21 Feb 2010

Memang Kamu Pengkhianat Rakyat Kelantan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini meluahkan rasa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.

"Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga jabatan-jabatan persekutuan di sini.

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.

Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini.

"Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Mustapa diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut.

Mustapa menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat.

Mengulas mengenai surat layang yang memburuk-burukkan veteran Umno dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana menggunakan platform pembangkang untuk menyuarakan pandangan berhubung isu royalti minyak, Mustapa berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tidak bersetuju kerana memang terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tetapi ia boleh dibincang dan diperdebatkan melalui fakta sebenar," katanya.

Terdahulu pada majlis itu Mustapa menyerahkan cek bernilai RM800,000 kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mat Zin bagi tujuan membayar elaun imam dan kakitangan masjid di negeri itu. - BERNAMA



Ulasan GB

Memang anda pengkhianat kepada rakyat Kelantan. Nak kata apa lagi.

Jangan lupa pengakuan anda di DUN Kelantan satu ketika dulu bahawa sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, anda mengaku telah menyekat pembangunan ke Kelantan.

Kini royalti Kelantan dirompak oleh UMNO/BN Kelantan di bawah JPP, sedangkan Perjanjian yang sah adalah diantara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan, bukan Petronas dengan UMNO/BN Kelantan, bukan Petronas dengan JPP jauh sekali Petronas dengan Mustapha Mohamad.

Kerajaan Kelantan dan Pakatan Rakyat perlu mengheret Mustapha Mohamad dan kerajaan Malaysia ke muka pengadilan, hatta sampai ke peringkat antarabangsa sekalipun.

5 ulasan:

Martoiriat berkata...

Memang Tok Pa adalah pengkhianat kpd rakyat Kelantan. Soal bantuan projek pembangunan dan wang berjuta2 kpd Kerajaan Kelantan adalah hasil pungutan cukai kerajaan pusat di negeri itu. Itu adalah wang dan bantuan wajib yg harus diberikan setiap tahun oleh kerajaan pusat kpd negeri2 diMalaysia. Wang itu adalah pulangan kerajaan pusat kpd kelantan diatas pungutan cukai. Peroalannya sekarang Tok Pa telah mengelirukan rakyat Kelantan dlm isu royalti minyak. Sedangkan Tg Razaleigh sudah nyatakan bahawa Kerajaan Kelantan berhak mendapatkan royalti 5% drp petronas hasil dlm perjanjian yg ditandatangani beliau dgn Menteri besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir.Dlm perjanjian itu disebut royalti bukannya ihsan. Tapi Tok Pa masih lagi ingin berdolak dalih dgn mengelirukan rakyat kelantan tanpa fakta dan bukti yg kukuh. Apakah Rakyat kelantan bolih menerima kenyataan Tok Pa sedangkan Tok Pa bukanlah orang yg arif dlm perjanjian itu. Manakala Ku Li pulak merupakan orang yg mengasaskan petronas dan merupakan orang yg menandatangani perjanjian royalti itu. Bagi saya, Ku Li adalah orang yg boleh di percayai dan Tok Pa pulak merupakan pengkhianat kpd rakyat kelantan.

Tok Pa pulak mendesak kerajaan kelantan menerima wang ihsan sedangkan wang ihsan diberi bukan kpd kerajaan yg memerintah tapi diberi kpd UMNO melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Itulah jahat dan pengkhianat

imlan adabi berkata...

rakyat Kelantan perlu bersatu menuntut hak mereka. Solat hajat minta Allah turunkan bencana kepada pengkhianat

nik ismail berkata...

begitulah orang lupa diri,tidak ingat asal usul,yang nampak hanya kedudukan dan polos sahaja itulah perjuangnya sebenar.

hussin berkata...

stopa mamat,

mu ingat rakyat kelate bodoh macam kamu? mu kata apa pun dalam mempertahankan "wang ehsan" tidak memperlihatkan apa2 kecerdikan, kepandaian kecuali kepandiran!

seluruh dunia tahu yang tandatangan bab "royalti" adalah di antara petronas dan kerajaan negeri.

mu gila sangat menjaja pasal "wang ehsan" bukan sebab lain tetapi semata2 kerana politik bebal mu. mu dah berangan2 nak agih2kan "wang ehsan" kepada rakyat. apa yang sebenarnya "wang ehsan" sudah dijadikan alat menagih simpati/ sokongan/ undi rakyat kelantan. maka yang sangat memrlukan "ehsan" itu adalah kamu demi ideologi poltik jahat parti kamu.

malulah sikit, jangan lacurkan pelajaran yang tinggi demi politik sempit umno!

ya Allah ya Tuhanku, jika mustapa mohammad ni baik bagi rakyat kelantan, Engkau panjangkanlah usianya. dan sekiranya ia jahat bagi rakyat kelantan, Engkau hancurkanlah dia, amin.

Tanpa Nama berkata...

Kami anak kelantan jadi akan sentiasa mendoakan agar Duit Royalti diberikan kepada NEGERI kelanatan.
Usaha-usaha doa hendaklah di buat setiap anak kelantan.
Isi doa terserah kepada masing-masing samada doa untuk kebaikan atau sebaliknya.
disamping itu mesti jawab segala tohmohan dan fitnah yang dsilemperkan dengan fakta.Rakyat kelantan sudah faham,hanya yang tak faham ..........!