6 Nov 2009

Skandal PKFZ Tamparan Hebat Buat BN

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berpendapat sekiranya kerajaan gagal menangani skandal PKFZ, ia akan membawa kesan yang buruk kepada Barisan Nasional dalam menghadapi piliharaya akan datang.

Menurutnya,isu yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy,dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Paduka OC Phang merupakan kes pecah amanah terbesar di Malaysia setakat ini.

“Kalau mereka tidak mengendalikan hal ini dengan bagus,maka ada kemungkinan besar Barisan Nasional akan kena hebat dalam pilihanraya akan datang," katanya kepada TV Selangor.

Charles meragui laporan awal yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas perbincangan dengan JAwatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengumumkan kedua dua yang disyaki, tidak melanggar undang-undang.

Kes yang telah dilaporkan sejak tahun 2003 itu dipandang sepi oleh pihak SPRM yang lebih berminat menyiasat Exco-exco di Selangor.

Charles turut mencadangkan supaya Najib untuk meminta Peguam Negara mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu bena-benar mahu bebas dari gejala rasuah.

“Cadangan saya sebenarnya ialah Najib mesti memberi arahan kepada pihak AG,katakan kepada AG,gunakan cadangan ini,heret semua yang terlibat ke mahkamah,terus,jangan bincang.Itu akan menunjukkan keseriusan dalam menangani masalah kanser rasuah ini di Malaysia,"katanya.

Negara dikejutkan dengan pendedahan laporan PAC dalam Sidang Parlimen,yang mendedahkan individu yang terlibat dalam Skandal PKFZ menelan belanja RM4billion itu.

PAC mengesyorkan suapaya SPRM dan polis menyiasat Kong Choy dan O.C. Phang membabitkan pecah amanah berhubung projek berkenaan.

Kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan Chan dan tiga surat akujanji oleh Phang, mengikut laporan PAC berhubung PKFZ yang diedarkan di Dewan Rakyat Rabu lalu. -TVS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini seorang lagi MP Pakatan Rakyat yang tidak sedar dia bercakap atas stand apa dan kepada siapa. Percakapan dia seolah-olah dia seorang BN.

Jika anda seorang ahli yang mewakili Pakatan Rakyat, anda harus sorot kebejatan BN dengan menimbulkan apa yang baik yang telah dan sedang Pakatan Rakyat buat terutama dalam hal yang berkaitan.

BN itu tidak perlukan nasihat anda dan anda pun tahu cakap anda itu akan disumbat ke dalam lubang najis BN sahaja. Jadi mengapa seorang yang bijak boleh bercakap hal yang rendah nilai politiknya.

Jika anda hendak pengaruhi rakyat dengan bercakap begitu seolah-olah orang PR pandai dan jujur, maka jawapan rakyat ialah anda seorang MP yang bangang dan tidak pandai menaikkan parti sendiri..

Pernahkah UBN menasihati atau mengajar Pakatan Rakyat apa yang PR patut buat...? Yang anda selalu dapat ialah sepak terajang dan penumbuk padu UBN yang tidak berbalas...

Tonjolkan kelebihan PR ke atas isu dan kelakuan UBN yang salah dan merosakkan negara itu. Rakyat tahu kerja UBN. Media mereka cukup berpengaruh walau penuh dengan propaganda dan muslihat. Tetapi apa yang rakyat tahu tentang PR...?

Yang rakyat selalu baca dan dengar kerja PR hanya mencerca dan cuba mengajar UBN tetapi anda yang mengajar itu belum ternampak kelebihan dan wibawanya. Lambat laun rakyat akan termakan juga dengan dakyah UBN. Sebab UBN terbukti memiliki upaya mengabui rakyat.

Kelihatan PR hanya membontoti sahaja pergerakan dan kemajuan UBN.

Anda tinggal berkokok sahaja sedang reban anda juga sudah dimiliki orang lain. Akhirnya anda akan tinggal atas pokok yang terdedah dengan bahaya. Silap-silap anda di ngap oleh sang musang..