KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA
1. Keputusan Jawatan Kuasa Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada YB Dato' Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.
2. Dengan membuat keputusan tersebut, Jawatan Kuasa Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.
3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.
4. Amat menghairankan bila individu yang bermati-matian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato' Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.
5. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. Jawatan Kuasa Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti Pakatan Rakyat. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato' Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan Pakatan Rakyat perlu dihadapkan ke Jawatan Kuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb. Oktober, 2009.
6. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan Rakyat dalam PAS.
7. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota EXCO Kerajaan Negeri yang sentiasa bercanggah dengan Menteri Besar dan EXCO yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.
8. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.
9. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan Jawatan Kuasa Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatan Kuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.
10. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada Jawatan Kuasa Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !
11. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semula aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.
12. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti Pakatan Rakyat maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.
Yang benar,
ABDULLAH ABDUL KARIM (alqanuni2000@yahoo.com)
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG SESI 2009-2011
- dari pinkturtle.
Ulasan GB
Memang kumpulan UG ini binatang! Keras tajuk GB, benar tapi maksud GB dengan panggilan binatang bererti "tidak berakal".
Lagi pun undang-undang di Malaysia, sebut natang@binatang boleh lepas, tapi sebut mampos tak boleh.
Dari kalangan binatang ini, Mustapha Ali merupakan dalang utama. Dia lenyapkan surat-surat aduan disiplin. GB difahamkan beliau giat mengubah Perlembagaan Parti untuk menurunkan darjat Majlis Syura Ulamak yang diberikan kedudukan paling tinggi di dalam Perlembagaan PAS untuk digantikan dengan Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau mengaturkan banyak hal di dalam keputusan penting di dalam parti yang mana Presiden menjadi Pak Turut. Lihat sahaja pda mesyuarat penolakan EGM dan digantikan dengan Seminar Khas, siapa yang bersuara lebih jika bukan Mustapha Ali.
Mengenai isu penajaan kroni UMNO untuk Muktamar PAS adalah sesuatu yang mendukacitakan dan memalukan ahli-ahli PAS.
Selama ini ahli-ahli PAS berpuashati sekalipun terpaksa bergolok bergadai untuk menegakkan perjuangan parti. Sekalipun muktamar dilakukan dengan sederhana. Tetapi muktamar yang lalu, kesucian perjuangan PAS dinodai dengan manusia-manusia keparat di dalam parti yang mencemarkan parti dengan menerima penenajaan pihak musuh. meskipun muktamar dikatakan "gah" yang oleh Timbalan Presiden menyatakan "ia terbaik", namun hakikatnya itulah muktamar paling ternoda dan paling celaka, jika ahli tahu ianya ditaja oleh kroni UMNO!
Jika lah ahli-ahli tahu sebelumnya, tak mungkin mereka hadir di muktamar itu. Penipuan besar dilakukan oleh binatang UG dalam PAS ini.
Patut sangat dilemparkan dengan kasutnya muka mereka itu dan patut sangat merasa jijik melihat tangannya sewaktu bersalaman dengan mereka.
Dari senarai nama yang didedahkan itu, nama Mustapha Ali paling top. Setiausaha Agong yang di pilih ole Presiden yang merosakkan jemaah melalui proklamir Kerajaan Perpaduan.
Kita tidak tahu berapa puluh ribu atau ratus ribu yang diterima untuk penajaan itu, namun ia amat mendukacitakan.
Ahli PAS dari kawasan-kawasan, ada diantaranya terpaksa menangguhkan aktiviti "cari makan" seperti menoreh, berkebun, tidak ke laut dan seumpanya untuk menghadiri muktamar. Ada diantaranya mengikat perut sewaktu mukamar kerana tidak berduit untuk membeli makanan. Tapi mereka bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli yang cintakan perjuangan parti.
