26 Apr 2010

Hulu Selangor: Anugerah Dari Kegagalan

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, kekalahan itu bukanlah penentu kepada kejatuhan PKR tetapi bakal bangkit dengan kemenangan pada pilihan raya umum ke 13.

“Saya boleh terima kekalahan saya dan saya percaya semua terima kekalahan ini sebab dalam pertandingan pasti ada yang tewas.

“Tetapi biarlah rakyat negara ini merasa mereka tewas bukan kerana ditipu. Tewas kerana kita ingin kestabilan negara dan rakyat mestilah diberi keyakinan bahawa tidak sia-sia undi itu,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini selepas pengumuman kekalahannya malam semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.

Zaid berkata, apa yang dihadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang.

Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan rasuah dalam sejarah pilihan raya kecil.

“Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalkan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam.

“Saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Beliau berharap pengundi di Hulu Selangor akan dapat memahami dan menerima perjuangannya selepas ini.

Dalam keputusan semalam, Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan calonnya, P Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sementara Zaid hanya mendapat 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1725 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. -SK

Ulasan GB

Sebaik saja berita kekalahan PKR diterima, GB malam tadi memutar sebuah lagu "Anugerah Dari Kegagalan" nyanyian Datok Shake. Ramai tertanya apa ertinya kegagalan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor?

Bagi yang memahami, menang atau gagal adalah satu anugerah.

Gagal itu juga satu syurga. Kerana selepas ini Hulu Selangor akan dibangunkan oleh BN seperti yang mereka janjikan. Ratusan juta perlu dicurahkan bagi memenuhi janji itu.

Kemudiannya, Pakatan Rakyat akan merampas kerusi itu semula seperti Ijok.

Maka bukankah itu satu anugerah?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya..harapnya hulu selangor ni akan jadi macam ijok...

Tanpa Nama berkata...

Kenape ko tak tanya dimana Presidin ko bila kempen panas giler diHulu Selangor dan Dato' Nik Abdul Aziz datang bertongkat untuk berkempen? Ko tak tau ke dia pergi memancing diMaldives ketika ahli-ahli PAS berhempas pulas membantu kemenangan PKR diHulu Selangor ketika Azmin sabotaj parti dia sendiri?

Sepatutnya ko ucap dulu tahniah kepada ahli-ahli PAS yg ikhlas. Merekalah yg berpenat lelah melawan musuh rakyat di Hulu Selangor. Sepatutnya ko persoalkan dulu pemimpin-pemimpin PAS yg pemalas temasuk Presidin ko yg pergi memancing di Maldives waktu org bertungkus lumus lawan BN di Hulu Selangor. Ko faham tak? Bukan ada persidangan apa pun di Maldives. Dia pergi memancing. Memancing. Kan hobinya memancing?

Jebon berkata...

Salam,

Harap selepas ni ahli-ahli parti komponen pakatan rakyat tidak bercakaran sesama sendiri. Kalau nakundi melayu, kita mesti perjuangkan melayu. Kalau bergaduh pasal masjid, pasal kepala lembu, pasal UG, ini semua akan mengurangkan kepercayaan kaum melayu.

Kita kena akur bahawa melayu masih mundur dari segi pemikiran serta ekonomi. Orang cina dan india juga ada yang mundur tetapi mereka rajin berusaha. Tidak seperti melayu.

Dah kalah nak buat macam mana? Yang penting sekarang ialah fikir macam mana nak menang. Jangan fikir siapa berkuasa atau jangan fikir nak jatuhkan sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

setelah berpenat lelah dan bertungkus lumus berkempen, tapi kita masih gagal, ini adalah anugerah Allah. Jadikanlah ia sebagai satu iktibar untuk kita berjuang dimasa hadapan. Namun ini bukanlah satu kemengangan bagi bee end, kerana mereka telah menggunakan cara yang salah disisi undang2 dunia apa lagi disisi undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah. Dlm al quran juga Allah ada mengatakan bahawa manusia boleh ditipu, tetapi Allah setiap hari menjadi pemerhati setiap apa yang mereka lakukan. Kemenangan bagi bee end juga adalah kemurkaan yg Allah telah tunjukkan pada mereka. Kemengan ini bukan tanda kasih Allah pada bee end tapi sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

Anugerah dari kegagalan... Kebangkitan daripada kegagalan sudah terbukti... PAS pernah kalah di Pengkalan Pasir... Pendang.. Ijok.. Berpadu tenaga... dan berusaha... kemuncak bertawwakal kepada Allah S.W.T.. Dan dengan kehendak Nya.. Ijok.. Pengkalan Pasir... Kembali kepada kita...
Tahniah kepada semua pengundi PKR.. kerana anda tetap bersama menentang kejahatan BN UMNO yang diseliakan oleh Yahudi APCO.. laknatullah.. Ingatlah wahai semua pengundi BN... Apa jawabanmu di akhirat nanti...