27 Feb 2010

Sampai Bila Pimpinan PAS Nak Memusuhi Blogger?

Mutakhir ini semacam wujud satu kecenderungan pihak pimpinan tertinggi PAS memusuhi blogger. Sebabnya, dikatakan blogger terlalu banyak menyerang pimpinan PAS secara terbuka, menyerang pimpinan PAS kerana tidak mengikut saluran yang betul, kerana blogger tak wala' dan tak mempunyai adab jemaah.

Inilah jenis pimpinan PAS yang kita ada pada hari ini. Pimpipinan jenis promitif yang masih terbelenggu dengan kebekuan tradisi yang merugikan parti, yang merugikan jemaah.

Jenis pemimpin yang hanya mahu dipuja dan dipuji, tetapi enggan ditegur dan enggan mengakui kelemahan dan malu pula untuk memperbaiki diri.

Sedangkan blogger yang rencam dan datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman tiba-tiba dimusuhi, tiba-tiba diserang di atas apa juga platform, samada seminar, konvensyen atau apa juga perhimpunan yang diadakan semata-mata untuk mengutuk blogger kononnya mereka pelontar "fitnah yang benar" - satu istilah yang dicipta setelah mengetahui bukan fitnah yang diutarakan tetapi kritikan yang tidak dapat dijawab oleh mereka yang memegang kuasa pimpinan.

Diakui atau pun tidak, blogger (atau dikenali pejuang siber sebelum wujudnya blog) telah memainkan peranan penting memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat bermula zaman reformasi seawal 1998. Baca kisah Dari Mahazalim ke GB.

Ada pula yang berhujjah, oh yang memberikan kemenangan itu bukan kerja blogger, tapi Allah. Kita bercakap soal syariat mereka bercakap soal hakikat walaupun ilmu hakikat mereka tak seberapa. Benar hakikatnya Allah yang memberikan kemenangan, tetapi syariatnya, syahadahnya, Allah memberikan kemenangan dengan menghantar para blogger untuk membantu perjuangan PAS, membantu perjuangan Islam, membantu perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Dan di tahun lalu, kita menghadapi siri pilihanraya kecil yang banyak. Blogger seperti biasa memainkan peranannya yang tulus suci untuk parti. Dan kita dikurniakan kemenangan demi kemenangan, seperti kemenangan yang diperolehi di dalam PRU 2008 - kemenangan yang cemerlang. Namun yang menang berapa ramai yang menghargai blogger, malah parti sendiri, apa ingatan yang ada tuan-tuan berikan untuk untuk blogger seperti ingatan terhadap para pejuang bahasa di dalam muktamar yang lalu?

Allah menghantar peringatan kepada pimpinan PAS dengan mengurniakan kekalahan pertama PAS di Bagan Pinang!

Pun masih gagal menyedarkan pimpinan. Masih mendabik dada: kemenangan kami adalah hasil usaha kami semata-mata... blogger tidak ada peranannya!


Kini setelah tingkah laku pemimpin jadi perhatian para rakyat, tiba-tiba para blogger dimusuhi, yang menang berprinsip kacang lupakan kulit, yang pegampu menjadi pencacai untuk menghentam blogger yang tidak disukainya sekalipun ke peringkat menyerang peribadi seperti yang dilakukan ke atas Ustadz Zolkharnain.

Tak ramai pemimpin PAS yang menyokong blogger. Selain Khalid Samad (yang akhirnya menjadi korban pemimpin gila kuasa), yang lain mengambil sikap membisu - play safe - khuatir kena black-listed oleh pimpinan tertinggi atau takut dicop tidak wala agaknya.

GB sama blogger anti UG yang lain seperti penarik-beca, al-hussyein, al-bakistani, tulang besi, topeng perak, MSK, rakyatmarhaen, dangomamat, misaimerah, bawean dan lain-lain juga tidak terlepas dari diserang. Kiri dan kanan atas dan bawah, namun berkat doa "thabbit aqdama wansurna" dan sokongan para pembaca blog ini, kami masih boleh berblogging sehingga hari ini.

