9 Apr 2010

Blogger UMNO Kutuk Najib

Seorang bloger Pro Umno menyifatkan Presiden Umno, Najib Razak sebagai bodoh kerana hanya akan meletakkan calon MIC dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hulu Selangor yang pengundiannya pada 25 April ini.

Selain perkataan bodoh, Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor dilabelkan sebagai ‘bangang’ apabila enggan meletakkan calon Umno kerana pengundi dalam parlimen itu jelas menolak calon dari MIC.

“NAJIB BODOH... hanya itulah perkataan yang sesuai untuk najib yang menolak mentah-mentah suara rakyat hulu selangor, sudah terang-terang rakyat dan pengundi menolak calon mic, najib masih lagi bangang mahu meletakan calon mic disana. sejak bila suara manoriti mengatasi suara majoriti?

Dalam pentadbiran najib yang baru berusia setahun jagung suara mainoriti nampaknaya lebih di utamakan oleh najib,” kata blog itu.

Selain itu, blog itu turut menterbalikan gambar Najib dan memberi amaran bahawa gambar itu akan kekal di situ sehinggalah 15 April ini, dengan syarat Najib meletakkan calon Umno untuk bertanding dan bukannya calon dari MIC.

“Aku akan tegakan kan balik gambar najib kalau 15 (tarikh pengumuman calon oleh BN) hari bulan ini, najib umum calon bn dari umno. Esok akan upload kan klip video suara penduduk hulu selangor yang meminta bn meletakan calon melayu umno dan suara ini bukannya datang dari mulut orang melayu, tapi permintaan dari kaum cina,” kata blog itu lagi. -erapakatan



9 ulasan:

Najib berkata...

Salam...

Mengapa ada individu yg sanggup mengatakan PM kite dengan kata2 yg sedemikian?

bukankah kite perlu menghormati pemimpin kite? anda nk kate kite x boleh hormat PM sebab dia zalim? apakah kezaliman yg dia buat? sbb x bg royalti minyak kt Kelantan? tp kerajaan tetap bg wang ehsan untuk kebajikan rakyat kan..

ke sebab x realisasikan konsep 1 Malaysia? kalau kite sebagai manusia biasa pun nk buat sesuatu yg baru mesti akan ambil masa...berilah peluang kepada PM kite untuk membuktikan keupayaan beliau....

lagi pn banyak juga yg beliau dah sumbangkan kepada kite dalam masa setahun pemerintahan beliau...

tp kenapa masih nak mempertikai siapa calon yang nk diletakkan di Hulu Selangor? memang kite undi calon tu tapi secara tak langsung kite sebenarnya menyokong PM dan kerajaan beliau.....sebab calon tu adalah wakil daripada PM....jgn undi untuk calon tetapi undi untuk PM dan kerajaannya....

saya bukan lah menyokong mana-mana pihak tapi dalam keadaan sekarang cuba kite bayangkan kehidupan kite jika bukan kerajaan sekarang yg memimpin? sanggupkah kite terima jika bangsa lain yg memegang tampuk kepimpinan negara? Rasulullah S.A.W.memerintahkan umat Islam ta’at kepada pemerintah “bagaimanapun keadaannya”;
“Ta’atilah para pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya; jika mereka perintah kamu melakukan perkara yang menepati ajaran yang aku bawa, maka mereka di beri
pahala, dan kamu juga diberi pahala kerana menta’ati mereka; jika mereka perintah kamu melakukan perkara yang tidak menepati ajaran yang aku bawa, maka dosanya ditanggung oleh mereka, dan kamu terlepas daripada dosa ......”

marilah kite sama2 renungkan...

Tanpa Nama berkata...

jib..jib...habis la lu
bloger sendiri dah main belakang
apko pun dah terburai...pecah rahsia
pandai2 kau la...gua tak kesah


i'm no king

Unknown berkata...

true...i agree with the blogger...why don't you juz let the pic of him upside down till the end hahahahh....

he said people first performance now...but now when peoples at Hulu Selangor want a candidate from UMNO he didn't want to listen...in malays they said 'cakap tak serupa bikin'hahahahha....

come on...we vote for PR because they hear what people's say...hahahhha

Unknown berkata...

betul tu..saya sokong...

kenapa tak nak letak calon daripada UMNO? takut dengan Samy Vellu ke? bukankah situ ramai kaum melayu? lagi pn masyarakat cina sendiri nakkan calon UMNO..UMNO kata nak menang tapi tak mau dengar cakap rakyat...macam mana nak menang? kan rakyat yang akan undi...

Tanpa Nama berkata...

Penduduk hulu selangor nyatakan sokongan diorang pada BN, asalkan yang dijadikan calon adalah orang tempatan hulu selangor.

Unknown berkata...

BN ataupun PKR tiada beza, apa yang penting, mana2 calon yang terpilih mestilah mampu perjuang kebajikan HS.

Tetapi, jikalau kedua2 pihak hanyalah inginkan kemenangan semata2 untuk menunjukkan kepada rakyat mereka lebih berkuasa, saya rasa ini tidak betul.

Rakyat juga perlu memikirkan siapa yang lebih mampu pertahankan hak-hak mereka secara menyeluruh.

Siswa berkata...

Dalam politik, semuanya kena baca secara mendalam.

Sebab MIC diletak ini semuanya memberi kelebihan kepada UMNO secara tersirat.


JIKA MIC KALAH
-umno akan pukul mic teruk2 kata mic degil xnk kasi kerusi kat umno

JIKA MIC MENANG
-umno akan dabik dada, letak mic pn dah blh mng, belum letak umno lagi

najib pasti x mahu tanggung beban andai diletak calon UMNO jugak, tp UMNO KALAH tatkala najib heboh menceritakan bahawa umno semakin didampingi rakyat.


KESIMPULAN:
kalau BN menang, umno juga tumpang dabik dada, kalau kalah BN, mic mmg kena hentam dgn umno.

UMNO tetap menang dlm segala situasi sesama komponen BN.

Tanpa Nama berkata...

Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd tersebut mendedahkan maklumat sulit negara dan boleh mengancam keselamatan negara kata YB Dr Lo'Lo' Ghazali yang juga AJK PAS Pusat. Hal tersebut berlaku ketika Najib jadi Menteri Pertahanan dulu dan didedahkan oleh Zahid Hamidi yang sekarang adalah Menteri Pertahanan Malaysia dan pernah jadi sahabat baik Pak Sheikh (DSAI). Tentu kalangan UMNO sedang berbuat sesuatu. Mereka itu bukan bodoh setelah diperbodohkan oleh pucuk pimpinan.

Tanpa Nama berkata...

ape kata org pekose bile buat demo jlnan?
hidup melayu.. hidup melayu..

bile najis letak calon hindu

kenapa puak2 pekose dok diam plak?
pada hal kaum melayu lagi ramai kalau nak dibandingkan dgn kaum india kat hulu selangor...

tak boleh pakai puak2 pekose ni.
hanya orang2 bodoh je yg nak ikut diorang..