4 Jan 2010

Rakyat Terus Dibeban Kenaikan Harga Barang

Tinjauan Detik Selangor, buletin harian hanya di TVSelangor.com, siaran secara langsung TV sesawang maya ini, mendapati rungutan ramai kalangan rakyat bahawa mereka terus dibeban dengan kenaikan harga barang pengguna, khususnya kenaikan harga gula sejumlah 20 sen sekilo, berkuatkuasa semalam.

Rakyat dibebankan kenaikan harga gula dari RM1.45sen sekilo kepada RM1.65sen di Semenanjung dan RM1.75sen di Sabah dan Sarawak.

Bendahari Agung FOMCA Mohd Yusof Abdul Rahman mengingatkan rentetan kenaikan lain-lain barangan pengguna akibat dari keputusan kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga gula ini.

Dinyatakannya demikian dalam rancangan Apa Khabar Selangor, hanya di TVSelangor.com di sini semalam.

Mohd Yusof Abdul Rahman turut mendedahkan siapa Raja Gula dulu, Robert Kuok, dan kini, Syed Mokhtar Al-Bukhari yang mungkin meraih manfaat dari kenaikan ini khususnya harga gula.

Mohd Yusof Abdul Rahman mengkritik Belanjawan 2010 Kerajaan Malaysia sebagai tidak banyak memanfaatkan rakyat.

Tambahnya terdahulu harga minyak telahpun dinaikkan, diikuti dengan harga rokok pada 2009, dan di pembukaan 2010 kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak telah memutuskan kenaikan harga gula serta menarik kembali subsidi roti putih.

Kejutan seterusnya menurut Mohd Yusof Abdul Rahman ialah kenaikan harga minyak petrol dan diesel dijangka Mei depan.

Satu kelemahan bersabitan kenaikan harga barangan pengguna menurut pandangan pemimpin FOMCA ini, ialah ketiadaannya Suruhanjaya Harga di Malaysia, diwujudkan supaya ada kawalan ke atas sesiapa yang ingin menaikkan harga barang secara wewenang.

Walaupun disertakan dalam sesi dialog, namun FOMCA tidak dirujuk kerana tiada keperluan berbuat demikian dalam penentuan berapa kenaikan harga gula, katanya lagi.

Di kalangan rakyat ada yang bertanya inikah kelebihan 1Malaysia yang digembar-gemburkan bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan? -TVS



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN dan UMNO sedang mengira keuntungan dari kenaikan harga minyak, insuran, gula dll..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pengundi BN Bagan Pinang yang menaikkan harga minyak,insuran dan gula...

Tanpa Nama berkata...

pengundi Bagan Pinang membantu BN menindas rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Rosmah makin senang, rakyat makin susah, hidup UBN penindas rakyat???

Tanpa Nama berkata...

Kalangan orang atas selesa. Peduli apa jika rakyat tertindas. Tahniah UBN! Selagi berkuasa itulah matlamatnya!