Bukan semua orang kaya raya. Bukan semua orang bergaji tetap atau berpencen macam sesetengah YB PAS. (nota: GB masih ingat pada satu ketika, di zaman-zaman muda, GB terpaksa menjual sebuah motosikal buruk yang berharga RM350 untuk dapat turut serta ke Muktamar)
Tetapi disebalik itu, rupa-rupanya ramai pemimpin-pemimpin PAS berdendang di bilik-bilik VIP Hotel Concorde dengan ditaja oleh pihak musuh.
Sedangkan wang itu, jika benar pun ia sumbangan "ikhlas" dari pihak luar boleh digunakan untuk menaja "tambang pergi-balik" perwakilan yang daif dan faqir, bukan untuk kamu bersenang-lenang dibilik berhawa dingin dan ahli-ahli PAS bergelimpangan tidur di masjid-masjid dan surau-surau.
Nak pecat GB, pecat!

Inilah Dia Rahsia Parti Yang Didedahkan oleh Khalid Samad
Mengikut Bakaq@Penarik Beca, rahsia parti yang didedahkan oleh Khalid Samad sehingga Khalid Samad digantung 6 bulan, boleh di baca di sini
Bandingkan dengan rahsia parti yang didedahkan oleh Hasan Ali di sini .
Mana lagi teruk?
Juga, kalau benar dakwaan Bakaq@Penarik Beca, maka patutlah mereka dapat sewa bilik2 hotel yang mahal2 di Concorde Hotel di bilik2 yang paling mahal seperti yang didedahkan di bawah:(NOTA:Maklumat saya dapat, ada yang tersenarai di atas tidak tinggal di bilik di atas. Antaranya Tok Guru Nik Aziz.)
Saya tidak tahu pimpinan2 di atas ini tahu atau tidak dari mana datang wang untuk menempah bilik-bilik yang mahal2 di Concorde Hotel Shah Alam. Agaknya selepas Khalid Samad mendedahkannya baru mereka tahu.
Perhatikan juga nama seperti Dr Samsuri, Roslan SMS dan Suwardi Yaakob yang bukan pimpinan PAS dalam senarai di atas. Mengapa tidak digunakan wang di atas untuk para perwakilan untuk mengurangkan beban kos perjalanan mereka.
Mustahil PAS Selangor dapat menempah bilik yang begitu mahal di atas kalau tiada sponsorship dari korporat besar seperti Puncak Niaga.
Patutlah mereka mampu sewa bilik yang mahal2 di Concorde Hotel.
Dan disebab inilah Khalid Samad digantung jawatan selama enam bulan. Kerana mendedahkan konspirasi Hasan Ali-PAS Selangor-Puncak Niaga.Ish ish ish.
Tak sangka Tuan Ibrahim pun terlibat dalam konspirasi ini. Dan saya percaya pada Bakar@Haq sebab setakat ini maklumat dia tepat. Beliau yang pertama mendedahkan pertemuan dalam gelap dengan UMNO waktu tiada angin dan tiada ribut.
MASANYA UNTUK EGM DEMI MENYELAMATKAN PERJUANGAN ISLAM DAN PAS
-Tulang Besi
Ulasan GB
Memang kumpulan UG ini binatang! Keras tajuk GB, benar tapi maksud GB dengan panggilan binatang bererti "tidak berakal".
Lagi pun undang-undang di Malaysia, sebut natang@binatang boleh lepas, tapi sebut mampos tak boleh.
Dari kalangan binatang ini, Mustapha Ali merupakan dalang utama. Dia lenyapkan surat-surat aduan disiplin. GB difahamkan beliau giat mengubah Perlembagaan Parti untuk menurunkan darjat Majlis Syura Ulamak yang diberikan kedudukan paling tinggi di dalam Perlembagaan PAS untuk digantikan dengan Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau mengaturkan banyak hal di dalam keputusan penting di dalam parti yang mana Presiden menjadi Pak Turut. Lihat sahaja pda mesyuarat penolakan EGM dan digantikan dengan Seminar Khas, siapa yang bersuara lebih jika bukan Mustapha Ali.
