27 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Kalau Saya Isa, Saya Tarik Diri - Mahathir

Kalau saya jadi Isa Samad, saya tarik diri dan sokong calon lain yang dipilih,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas UMNO Bahagian Teluk Kemang yang mahukan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menjadi calon.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, adalah baik jika Isa memberikan kerjasama berkempen untuk calon yang dipilih dan cara tersebut dapat meningkatkan reputasinya.

“Kita bukan semata-mata nak menang, jika menang pun calon tak bersih buat apa,” katanya.

UMNO Bahagian Teluk Kemang tidak berganjak dengan pendiriannya yang mahukan Tan Sri Isa Samad sebagai calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Bagan Pinang, 10 Oktober nanti.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Rohani Yaakob pula berkata, mereka sebulat suara memutuskan kata sepakat ini namun, ia terpulang kepada Presiden untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, tindakan UMNO Bahagian Teluk Kemang itu dilihat berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingan bahagian saja tanpa mengambil kira kepentingan parti.

“Jika diletak calon tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk. Saya minta jangan letak Isa sebagai calon,” katanya kepada media di kediamannya sempena rumah terbuka Aidilfitri, semalam.

Kira-kira 10,000 rakyat mengunjungi rumah terbuka bekas Perdana Menteri itu yang dibuka seawal 10 pagi sehingga 5 petang, semalam. Mereka adalah rakyat jelata yang mengagumi ketokohan beliau hingga kini.

Antara pemimpin yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dan isteri; Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen dan kenamaan lain. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau saya Tun Mahathir,
saya akan berkawan dan berguru dengan Ust Nik Aziz. Mintak dia bantu saya perbaiki apa sahaja kesilapan sepanjang saya terlibat dengan masyarakat dan negara sementara ada usia yang diizinkan Allah Taala ini.
Saya akan wariskan segala aset milik saya untuk tebus/halal apa-apa yang tidak berhak saya memilikinya.
Saya akan bayar semua media perdana atau bukan perdana untuk siar ucapan maaf dan mintak reda saya kepada semua lapisan rakyat yang tersinggung hati, jiwa, raga dan harta benda hatta sanak saudara oleh kezaliman dan ketidak adilan saya sepanjang Allah amanahkan kuasa sebagai ketua eksekutif negara.
Setiap milik saya akan saya istihar sebagai wakaf untuk melepaskan diri dari soal jawab akhirat yang sangat adil itu.
Saya juga sdia untuk disakiti fizikal jika itu yang diminta oleh orang untuk membolehkannya memafkan saya.
Dan jika ada lagi kekurangan dan kelemahan saya minta semua orang tolong doakan agar saya diampun kan oleh Allah swt.
Saya reda jika sepeninggalan saya nanti sejarah buruk saya diceritakan untuk mendidik jenerasi yang masih hidup dan berkuasa supaya mengambil iktibar terhadap kesilapan saya.
Jika adapun kebaikan yang orang ramai rasakan ada, tolong jangan dikaitkan dengan kepandaian dan kebijaksanaan atau sebarang kelebihan perbadi saya tetapi nyataka, itu semua hasil nasihat dan tolong bantu semua pihak yang perihatin dan ikhlas semata-mata hendakkan reda Allah swt.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

.... dan harapan, ketakutan serta kecintaan saya kini hanya lah kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Terimalah taubat saya ya Allah...
Begitulah kata hati saya..
Mahadir bin Mohammad.
Begitulah lebih kurang jika saya adalah beliau yang saya sanjung dan kasihi kenegarawanannya.
Wassalam