Dendam kesumat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak berkesudahan.
Mahathir akan menggunakan apa saja platform yang boleh untuk digunakan bagi meluahkan dendamnya itu terhadap Pak Lah. Terbaru beliau menggunakan pentas Perkasa tanpa malu untuk menghentam Pak Lah semasa merasmikan Mesyuarat Agung sulung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau, lapor Suara Keadilan.
Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.
Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.
"Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap. Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.
"Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang, "Mr Corridor". Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat," kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.
Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.

7 ulasan:
dia yang anti anwar, dia kata anwar konspirasi dia dalam akhbar...
gila kuasa dan tak sedar diri...
berwaspadalah dengan permainan ini. ini hanyalah usaha mengalih perhatian dari isu2 sebenar lalu diwujudkan isu2 baru. umno ni, hayatnya sangat bergantung kepada isu. perhatikan shaja, setiap minggu ada sahaja 'cerita' baru... tak usah jauh, ambil sahaja dari episod 'kepala lembu', diikuti dengan 'kalimah Allah', kemudian 'kepala babi', lompat melompat yang darinya timbul '16 sept', kemudian 'tawaran yang menggoncangkan iman'. sehari dua ni, egm mca mengambil alih...
taktik ini juga sudah digunapakai oleh pas...
wallahu'alam
Inilah contoh orang tua tak sedar diri. Banyak najis bergelumang di badannya masih kelihatan. Perasan hanya dia hanya yang betul dan baik. Ingatlah orang dah menyampah. Ibrahim Ali pula sebenarnya dah tak laku lagi untuk digadai di Kelantan. Harga besi buruk lebih mahal daripada dirinya.
mahathir mungkin setuju UMNO ditumbangkan PRU13
Firaun ni adalah sejahat-jahatnya manusia.
Salam.. Melayukah Tun Dr Mahathir?
Catat Ulasan