Mengenai isu penajaan kroni UMNO untuk Muktamar PAS adalah sesuatu yang mendukacitakan dan memalukan ahli-ahli PAS.
Selama ini ahli-ahli PAS berpuashati sekalipun terpaksa bergolok bergadai untuk menegakkan perjuangan parti. Sekalipun muktamar dilakukan dengan sederhana. Tetapi muktamar yang lalu, kesucian perjuangan PAS dinodai dengan manusia-manusia keparat di dalam parti yang mencemarkan parti dengan menerima penenajaan pihak musuh. meskipun muktamar dikatakan "gah" yang oleh Timbalan Presiden menyatakan "ia terbaik", namun hakikatnya itulah muktamar paling ternoda dan paling celaka, jika ahli tahu ianya ditaja oleh kroni UMNO!
Jika lah ahli-ahli tahu sebelumnya, tak mungkin mereka hadir di muktamar itu. Penipuan besar dilakukan oleh binatang UG dalam PAS ini.
Patut sangat dilemparkan dengan kasutnya muka mereka itu dan patut sangat merasa jijik melihat tangannya sewaktu bersalaman dengan mereka.
Dari senarai nama yang didedahkan itu, nama Mustapha Ali paling top. Setiausaha Agong yang di pilih ole Presiden yang merosakkan jemaah melalui proklamir Kerajaan Perpaduan.
Kita tidak tahu berapa puluh ribu atau ratus ribu yang diterima untuk penajaan itu, namun ia amat mendukacitakan.
Ahli PAS dari kawasan-kawasan, ada diantaranya terpaksa menangguhkan aktiviti "cari makan" seperti menoreh, berkebun, tidak ke laut dan seumpanya untuk menghadiri muktamar. Ada diantaranya mengikat perut sewaktu mukamar kerana tidak berduit untuk membeli makanan. Tapi mereka bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli yang cintakan perjuangan parti.
Bukan semua orang kaya raya. Bukan semua orang bergaji tetap atau berpencen macam sesetengah YB PAS. (nota: GB masih ingat pada satu ketika, di zaman-zaman muda, GB terpaksa menjual sebuah motosikal buruk yang berharga RM350 untuk dapat turut serta ke Muktamar)
Tetapi disebalik itu, rupa-rupanya ramai pemimpin-pemimpin PAS berdendang di bilik-bilik VIP Hotel Concorde dengan ditaja oleh pihak musuh.
Sedangkan wang itu, jika benar pun ia sumbangan "ikhlas" dari pihak luar boleh digunakan untuk menaja "tambang pergi-balik" perwakilan yang daif dan faqir, bukan untuk kamu bersenang-lenang dibilik berhawa dingin dan ahli-ahli PAS bergelimpangan tidur di masjid-masjid dan surau-surau.
Nak pecat GB, pecat!
33 ulasan:
LEMBAGA DISPLIN PAS = LEMBAGA DISPLIN UMNO = MAHKAMAH MALAYSIA!!
terbaik lah GB...
memang binatang geng UG pendakap amnu!!!
errr... sapa yang marah... makanya... mengakulah derang tu geng UG ye... kehkehekehkeh...
jangan marah ye... kalau marah... orang tau korang geng UG yang nak gila nak berdakap dengan AMNU!!!
kah kah kah . . . .kah kah kah . . . TERBAEK! la GB!
Aku anak muda penyokong PAS tegar TAPI mintak maaf aku meletakkan senjata seketika dan keluar PAS hingga SEMUA BINATANG BERKOPIAH PUTIH berdarah biru yang melata dalam PAS get out! , MOGA ALLAH MELAKNATI KAMU WAHAI PENDUSTA!
PAS REFORM!
PAS REFORM!