Diadakan konvensyen blogger, tetapi dengan niat mereka hanya untuk memperalatkan blogger dan untuk mengumpulkan sokongan untuk mereka yang hampir rebah, sehingga kini, tiada hasil positif yang yang dapat digarap dari konvensyen itu.

Sekalipun parti tidak mengiktiraf blogger seperti GB sekalipun, alhamdulillah GB telah pun melaksanakan tugas yang akhirnya diterima sekalipun mereka sendiri tidak menyedarinya.

Sewaktu Perak dilanda tsunami politik dan Datuk Seri Mohammad Nizar terkontang kanting sendirian berjuang untuk mempertahankan negerinya daripada dirampas oleh UMNO BN, pemipin Pakatan Rakyat pada awalnya mengambil sikap membisu, malah Presiden PAS berada di laurnegara ketika itu.

Sehari sebelum rampasan kuasa berlaku GB menulsi di SINI. GB menyatakan antara lainnya:

APA YANG PERLU PAKATAN RAKYAT LAKUKAN?

1) Di dalam keadaan kemelut yang ada kini, Pakatan Rakyat Pusat perlu memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan episod ini dengan lebih teliti.

2) Datuk Seri Anwar sepatutnya mesti dilihat pro-aktif di dalam usaha untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat Perak dan tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab hanya kepada Menteri Besar Perak

3) Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang perlu memendekkan lawatannya ke luarnegara dan kembali ke tanahair segera untuk sama membantu menyelesaikan kemelut ini sebagai Presiden sebuah parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

4) Suara rakyat adalah suara keramat. Rakyat perlu digembelengkan untuk merafak sembah kepada ke bawah duli DYMM Sultan Perak merayu supaya kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk mendapatkan mandat pemerintahan. Sebarang kerajaan yang terbentuk bukan dengan pemilihan rakyat adalah batal dan tidak boleh berkuat-kuasa di dalam sebuah negara yang menjunjung tinggi perlembagaan dan lunas-lunas demokrasi.


Kerana kelembapan bertindak dipihak pemimpin PR, keesokan harinya (5 Feb 2009)berlakulah rampasan kuasa itu. Dan hanya pada 9 Mei 2009, satu perhimpunan di adakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang dihari oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang terdiri dari Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Abdul Hadi dan Lim Kit Siang.

Rakyat tersangat kesal. Nasi sudah menjadi bubur. Namun perjuangan diteruskan juga. Tiada siapa berani mengusik istana. Kerana pantang Melayu dehaka. GB terpaksa mengambil risiko dengan menulis di SINI dan di SINI.

Cukup sekadar itu untuk Perak dan boleh tinjau-tinjau di arkib tulisan GB mengenai isu di Perak. Begitu juga dengan isu-isu lainnya. Semua tersimpan di dalamnya.

Tatkala isu royalti minyak menjadi hangat, kita merasakan yang boleh melawan kerajaan pusat di saat ini hanyalah kuasa Allah s.w.t. Maka pada 12 Jan 2010, GB mencadangkan satu munajat perdana di adakan. GB katakan:

Kini untuk mengisi kemenangan, untuk menjaga kemenangan, kita merasakan adalah amat wajar Kerajaan PAS Kelantan mengadap Rabbul-Jalil sekali lagi untuk mempastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Keangkuhan dan kezaliman manusia-manusia bernama Najib, Muhyiddin, Mustapa Mohd, Awang Adik Hussin dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka perlu ditamatkan. Hak kerajaan dan rakyat Kelantan perlu dilunaskan sebelum mereka menjahanamkan royalti dengan nama baru - wang ehsan - untuk tujuan yang buruk, merampas Kelantan dari PAS.

Jangan tunggu esok kerana esok mungkin sudah terlambat!


Dan alhamdulillah, kerajaan Kelantan peka dan mendengar seruan itu. Maka kemudiannya, satu majlis solat hajat perdana diadakan di Kota Bharu pada 28 Januari lalu.

