Pegawai Khas PM Akan Letak Jawatan Ekoran Kenyataan Berunsur Perkauman
Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan meletakkan jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa berunsur perkauman.
Kenyataan itu yang menyinggung perasaan kaum India dan Cina didakwa dikeluarkan pada majlis Rapat 1 Malaysia di Melaka pagi tadi.
Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan kepada Najib yang bertungkus lumus mahu menarik sokongan pelbagai kaum terhadap konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan tahun lalu.
Keputusan beliau diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri lewat petang semalam.
“Kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir di Melaka hari ini tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.
“... Nasir tidak berhasrat untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan menghina. Beliau bercakap dengan panjang lebar sumbangan semua kaum dalam pembangunan negara,” katanya.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, Nasir memohon maaf atas sebarang masalah yang timbul dan oleh itu akan melepaskan jawatannya.
Bagaimanapun Nasir yang dihubungi The Malaysian Insider kira-kira dua jam sebelum kenyataan letak jawatan dikeluarkan memberitahu:
“Saya tidak mengatakan perkataan ‘pendatang’. Saya hanya mengatakan negara telah maju dengan adanya orang Cina dan India, dari dulu hingga sekarang, datang ke sini untuk bekerja.”
Malah beliau juga menolak dakwaan bahawa telah mengugut untuk melucutkan kerakyataan bukan Melayu yang menuntut hak mereka dihormati.
“Saya tidak mengugut sesiapa dan saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Anda tahu saya sangat rapat dengan orang MIC. Saya hanya berkata adalah tidak baik untuk membuat tuntutan-tuntutan macam itu memandangkan komuniti lain akan bertindak balas,” katanya lagi.
The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin MCA, MIC dan Gerakan memulaukan sesi Nasir dengan bertindak keluar dari dewan persidangan ekoran kenyataan menyinggung perasaan itu kira-kira 10 pagi semalam.
Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.
Pemuda MIC dijangka membuat laporan polis terhadap Nasir.
Nasir menambah beliau juga tidak memperlekehkan bahasa lain tetapi hanya mempertahankan bahasa kebangsaan.
“Saya mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsan, hanya harus ada satu bahasa kebangsaan,” katanya. .
Bagaimanapun penjelasan Nasir ini dipertikaikan oleh mereka yang hadir pada seminar itu.
Seorang ahli MIC dari Alor Gajah yang mahu dikenali sebagai Maniam berkata beliau dengan jelas dengar bahawa Nasir mengatakan akan melucutkan kerakyataan jika isu subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terus dibangkitkan.
Seorang lagi anggota MIC yang dirinya tidak mahu dikenali berkata Nasir ada menggunakan perkataan “pendatang”.
Katanya, Nasir mengatakan Umno yang menggubal perlembagaan, seolah-olah orang lain tidak memainkan peranan langsung.
Dia menambah apabila Nasir didampingi untuk mendapatkan penjelasan, beliau berkata hanya merujuk kepada kumpulan Hindraf yang telah diharamkan.
“Bukankah Hindraf juga orang India. Kami tanya beliau,” katanya.
Pemimpin komponen BN Melaka merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Najib apabila beliau mengunjungi negeri itu Khamis ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata, Nazir bukan sahaja perlu meletakkan jawatan tetapi harus memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya.
“Gerakan juga mahu beliau memohon maaf,” kata beliau ketika dihubungi.
Teng menambah mereka seringkali mengatakan bukan Melayu tidak harus membangkitkan soal kontrak sosial tetapi kini pihaknya pula mengungkit aspek tersebut.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengecam kenyataan Nasir dan mahu tindakan diambil di bawah Akta Hasutan.
“Meskipun kenyataannya tidak mencerminkan pendirian Perdana Menteri tetapi telah menyinggung perasaan masyarakat India negara ini.
“MIC mengecam sikap kolonial orang (seperti) ini yang merendahkan orang India Malaysia dan kami menuntut dia dihukum di bawah Akta Hasutan,” katanya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mencabar anggota pentadbiran Najib agar membangkitkan isu terbaru ini dalam mesyuarat mingguan Kabinet esok.
Adakah para menteri akan mempertikaikan tindakan Nasir memandangkan konsep 1 Malaysia semakin tercalar, kata Lim menerusi ruangan Twitter petang tadi. -MI
Ulasan GB
Sekalipun Datuk Seri Najib telah meminta pegawai khasnya, Datuk Nasir Safar melepaskan jawatannya kerana keceluparan menyatakan kaum bukan Melayu di negara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah, namun "Najib masih dengan sindrom penafian" bahawa gagasan 1Malaysianya tidak dihayati bukan sahaja oleh rakyat, tetapi oleh pegawai kanannya sendiri.
Najib sekalipun meminta Nasir meletakkan jawatan namun beliau masih mempertahankan Nasir : "Nasir tidak berhasrat untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan menghina".
Berjuta telah ditaburkan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia, hasilnya tidak dapat disembunyikan bahawa UMNO BN adalah parti perkauman dan ia mengulangi beberapa insiden lepas yang mengesahkan fakta itu.
Seorang penganalisa politik Khoo Kay Peng, di dalam tulisan diblognya, menganggap kenyataan Nasir yang menyatakan “India datang ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan kaum Cina terutama wanitanya datang ke sini untuk jual tubuh” merupakan satu simptom politik perkauman BN yang hodoh.
Kenyataan Nasir itu bukan yang pertama dari kalangan Umno yang telah mengeluarkan kenyataan perkauman.