PAS REFORM!
jangan membuat tulduhan ala UMNO bro. melulu sangat dan x sesuai diungkap bagi seorang islam yg sdg marah. kemarahan anda ni ialah membuka pekung di dada sendiri. cara anda memang x kena kerana memberi ruang & modal politik pd pihak musuh. so gunakan akal yg waras seb bertindak..
tq
sdr sydeen,
sikap mengkhianati parti itu sesuai dengan kaedah Islam?
umat Islam tengah marah, mengeluarkan perkataan itu dah cukup lembut daripada GB keluarkan pedang memenggal leher setiap seorang dari mereka seperti yang dilakukan di zaman Rasulullah.
Kami sokong GB. You are our hero. Way to go....
Kalau payah, tubuh je parti baru...Refah jadi AKP...tgk cam ne AKP skrang....PKS dari penghijrahan beberapa dari Muhamadiyyah dan Nahdatul ulamak!
-Penegak Dalil-
Penegak dalil,
Tak perlu parti baru sebab yang menentang UG adalah majoriti, manakala yg support UG adalah minoriti.
Yang penting, bersihkan parti dari mereka yang khianat itu.
Memang GB Terang, Tajam & Tepat
Aku sokong GB. Aku tidak pernah percaya setiap kenyataan Presiden PAS dan pucuk pimpinan PAS yang mengatakan akan tetap bersama pakatan rakyat. Aku dari dulu lagi percaya kumpulan UG ni tetap berusaha untuk mencapai agendanya.
Aku menaruh kenyakinan pada Allah swt bahawa segala yang jahat itu akhirnya akan gagal begitu juga dengan agenda kumpulan UG dalam PAS ni. PAS susah lebih 50 tahun dan telah mengalami pelbagai dugaan. Aku percaya usaha kumpulan UG ini akan gagal.
Persoalannya, at what cost does PAS has to pay?
Mengenai cadangan pennegak dalil - apalah susahnya kumpulan UG ni nak isi borang keahlian UMNO? Sebut je dia orang nak masuk UMNO, karpet merah UMNO tadahkan. Lagipun mereka ini bolehlah membantu UMNO untuk menegakkan Islam yang sebenarnya. Mengapa mesti mereka mengheret PAS ke dalam UMNO. PAS bukan milik dan hak peribadi mereka.
bat8
GB memang konsisten.
Tahniah GB.
PAS amat memerlukanmu
terutama untuk ahli PAS yang
lemah. Yang tak berupaya
untuk menentang kezaliman &
ketidak-adilan di dalam
parti sendiri.
Keilmuan, kesungguhan
dan keberanian GB hanya
Allah saja yang membalasnya
bagipihak kami.
Salam pada Semua yg ada di sini & di luar.
Tak cukup 6 bulan patutnya 6 tahun & patutnya MP S.Alam dipercepatkan 6 bulan utk diangkat jadi pimpinan yg di geruni kawan & juga lawan.
salam GB
keputusan j/kuasa disiplin pas memanglah nampak mace berat sebelah, tapi nak menghukum hase ali dia ni anggota jemaah exco dan DUN selangor. nanti digantungnye kawe tu dia buat hal lain pulak huru hara jadinya selangor.
kawe yg dok slangor ni nak tengok PR selangor tidak berkecamuk dengan isu-isu pemimpin yang tak sedar diri dan tak syukur akan sokongan rakyat dalam PRU 12 dulu.
cuma bersyukur puak-puak yang tidak sehaluan dgn PR maka pada PRU ke 13 nanti bolehlah disingkirkan sama ada dicalonkan atau jgn undi depa.
kita minta jika ada juga calon puak2 UG ni maka kawe sarankan agar satu calon bebas yang pro PR diletak utk bertanding dgn calon PAS Pro UG jika Presiden PAS masih lagi nak taruk puak2 UG ini.
sekurangnya org yg meluat dan tidak suka calon UG ini boleh pilih calon bebas dan jika menang calon bebas ini boleh bersama-sama berjuang utk PR memrintah malaysia.