Dan beberapa minggu yang lalu, di saat isu royalti dihangatkan kembali, pimpin PR nampaknya masih leka. Kita gegarkan mereka supaya sedar dan jangan leka. Kita katakan:

Berdasarkan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani dintara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas, tindakan Dato Seri Mustapha Mohammad yang secra berterusan menafikan hak royalti minyak Kelantan itu boleh diambil tindakan mahkamah.

Para peguam Pakatan Rakyat perlu berusaha untuk mengheret Mustapha dan kerajaan BN ke muka pengadilan. Jangan kesemua peguam hanya bertumpu kepada inkues Teoh dan liwat Saiful.

Kelantan Bangun! PR Bangun!


Dan alhamdulillah pada 23 Februari lalu, PR akhirnya bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Petroleum yang dipengerusikan oleh Datuk Husam Musa.

Justeru, apakah GB seorang blogger celaka seperti yang diutarakan oleh beberapa orang penyokong tegar UG?

Tak kisah jika itu hendak digelarkan kepada GB. GB hanya mampu berserah kepada Allah. Sampai bila PAS nak memusuhi blogger? Sampai bila hanya nak bergantung kepada blogger pengampu dan pencacai? Yang GB tahu, PAS akan menanggung akibatnya. Bagi kami, hasbiyallah lailahailla huwa alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyi 'il-azhiim. Lawanlah Dia jika anda mampu.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so what???

boleh share dgn saya mana-mana hadis, kita Sirah atau kitab ulama' muktabar yang lain bahawa Saidina Umar memanjangkan, membesar-besarkan, mempolemikkan, mewar-warkan ketidakpuasan hatinya kepada sahabat-sahabat yang lain, kepada umum/publik berkenaan
a) tawanan perang Badr
b) perjanjian Hudaibiyah RasulAllah dgn kafir musyrik

hussin berkata...

salam rakyat pas,

keluhan gb berfakta. ia bukan lahir dari keseronokan menulis semata. begitu juga dengan komen2 yang mual dengan ucapan serta tindakan segelintir pemimpin pas yang sama sekali songsang dengan keputusan muktamar pas ke 54 dan muktamar pas ke 55.

pas ternyata kini dikuasai oleh segelintir pemimpin yang hanya mementingkan agenda sendiri. yang beku pemikiran kecuali menggunapakai apa yang disumbat ke kepala oleh pemikir2 "ketuanan melayu". justeru pas, yang menolak assobiyah umno sanggup memsasuki perangkap assobiyah yang sama. maka lahirlah istilah songsang islam-melayu dan melayu-islam yang ditentangnya.

kritikan2 untuk membetulkan keadaan terhadap kecelaruan yang mereka timbulkan diperlekehkan, dipersendakan, dipersetankan. kononnya tidak ikut saluran. apabila dilapor mengikut saluran, diperlekehkan pula sebagai tiada merit dan secara bersahaja pula. itulah sikap kepimpinan yang ada pada hari. malah dia bukan dipilih, cuma dilantik sahaja, atas ihsan presiden. di atas sebab2 yang hanya Allah, presiden dan orang yang dilantik sahaja yang tahu. laporan oleh cilipadi007 (ni sekor lagi blogger yang nak menjahnamkan pas yang gb miss), jawatan itu dimintak, dimintak! sejarah pernah mencatat bagaimana pemintak jawatan ditolak. ia berlaku sebaliknya dalam pas. kenapa? apakah contoh yang ditunjukkan oleh rasulullah saw itu sudah tidak terpakai lagi? jawapannya amat mudah. pemintak jawatan dilihat memiliki ilmu politik yang licik yang tidak ada kepada orang yang dimintak. justeru bagi yang dimintak, ia sangat berguna untuk menampung kekurangannya. maka wujudlah nasihat politik yang tidak selari dengan perjuangan. “penasihat jahat” tgna sudah kecundang, bagaimana pula dengan tg presiden? imej tg presiden tidak mampu untuk mengambilalih tempat penasihat keadilan. salah siapa? kecelaruan dalaman cuba dikaitkan dengan orang luar. sessi brainwash dilaksanakan. berdengki sudah terpahat dalam silat harimau politik pas. usah disentuh pasal mengkhianati setiakawan. ia sensitif, bagaimana sensitifnya perkataan umno (“delete umno … ganti dengan “mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun”). yang disambut dengan gegak gempita oleh pewala’2 yang sudah dibrainwash.

