Adun Kampung Tunku, Lau Weng San mencabar ahlli-ahli Umno dan PERKASA untuk mengumumkan pendirian mereka sama ada mereka menyokong tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi lesen judi bola kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan.
Menurut Lau Weng San, ketika pilihanraya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor, BN dan Umno mengkritik calon Pakatan Rakyat(PR), Datuk Zaid Ibrahim sebagai kaki botol dan judi. Walaupun dalam isu arak beliau telah bertaubat dan beliau turut menafikan bahawa berliau terlibat dalam perjudian, Umno tidak habis-habisan mengkritik beliau.
"Jika Umno betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar mereka untuk berdiri dan membantah keputusan kerajaan BN yang membenarkan pemberian lesen judi bola kepada syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan ini.
"Saya juga melemparkan tuduhan yang sama kepada pertubuhan PERKASA yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya berbuat demikian," tegas beliau.
Beliau berkata, Jika ia tidak dilakukan, ini sekali lagi membongkarkan sikap hipokrit Umno dan BN, mereka hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik sewaktu adanya pilihanraya kecil tetapi apabila kerajaan yang diketuai mereka sendiri melakukan yang sama, mereka terus membisu.
Sehingga sekarang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih membisu dalam isu ini seolah-olah ingin membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja.
"Sebenarnya, hasrat kerajaan BN membenarkan pemberian lesen judi bola ini adalah amat jelas sekali, iaitu mereka ingin mengutip cukai eksais yang lumayan daripada aktiviti judi bola ini dengan alasan kononnya pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram," kata beliau. -erapakatan

Ridhuan Tee Bidas Lesen Judi, Gesa BN Pertimbang Semula
Suara bantahan kepada isu kelulusan lesen judi bolasepak semakin kuat.
Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya mempertimbangkan semula rancangan meluluskan lesen judi kerana ia mengundang mudarat kepada masyarakat Islam.
Beliau berkata pandangan Islam berhubung soal judi sudah jelas lagi nyata lantas soal menghalalkan skim judi Piala Dunia 2010 seharusnya tidak berbangkit sama-sekali.
"Saya ingin menyarankan kepada pihak berkuasa supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Ya, dari satu segi kerajaan mahu mengelakkan judi haram, namun kita perlu timbangkan mudarat yang lebih besar," tegas beliau.
Dr Ridhuan berkata statistik dan liputan media menunjukkan masalah umat Islam yang terlibat dalam gejala sosial amat menakutkan. Pertambahan pusat judi halal akan hanya menjadikan situasi masyarakat Islam semakin parah.
"Walaupun kita katakan ia untuk orang bukan Islam, tetapi tidakkah kita membuat kajian bahawa betapa ramai umat Islam yang membeli nombor ekor hari ini walaupun tertulis dengan jelas, umat Islam dilarang masuk di premis tersebut, begitu juga perjudian mereka ke Genting Highland." -TVS
3 ulasan:
Jelas sekali hukum Islam dalam UBN sudah terselam.
TPM terperanjat dgn reaksi masyarakat kerana baru bangun tido...selama ni dia menyangkakan rakyat bertepuk tangan atas kebijaksanaan (konon)kerana kera..jaan akan dapat dana hasil cukai daripada judi yang dihalalkan..Benarkah judi halal ni dapat membendung org islam dpd berjudi?Hanya setakat tampal papan kenyataan di dinding2 premis judi tidak akan dapat menghalang org Islam dpd berjudi..Hanya kenyataan tanpa pelaksanaan atau tangkapan keatas org Islam yang berjudi umpama mencurah air ke daun keladi..Sia-sia dan hanya membazir shaja..Itulah yang diamalkan oleh UMNO@APCO selama ini..
http://waksab.blogspot.com/2010/05/membendung-judi-haram.html
Perkasa dah jadi perkasam semasam masamnya Ptuuuiiiihhh!!!!!
Catat Ulasan