Cuma buat masa skg kita sabar ajelah supaya PR tenang dan jg kucar kacir sehinggalah PRU 13 nanti. Wassalam.
Org Klate Dok P/Jaya. selangor
Pucuk Pimpinan PAS perlu sedar sejak adanya Geng UG keparat tu dalam PAS telah ramai penyokong tegar PAS sudah mula patah hati dan dah tak ada mood lagi nak sokong PAS...
Ramai lagi yg akan menjauhkan diri dari PAS selagi adanya Geng keparat UG dlm PAS...
Mohon agar Nik Aziz tegas meminta EGM segera diadakan bagi mengembalikan kekuatan PAS...
Pemimpin Pas pun Zalim macam UMNO juga?
MP Shah Alam sama macam TGNA ditakuti UMNO dan Kumpulan UG dalam Pas
anon 12:10,
tgna dah menyatakan pendirian beliau - egm! tapi dikonar oleh stopa ali, su agong merangkap presiden pas. mana dia 51 kawasan yg diperlukan utk menyokong muktamar khas? nak tunggu hancur dulu? saranan tgna adalah jelas dan tepat. beliau tidak perlu lagi mnyaran utk kali kedua supaya diadakan egm. semuanya kini terletaka di tangan ahli2 pas. virus ug sudah mendarah daging dalam hiaraki kepimpinan pas. urutan peristiwa sejak bertemu dlm gelap sehingga keputusan jkd pas sudah cukup bagi ahli2 membaca silat politik ug yg dipelopori stopa ali - he is the king maker. he is being paid, so is nasha, and maybe tg presiden. berani mereka bersumpah bahawa mereka tidak pernah menerima apa2 sumbangan kewangan dari mana2 pihak? dari cara tindakan/reaksi presiden dlm banyak hal (diam/lambat) menunjukkan seolah2 beliau sudah diikat tangannya. stopa ali pembawa virus ug ke jalan raja laut. selagi pas ganu mencengkam kuasa di situ, percayalah lagu dan irama pas akan sumbang sampai hancus!
saya mendoakan semoga 51 kawasan yg membolehkan muktamar khas diadakan kini sudah bersedia utk bertindak, NOW! Allah telah mendedahkan siapa2 mereka dan bagaimana mereka, dengan cengkaman kuasa, pemacuan pas adalah "Ikut Stopa Ali"! nak komplen kat jkd pas kena melalui su agong, apa lagi boleh diharapkan? abdullah abd karim telah menjelaskannya.
jkd pas tak perlulah nak ambil tindakan terhadap saya, too small for me. m willing to face all the dewan and jk pas pusat, i dare u!
pemimpin binatang maka ahli juga semestinya binatang, logik akal pemimpin binatang tentu lebih baik daripada bindatang yg dipimpinnya, maka GB terlebih binatang dari pemimpin binatang (sekiranya GB ahli binatang), andai kata GB bukan binatang maka kenapa GB nok sibuk2 pasal pimpinan binatang? Manusia pun dok sibuk2 pasal pimpinan binatang maka siapa GB ini, sekiranya GN binatang pun tidak, manusia sudah tentu tidak sbb manusia tidak ambik hal tentang pimpinan binatang, doh menatang apa?
Maha Suci ALlah, sesungguhnya kami hamba-hambaMU yang serba lemah ini berjuang di dalam wadah PAS semata-mata memenuhi ketetapanMu, sekiranya ada abtara amalan kami yang selama terlibat di dalam wadah perjuangan syariatMu ini yang Kau terima sebagai jihad dan ibadah, maka berbekalkan amalan itu kami merayu kepadaMU ya ALlah, hancurkanlah Mustafa Ali, Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa,Harun Taib, Suwardi. Roslan dan anjing-anjing UG dengan sebangsat-bangsat kehancuran .Bersihkanlah jamaah/wadah ini dari pengkhianat-pengkhianat durjana itu ya ALlah. KepadaMu jualah kami meletakkan pengharapan.