sehingga tindakan parti turut songsang dari perlembagaan parti. saranan tgna kepada egm diketepikan. penubuhan jk disiplin tidak ikut perlembagaan. pemecatan tpj selangor tidak ikut perlembagaan. kesemua ini berlaku kerana nasihat politik yang tak selari dengan perjuangan. Ia lebih kepada memenuhi agenda segelintir pemimpin yang sudah ditolak rakyat negeri itu (pinjam istilah cilipadi007). pas sudah jadi parti sosialis di mana setiausaha agong yang berkuasa. amal makruf nahi mungkar jauh sekali menjadi amalan dalam pentadbiran parti. menegur kepimpinan bukan dikategorikan amal makruf nahi mungkar tetapi dicop sebagai tidak wala’? hanya wala’ sahajalah senjata yang ada pada mereka, itu pun tidak berkesan menangkis serangan para bloggers.

syabas para bloggers, teruskan serangan kalian, tumpulkan senjata wala’ mereka. pastikan serangan kalian merubah pandangan, sikap serta emosi akar umbi rakyat pas!

wallahu'alam.

malikstaffa berkata...

kami berdiri bersama GB menentang golongan yang melampau batas.

Tanpa Nama berkata...

kalau kita lihat, tak der apa pun kebaikan blog2 golongan yang mengampu pimpinan. yg ada hanya mencaci dan memaki kumpulan yang menentang mereka.

saya lebih tertarik blog GB. banyak ilmu, banyak cadangannya yang membina dan banyak ramalannya yang tepat.

Jebon berkata...

Salam,

Memang benar semuanya datang dari Allah SWT sehinggakan kita makan, kerja, sakit, mati dan sebagainya datang dari Allah. Segala yang berlaku hanya dengan izinNya. Selain itu segala yang berlaku mesti mempunyai sebab musababnya. Kita mati pun mesti ada punca samada sakit, kemalangan, dsb.

PAS tidak akan menang tanpa sebab dan punca selain dari kehendak Allah. Hanya manusia yang tidak bertamadun dan tidak menggunakan AKAL sahaja akan menunggu kemenangan tanpa berusaha serta mendabik dada kemenangan itu datang dari diri sendiri.

Manusia seperti ini boleh dianggap angkuh, sombong serta riak. Bukankah RIAK itu sebahagian daripada SYIRIK KECIL? Anda semua (Ulama) patut lebih tahu dari kami kerana apa yang kami kata ini sebenarnya datang dari anda semua yang mempelajari ilmu agama di surau dan masjid dari golongan ustaz dan ulama.

Anda semua memang bagus mengajar ilmu apabila di surau atau masjid sehingga kami semua celik agama. Tapi malangnya ilmu tersebut tidak diaplikasikan di dalam ruang politik. Di masjid anda semua sungguh merendah diri dengan menyatakan "segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari kelemahan kami sendiri".

Tapi malangnya apabila di persada politik anda semua kelihatan angkuh serta sombong dengan menyatakan "segala kemenangan datang dari Allah dan usaha kami sendiri". Tidak pernah kami dengar segala keburukan datang dari KEBODOHAN anda sendiri.

Maaf saya gunakan ungkapan BODOH di atas kerana manusia MELAYU amat sensitif dengan kata-kata kesat. Mereka lebih gemar dipuji melambung-lambung walaupun terserlah keB***Han mereka.

