31 Dis 2009

Tangan Ghaib Pihak Ketiga Main Peranannya Di Kelantan

Susulan perubahan dalam barisan pegawai kanan Pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipercayai kemungkinan akan melakukan rombakan Exco kerajaan negeri dalam waktu terdekat.

Malah beberapa pihak mendakwa wujud “tangan ghaib” yang kini memainkan dalam menentukan perubahan-perubahan yang sedang dan bakal berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Kelmarin Nik Aziz mengumumkan setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakub akan berhenti daripada berkhidmat di Pejabat Menteri Besar awal tahun 2010 selepas mereka memutuskan tidak mahu kontrak mereka diperbaharui.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menafikan tindakan mereka ada kaitan dengan perkembangan isu politik di negeri itu sejak kebelakangan ini.

"Mutakhir maklumat yang diperolehi dari sumber yang sangat dipercayai bahawa satu rombakan barisan Exco Kerajaan Kelantan akan dibuat tidak lama lagi di mana beberapa orang Exco kanan dan pimpinan PAS Negeri akan terpelanting dan tidak akan dilantik semula. Daripada nama yang disebut, saya sendiri pun terkejut dengan mereka yang bakal digugurkan.

"Saya melihat seolah-olah di Kelantan kini sudah wujud satu 'tangan ghaib' atau 'kuasa ketiga' yang memainkan peranan menyusun semula barisan kepimpinan kerajaan negeri demi menjaga periuk nasi dan kepentingan pihak tertentu," kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dalam blognya.

Pemimpin PKR itu menambah sekiranya strategi dan perancangan “kuasa ketiga” ini berjalan lancar, Pejabat MB Kelantan dan juga barisan pimpinan kerajaan negeri akan dikuasai sepenuhnya oleh “kuasa ketiga” ini.

PKR merupakan salah satu anggota gandingan Pakatan Rakyat. Dua komponen yang lain ialah DAP dan PAS.

"Apakah Menteri Besar menyedari perkara ini? Atau adakah 'kuasa ketiga' ini mempergunakan Menteri Besar untuk kepentingan mereka sendiri?

"Apa pun saya mendoakan Menteri Besar akan mendapat petunjuk dan hidayah Allah dalam apa jua keputusan dan tindakan yang telah, sedang dan akan diambil beliau.

"Apa pun, natijah daripada ini semua kemungkinan besarnya akan melemahkan kerajaan negeri," katanya.

Zulkifli juga menyebut dengan "terpelantingnya tokoh-tokoh muda, hebat dan dinamik dalam saf kepimpinan negeri Kelantan ini, saya khuatir “bulan purnama” yang menyinari bumi Serambi Mekah selama 20 tahun ini akan menjadi malap dan pudar.

"Dan, kelak hanya masa dan ketika sahaja menanti untuk gerhana sang bulan berlaku di Kelantan," katanya.

Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan memimpin negeri itu sejak pilihan raya umum 1990. -MI

5 ulasan:

Unknown berkata...

Selalunya tokguru tidak akan membuat sesuatu keputusan yang besar sebelum memohon petunjuk dari Allah.

Insyaallah apa-apa keputusan selepas ini adalah yang terbaik untuk Kelantan dan Pakayan Rakyat.

sb dehlawi berkata...

apapun keputusan yang dibuat, mesti mengambil kira penambahan kekuatan kepada Pas Kelantan. Kepada Tok Guru buatlah percaturan yang terbaik.

elakkan bias2 anak beranak dan pilihla tokoh2 yang betul2 berjuang atas nama Pas dan Islam. Tokoh2 yang berjuang atas dasar 'mau penuh poket' dan memeluk erat UG buangkan ketepi. usah pendulikan mereka, exko kanan ke kirike...pi jauh2 jangan ganggu pentadbiran kelantan... Kami sokong tok guru nik aziz dan Husam.

Martoiriat berkata...

Kemungkinan Tuan Guru Nik Aziz sudah pun tahu siapa yang menjadi
duri dlm daging dalam pentadbiran
nya. Elok2lah pileh pemimpin2 yg
berjuang berlandaskan islam. Yang
penting buatlah yang terbaik untuk
PAS dan PR.

Martoiriat berkata...

Kemungkinan Tuan guru Nik Aziz
sudah tahu siapa yg menjadi duri
dlm daging dalam pentadbirannya.
Buatlah keputusan yg bijak dan
telus. Pilehlah pemimpin2 yg benar2
iklas berjuang berlandaskan islam.
Rakyat tetap bersama2 Tuan Guru..
Insyaalah..

Anak PR Selangor berkata...

Betulah Arifahmi orang UMngok....

Tolonglah nafikan catatan TB tu..

Kalau betul nyahkan dia dengan segera (termasuk le Nik Abduh & Amalina).