Tokoh cerdik sprti Husam Musa ditendang oleh geng2 UG melalui 'dakwaan bayangan' pro erdogan.
Sbnrnya pro erdogan x wujud, yg wujud adalah pro-UG yg takut kpd bayangan penambahbaikan sprti Husam.
senang citer gini.. Pro Pakatan adalah pro erdogan (yg entah dari mana gelaran ni). Sementara pro erbakan adalah pro UG (penolak kpd panambahbaikan PR)
yg marah terhadap artikel GB hanyalah dari kalangan UG
Selain darinya: berdiri dan tanda hormat kpd GB... GB laksana keberanian pemuda Kahfi...
Innahum fidyatun aamanu birabbihim......
dlm bnyk2 komen, tulisan wirautama yg nmpknya lahir dari pemikran cetek @ kurang cerdik...maaf jika terkasar tp itulah hakikatnya...sang WIRAUTAMA nampaknya lebih suka memberi huraian tentang binatang..pada pndgn aku mungkin benar beliau ada hubung kait dgn binatang, ataupun beliau pencinta binatang..celik lah wahai WIRAUTAMA.. mereka yg digelar BINATANG diatas adalah mereka yg selayaknya digelar begitu...jgn2 WIRAUTAMA adalah serpihan dr golongan ini..
wassalam
Tahniah GB, tak payah kawe ulas. sememangnya idea GB dan tepat!!! kita lawan geng songkok putih dan UG kerana Allah SWT.
Dulu saya suka masuk TKO kerana ada GB.
Sekarang saya meluat, TKO jadi medan golongan UG untuk membodek dan mengampu pimpinan mereka.
Disokong plak oleh geng perpaduang Terengganu.
saya rasa agenda wm tko, songkok putih yang membelasah GB secukupnya. Mcm2 fitnah ditabur semata-mata kerna GB mengkeritik pimpinan PAS yang kebetulan geng UG dan Terengganu.
teruskan GB. Kami sentiasa mendoakan keselamatan dan kebaikan utkmu.
1. Segala Yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Dia lah sahaja Yang Menguasai dan memiliki langit dan bumi; ia menghidupkan dan mematikan; dan ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
3. Dia lah Yang awal dan Yang Akhir; dan Yang zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
4. Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.
* jika anda betul2 tahu dan pastikan ia betul, tampil kehadapan dengan nada sesuai....
* Ingatlah, Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui...
* Usah banyak berbicara, kalu berbicara yang salah, banyak dosanya.. bila banyak dosanya, nerakalah tempatnya...
* teliti dahulu sebelum berbicara...
Benar akhi saifullah,
GB dulu adalah GB kini, yang lantang melawan kelemahan dan keburukan parti lawan atau parti sendiri.
Seingat saya, walaupun GB dipukul dihentam GB bersahaja dengan suara serak keringnya melalui radio di malam hari, menghidup semangat juang para pemuda pemudi yang cintakan perjuangan Islam.
Tanpa putus-asa suara beliau berkumandang setiap malam walaupun masalah talian dan sebagainya mengganggu siaran sehingga pilihanraya.
PAS dan PR berjaya cemerlang... tidak sedikit sumbangannya... tak ternilai pula harganya...
GB umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.
Tapi pemimpin2 PAS tak pandang pon usaha GB, semua yang menang kata adalah hasil usaha mereka sendiri.
huhu
aje celaka puak UG ni
duduk sedap2 dalam bilik hotel concorde rupanya
perjuangan islam ker tu atau munafiq?
salehuddin al-ayub tidur di atas batu sewaktu mengumpulkan bala tenteranya semasa pergi menakluk baitul-maqdis.
bersabarlah sahabatku GB. Allah bersama org yang sabar.