Tanpa Nama berkata...

saya kurang pasti asas-asas dan kewajaran bloger2 yang kurang senang dengan pendekatan kepimpinan Presiden sekarang. Apa yang saya fahami berdasarkan buku Aqidah Perjuangan adalah sekarang ini PAS berdepan dengan satu senario pertembungan antara aqidah perjuangan Islam yang didukung oleh PAS dengan isme-isme yang didukung oleh parti2 lain didalam PR dan sudah tentunya isme pegangan Umno dan BN. Dan saya rasa kepimpinan telah memerah segala kebijaksanaan seadanya dalam menentukan kewajaran tindakan dan perancangan. Kadangkala saya rasakan kita melihat sesuatu tindakan atau perancangan itu seperti merugikan atau mengkhianati PR sedangkan mungkin ianya mempertegaskan aqidah perjuangan PAS dan mungkin ada kewajaran disisi syariah. Wa ALLAHu a'lam

Tanpa Nama berkata...

anon 2.25pm menulis " Dan saya rasa kepimpinan telah memerah segala kebijaksanaan seadanya dalam menentukan kewajaran tindakan dan perancangan. "

setahu kami yang dilakukan oleh pimpinan PAS ialah memerah segala kebijaksanaan untuk menipu jemaah untuk mereka menyertai kerajaan BN Pak Lah ketika itu dengan mengkhianti Pakatan Rakyat.

mtgbertam berkata...

Blogger yang tidak meruntuhkan perjuangan Islam kami sokong. Kenyataan saudara di atas sekali saya sokong.

Ahli bawahan tidak perlu faham 100% strategi pemimpin. Beri ketaatan, walau dikata ketaatan melulu. Ahli bawahan lengkapkan diri dgn ilmu fardhu ain sekurang2nya. Yang selebihnya, kita ikut pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak beri ketaatan melulu kepada pemimpin, lain kali blogger tak perlu susah2 berblog.

ikut sahaja laporan arus media perdana.

bebal nak mampos ahli PAS sedemikian.
\patutlah pas kalah memanjang di banyak tempat.

infosendiri berkata...

salam saudara, dengan penuh keyakinan saya percaya semua yg kita lakukan adalah utk kebaikan PAS, namun adakah kita benar yakin dengan seyakinnya seperti yakinnya adanya hari pembalasan bahawa usha yg dilakukan oleh blogers kononnya anti UG adalah jalan yg terbaik, dan dapat menyelesaikan masalah,

kemenangan adalah usha secara koletif, dan tiada sesiapa pun yg boleh mendabit dada mengatakan kemenangan adalah disebabkan oleh usha-usha blogers sahaja tanpa mengambil kira sumbangan org lain.

ya memang kita akui, Blogers juga ada percentage dalam kemenangan PR yg lalu, namun ia tidak boleh dijadikan syarat bahawa semua yg dikehendaki oleh Blogers mesti dituruti dan dipenuhi oleh pimpinan..

sejak bila kita belajar yg setiap dari cadangan dan teguran itu wajib dituruti oleh pimpinan dan orang lain,, selagi mana ianya adlah cadangan dan teguran kita tidak ada hak mengatakan pimpinan tidak mahu berubah, tidak memperdulikan cadangan hanya kerana tidak melaksanakan apa yg kita cadangkan

imam Mustafa Mashur dalam kitab Antara Qiadah dan jundiah ada menyatakan " sesiapa yg memberi cadangan hendaklah menganggap bahawa cadangannya adalah yg paling lemah, bukannya merasakan bahawa cadangan kitalah yg paling betul dan yg lain semuanya salah..

PAS adalah Jemaah Islam, sudah tentu berbeza dgn PKR dan DAP,,Jemaah Islam ada manhajnya, kita perlu tahu apakah yg dikatakan Amal Jamaie dan Amal Ijtimaie,,,bukan hanya bersandarkan kepada fakta semata-mata yg kita sangka ianya adlah benar, sedangkan sangkaan kita manusia selalunya tersalah...

Penulis skrip berkata...

Green boc....

Benarkah ada diantara pimpinan tertinggi PAS memusuhi blogger. Mengapa...?

Apakah kerana..."blogger terlalu banyak menyerang pimpinan PAS secara terbuka, menyerang pimpinan PAS kerana tidak mengikut saluran yang betul, kerana blogger tak wala' dan tak mempunyai adab jemaah...?"

Dan benarkah blogger sebagai pelontar "fitnah yang benar"..? Mungkin ada tapi bukan semua penulis blog penyebar fitnah.