Pemimpin UMNO Pulau Pinang Datuk Ahmad Ismail telah pernah melabelkan Kaum Cina sebagai “pendatang,” sewaktu berkempen pada 2008, dan telah diambil tindakan tetapi pemecatannya ditarik balik tahun lalu.
Justeru, gagasan 1Malaysia Najib hanyalah satu retorika politik, satu slogan kosong, satu gimik untuk menipu rakyat, sedangkan hakikatnya UMNO sendiri masih disaluti tempura dari nasionalism sempit yang belum dapat dikikiskan sehingga kini.
Gagasan 1 Malaysia sudah terbakar hangus sebelum sempat ia dijulang.

9 ulasan:
macam tu pun ramai lagi orang cina ngan india masih sokong BN. Itu baru yang tercakap. Dalam hati mereka(BN) tak tau betapa hinanya Cina ngan India kat Malaysia ni. 1Malaysia tipu saja jangan percaya maa.. Masa dia belum kuat dia janji macam-macam bila Bn sudah kuat you all akan balik estet maa....SEJARAH TELAH MEMBUKTIKANNYA. Ingatlah wahai sahabat ku dari bangsa india dan cina
Jelaslah tak ada orang faham konsep 1 Malaysia kecuali Najib saja kot. Barangkali kebenaran mahkamah terhadap kalimah Allah itu di antaranya. Cuba perhatikan pada logo PDRM, bukankah ada kalimah Allah dan Muhammad. Si pemakainya bawa masuk tandas. Sedikit masa lagi orang Islam juga akan mengahwini orang bukan Islam tanpa perlu menukar ugama. Apa-apa makanan dan minuman yang haram akan menjadi halal. Sekarang ni pun ada perbuatan yang dulunya haram dah mula nampak halal. Isteri PM dah tunjukkan bila cium lelaki yang bukan muhrim dan dia sendiri beria-ia mendedahkan aurat kerana tak pakai tudung. Hairannya bila berada depan kaabah boleh pula dia bertudung!!
mamat tu ada datang hari jumaat lepas kat kelantan... nak menipu pasal minyak... datang ngan s/u najib...
padan muka dia!!!
Kenyataan Datuk Nasir yang berunsur peribadi mungkin disebabkan oleh sifat Melayu dalam dirinya yang terlampau menebal.
Ramai lagi orang Melayu tidak sedar akan istimewanya bangsa mereka sendiri tetapi dalam masa yang sama, ada orang Melayu yang terlalu taksub dengan diri sendiri sehingga lah gagal untuk menempatkan diri mereka di tempat orang lain. Agak mengecewakan, kerana ini menunjukkan ramai orang Melayu yang masih mengalami "inferiority complex."
Di bawah sedarnya, datuk secara tidak sengaja mendedahkan pendapat peribadinya yang langsung tidak boleh diterima orang ramai.
Namun, a man is not made to be perfect. Dalam hal ini, kenyataan ini tidak boleh ditarik balik. Tindakan Datuk Safar untuk meletak jawatan satu tindakan yang berani!! Tidak semua pemimpin di Malaysia yang berani berbuat demikian. Datuk Safar mengakui kesilapannya and most importantly, bertanggungjawab atas kesalahannya.
bukan dia saja, pendokong 1 malaysia perkauaman
ni macam kes terlajak kata tak boleh nak undur... ni kena buat laporan polis,, buat lebih 20laporan, pasni mesti dia akan dinasihat untuk serah diri ke mana-mana balai polis... kwang, kwang, kwang...
Bukan nak mengata, tapi itulah bila kerajaan pemerintah asyik riak dengan slogan demi slogan , akhirnya terpecah tembelang.. depan cakap lain, belakang cerita lain.. ni lah budaya umno yang bersembunyi disebalik ketuanan melayu bukan untuk memertabatkan orang melayu..
Slogan yang dicipta tu pelingkup. Dalilnya mula timbul. Kah... kah... kah...
Saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Nasir. Memang kenyataan seperti itu tidak patut dikeluarkan. Akan tetapi, setelah berfikir 2-3 kali, mungkin ia boleh dianggap sebagai ‘wake-up call’ untuk bangsa Melayu supaya menyedari bahawa bangsa lain juga bersikap RASIS terhadap Melayu. Beberapa contoh yang terlintas difikiran saya ialah:
Pada 10 Dis. 2009, anggota Parlimen DAP, Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan kerajaan sebanyak RM748 juta untuk membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 dan pada masa sama menyatakan kerajaan gagal membina rumah ibadat agama lain.
Pada 19 Sept. 2009 lalu, satu berita menyedihkan telah diterima dari Permatang Pauh di masjid Sungai Rambai. Polis telah mengarahkan supaya masjid berhentikan takbir raya kerana melebihi jam 12 tengah malam di atas arahan Lim Guan Eng.
Selain itu, ingatkah pada kisah Teresa Kok yang juga ADUN Kinrara yang terlibat dalam mengetuai satu petisyen penduduk Puchong kepada Datuk Satim Diman meminta supaya azan subuh diperlahankan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam?
Terbaru, The Herald pula memohon untuk menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka. Perkara ini juga telah mendapat sokongan terbuka daripada Anwar Ibrahim.
Tidakkah semua penindasan di atas kepada Melayu Islam oleh pemimpin-pemimpin PR tidak RASIS terhadap Melayu? Mengapa hak-hak asas beragama Melayu boleh sewenang-wenang dipersoalkan? Ini juga merupakan pernyataan berbentuk RASIS!
Catat Ulasan