GB,saham anda amat besar,ingat ! setiap individu yg termakan tulisan anda adalah di bawah tanggungjawab anda...
Di akhir zaman,yg haq kelihatan bathil dan yg bathil dilat yg haq...
Pejuang dilabel bodoh dan pemecah belah,dan munafiq di anggap pejuang...
Fitnah jadi mainan...
Ya Allah,tetapkanlah hati2 kami dalam agamamu,di jalan yg benar,hapuskanlah kaum munafikin dari gerakan Islam ini...
anon 12:07 am,
paparan sdra lebih layak kepada kepimpinan. jika sdra rapat dengan mereka, tanyakan kepada mereka, berapa $aguhati diterima dari pihak ketiga. berani mereka bersumpah mereka tidak menerima apa2 dari pihak ketiga?
silakan...
UG dah ditutup, dan tiada lagi perbincangan ke arah itu. Full stop. Mungkin yg mencadangkan UG silap, tp mungkin tidak mengikut situasi semasa ketika dicadangkan. Ia adalah cadangan dan bukan dalam peringkat pelaksanaan. Tapi amat dan teramat menghairankan, ada penentang UG sedangkan tiada UG. Masih ada lagi tak puas hati dan dendam masih membara. Oleh yg demikian, next muktamar, gunakan kuasa mengundi anda, sock down sapa2 yg anda tidak berkenan, pilih yg berkenan, kita tengok siapa naik, siapa turun. Sementara itu, sila la berkelakuan sebagaimana orang waras berorganisasi ya.
-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt.
mohd rusila mansoura egypt,
itulah yang dijaja oleh nasha bagi mempertahankan pembohongan, pada awalnya tidak mengaku bertemu dengan umno, selepas diakui oleh orang yang ditemui, menjaja pula mendapat kelulusan majlis syura ulama.
kalau kita tidak mampu melihat sesuatu isu dari mulanya dan hanya mengambil dipertengahan, pandangan sdralah jadinya. doktor akan mencari asal usul sebab2 penyakit untuk mengubatinya, bukan berpuashati dengan penjelasan si sakit.
depa kata ug dah tutup, betulkah? kalau betul, kenapa perlu ditutup berulang kali dan tidak mampu tertutup dengan penutupan yang pertama? seseorang boleh kata tutup dan kita terus menerimanya tanpa mahu melihat perkembangan2 selepas dikatakan tutup.
takkanlah sebab duduk di egypt, sdra tidak mampu 'melihat' tindak tanduk yang menunjukkan dengan jelas bahawa ug tak tutup2. lihat sahaja bagaimana pas kini sudah menjadi ISA - Ikut $topa Ali. dlm kes jkd, $topa kata dia baru terima laporan sdangkan dollah karim kata dah DUA bulan dihantar? who is lying? see how powerful is $topa Ali? pas dah jadi macam dap, setiausaha agong berkuasa mengatasi presiden. $topa mempengaruhi banyak keputusan presiden hatta perlantikkan pj negeri2. semasa buat press conference, presiden tak malu2 mengiyakan cakap $topa Ali. jelaskan?
sebab ko orang rusila, bila balik bercuti nanti, ko jumpalah "$topa Ali" dan tanya dia, berapa banyak terima $aguhati dari pihak yang mengaturkan pertemuan dlm gelap dgn umno?
selepas pru12, nasya kata mesy membuat keputusan hantar mat sabu ke penang utk bincang penubuhan kerajaan pr, husam ke perak, dan dia ke selangor. yang peliknya yang ke penang dan perak berbincang penubuhan kerajaan pr, tapi yang ke selangor jumpa umno bincang pasal ug. apa ke jadah jumpa umno, sedangkan umno tulah yang pas lawan? sejak bila pula pas memperjuangkan melayu?
Catat Ulasan