Jangan kecoh mendesak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) bilamana laporan terhadap kepimpinan UMNO sebelum ini tidak diambil sebarang tindakan.”
Begitulah kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik, ketika mengulas mengenai desakan supaya SPRM menyiasat Mursyidul Am Pas atas dakwaan ditaja pihak tertentu menunaikan haji tahun ini.
Menurut Kamaruddin, mereka tidak perlu mendesak SPRM menyiasat Nik Abdul Aziz tetapi sebaliknya memberi perhatian kepada kepimpinan UMNO yang nyata telah terlibat dalam gejala rasuah, termasuk politik wang.
“Saya sendiri pernah menuntut supaya SPRM menyiasat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, atas dakwaan rasuah pada 18 Mac dulu, tetapi sehingga kini saya masih belum nampak hasil siasatan itu.
“Beliau yang telah dibuktikan terlibat oleh Lembaga Disiplin UMNO pun tidak disiasat mengapa Nik Abdul Aziz yang belum pergi haji sebagaimana yang didakwa perlu disiasat?
“Tidak perlulah mana-mana pihak membuat kecoh dan mendesak SPRM menjalankan siasatan kerana kalau hendak siasat, siasat dulu kepimpinan (UMNO) yang terbukti pembabitan mereka,” katanya.
Semalam, akhbar ini melaporkan Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas Nik Abdul Aziz.
Memorandum setebal lapan muka surat itu dibuat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian, dan diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM negeri, Muhamad Hafiz Hamzah. -SH

2 ulasan:
SPRM memang kerjanya siasat yang tak rasuah, BN yang rasuah tak boleh siasat!
Persoalannya sekarang, siapa yg berani nak siasat
UMNO. Kalau SPRM?..100 tahun lagi pun tak siasat.
Apa tidaknya..bertimbun2 fail rasuah yg dilapor
olih pembangkang, tapi tidak diambil tindakan.
Bagaimana dgn Khir Toyo, Annuar Musa, Najid kapal
selam, Rafidah Aziz, Mahadhir, Mat Nor yaakob dan
banyak lagi kroni2 UMNO yg rasuah yg tidak di
siasat olih SPRM. Nak siasat? Panggil pun tidak
utk beri kenyataan. Memang SPRM sikapnya double
standard dan tidak berkualiti utk memerangi
rasuah. Sampai bila2 pun rasuah tak bolih di
kurangkan, apatah lagi nak menghapuskannya, jauh
sama sekali sekiranya negara ini diperintah olih
UMNO-BN.
Andainya, kalaulah pegawai2 k'jaan yg terlibat
dgn rasuah, senang saja.. masuk jadi ahli UMNO
dan SPRM pandang sebelah mata saja. Tutup fail,
beri kenyataan2 di TV dgn alasan tidak cukup
bukti. Itulah sikap SPRM yg dikenali dgn sikap,telus, jujur, adil dan amanah.
Catat Ulasan