Bolehkah seorang yang diangkat sebagai pemimpin menilai dirinya sendiri dengan mengatakan konon “DIA” adalah pemimpin yang jujur dalam melaksanakan tugas tanpa melanggar apa-apa peraturan dan undang-undang parti..?

Orang yang terlibat dalam dunia politik hidupnya tak ubah seperti seorang artis. Ketika baru muncul dalam dunia itu, ramai yang akan memberi sokongan dan galakan kerana orang itu masih baru tiada siapa yang tahu sifat sebenarnya.

Tapi setelah sekian lama berkecimpong dalam dunia itu, sepanjang itu jugalah ahli parti atau rakyat biasa memerhatikan setiap gerak-geri nya sambil menyenaraikan setiap kelaku baik dan buruknya.

Mengapa blogger pro Pakatan menghina Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun…?

Dan mengapa Hj. Hadi turun terima kutukan dari para blogger pro PAS berkaitan dengan kepimpinannya sebagai presiden parti PAS..? Kalau lembu tahu membezakan rumput kering dengan rumput segar takkan kita sebagai manusia lebih bodoh dari lembu.

Dengar khabar ada pemimpin PAS atau mungkin juga penyokong mereka menggunakan “anonymous” untuk mengertak penulis blog kerana membogelkan kelemahan, kesalahan mereka dalam blog. Kenapa berselindung sebagai anonymous…. Takut atau pengecut..?

Hujah lawan hujah. Kalau pemimpin tertinggi PAS dituduh berbagai fitnah atau gossip sedangkan mereka sememangnya berada dilandasan kebenaran, lawan fitnah itu dengan menunjukan fakta dan bukti kebenarannya. Apa masaalahnya….? “Berani kerana benar takut memang bersalah...”

Baculkah pemimpin tertinggi PAS berhadapan dengan kebenaran…?

Hanya Panglima yang kalah perang saja berfikiran begitu…..

Tanpa Nama berkata...

Sdra infosendiri,

soalnya kenapa perlu ada para blogger sendiri menuduh rakan blogging sebagai celaka?

Jika TGNA sendiri tidak spesifik menyatakan blogger mana yang claka, tetapi golonga pro-UG dengan pantas menggunakan ungkapan TGNA itu untuk mengecam blogger anti-UG?

saya rasa GB dah pn memainkan peranannya sebaik mungkin dengan membuat cadangan2 yang akhirnya dilaksanakan, tak ramai yang mampu buat begitu. apa tah lagi blogger pro-UG yang kehadirannya hanya untuk mengutuk blogger anti-UG.

malikstaffa berkata...

barisan pimpinan pas yg sedia ada perlu ditukar jika mahu pas ke putrajaya.

muka-muka yang ada sekarang lansung tak layak untuk bekerja untuk rakyat.

malah buat masa ini pun apa lah yang ada mereka buat untuk rakyat. hari-hari tidur. tak kreatif, tak pro-aktif dn tak fikir sesuatu yang boleh memperkasakan parti dan jemaah.

Tanpa Nama berkata...

YG PALING BANYAK MENULIS MENENTANG UMNO SAYA LIHAT IALAH GOLONGAN PAS REFORM

KALAU LAWAT BLOG PRO-UG RASA NAK MUNTAH. SEBAB DIA TAK SERANG UMNO.

hussin berkata...

pas adalah gerakan islam dan parti politik. gerakerja di antara keduanya jangan ada pemisahan. ianya perlu dilaksana secara beiringan dan seimbang. bukan dakwah mendahului politik atau politik mendahului dakwah. keseiringan serta keseimbangan akan memastikan kekuatan kedua2nya, sekali gus akan memperkasakan parti. bagi memudahkan memahami maksud ini, ambil empat roda. pasangkan dua roda pertama seiringan, satu kiri dan satu kanan. pasangkan pula dua roda lagi secara lurus, satu di depan dan satu di belakang. pasangan roda yang manakah boleh terus beridiri serta bergerak tanpa memerlukan apa2 sokongan? sudah tentu yang pertama. pasangan kedua tidak akan mampu berdiri. masa banyak terbuang kerana menegakkannya.

inilah yang dilihat sedang berlaku dalam pas. ia bertambah buruk apabila wujud kalangan opportunist yang memilih meletakkan sebelah kaki bersama pakatan rakyat manakala sebelah kaki lagi bersama umno. biarpun songsang dari keputusan muktamar di ipoh dan di shah alam.

