihat 'bertegang' dengan Menteri Besar Selangor dan pemimpin Pakatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam syarikat kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Kes itu kini dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), bawah DUN Selangor. -mk



3 ulasan:

Nizam berkata...

Kalau kerajaan kedah tumbang sekali pun, kami dah tak heran sebab pas-umno bukan ke kerajaan abang adik? Pergi JAHANAMlah pemimpin yang berkata demikian yang tak pernah merasa penat jerih perjuangan di jalanan. Bergabunglah dengan ummo yang kamu sanjung tu konon-kononnya lebih Islam dari yang lain. Bila kamu dipijak-pijak oleh umno nanti baru kamu sedar betapa pentingnya aktivis perjuangan yang berada di barisan depan dipijak, dilokap, dibelasah oleh anjing-anjing umno.

Lagi sekali saya katakan, PERGI JAHANAM dengan pemimpin pas yang tak pernah hargai penat jerih aktivis menentang umno. Kami dah tak peduli kerajaan kamu nak tumbang ke, nak terlungkup ke. Itu kamu semua perlu bertanggungjawab. Tiada lagi rasa hormat kami pada kamu walau pun bergelar dato, dato seri, tan sri, tuan guru... kami dah bosan dengan kamu semua. Lebih baik kamu semua terlungkup seperti terengganu atas kebodohan kamu semua memimpin.

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan UMNO kerajaan pusat lebih baik lagi dari tumbangkan kerajaan negeri PAS.

Tanpa Nama berkata...

Siapa sokong umno mereka pun bersubahat meluluskan lesen judi.Tumbangkan umno!!