Tuk Ketuo berkata...

Lahai memang beberapo orang pemimpin PAS perangai memang tak semonggah sikit, baru monang sikit dah berlagak. Takdo bezo dongan umNO pun diorang ni

Paksu Man berkata...

memang pimpinan PAS yang ada tak reti wat keje. Baik Presiden, timbalannya, setiausaha agongnya.

yg wat keje dlm PAS dalah golongan yg dituduh puak erdogan.

bagi TGHA, lebih baik aku memancing...

Tanpa Nama berkata...

tukar kepimpinan Pas dari terengganu, tiada wawasan dan agenda, tak boleh ditegur

Tanpa Nama berkata...

GB pun tak bagus, main hentam saja. Hang baru nak kenai PAS dah belagak nak jadi hero konon..piraah. Macam tengok orang main bola la..pengadil tak betuii. pemain pun tak betuii, main tak baguih. Bila suruh duk dalam padang baru hang tau. Otak ada pikiaq la.. nak tunduh orang macam-macam..hang tengok depa dah buat kenyataan nak join UMNO kee. Kalau sah depa sah, hang balun la.. ni baru dengar khabar-khabar angin betui ka tak betui ka..tak tau lagi.. GB aku rasa hang bvuat cerita jangan bagi ahli-ahli jadi haru biru. Takut sat lagi semua jadi biru..termasuk otak hang pun boleh jadi biru. Mesti tak keluaq ni..bila tak sehaluan dengan hang.

Unknown berkata...

anon 1:42 diatas menulis kata GB pun tak bagus tapi tak dinyatakan sebabnya. hanya menyatakan GB menuduh, bab mana? ini barulah yang dikatakan tak da merit. tulis tanpa fakta.

GB siap lampirkan quotation tulisan-tulisan yang lepas bagi menyokong hujjah GB.

Ada GB tuduh depa nak keluar masuk UMNO?

Apa yang GB hendak sampaikan melalui tulisan di atas ialah kelemahan pimpinan, kelemahan yang perlu diperbetulkan. Kelembapan mentadbir dan mengurus parti.

Ada yang kata tunggu muktamar. Di dalam permainan bola, kita tukar pemain yang tak perform, tak perlu tunggu habis permainan. Kalau dah kalah sampai ke penghujung baru nak tukar pemain apa ke jadahnya.

Kalau sudi terima teguran terimalah, kalau tak sudi, tak mengapa.

GB hanya menyampaikan.

Tanpa Nama berkata...

GB, cara tengoq dengan cara hentam tak sama..aku baca tulisan hang, kalau pemimpin PAS yang tak sehaluan hang hentam sungguh-sungguh. Tu bukan dengod namanyaa..Aku ni memang mengikuti tulisan hang. Tapi kadang-kadang rasa, hang pun terlalu emosi dan terlampau..kita ni kadang-kadang kena renung juga, kita ni hebat ka..kita buat semua betuii ka..Kita pun kena muhasabah diri juga..Takut bacaan fatihah kita pun tak betuii daripada depa.

Tanpa Nama berkata...

anon 1:42 tu bengap jenis walak tak tentu pasal. tak de otak langsung. mmg gb & kami semua penonton pasal tu kami jerit kat pengadil dan pemain. pemain kenalah main betul2 supaya menang. kalau kami jadi pemain pun mesti kena jerit punya. apasal presiden dulu tak kena jerit mcm ni? sebab dia lebih bijak dari presideng skrg. itu je. apalah bengap sgt kepala otak kau ni?

Paksu Man berkata...

anon 2:28 saya dan GB baca fatiha mungkin tak betul, tapi pemimpin yang memimpin tak betul lebih merbahaya. kalau drebar dah tak betul, bas boleh terus masuk gaung. fikir2kan.