Saya sudah jangka bahawa Datuk Ibrahim Ali akan muncul di celah-celah kepala lembu bersama keperkasaannya. Selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) beliau tidak boleh berdiam diri. Barangkali ada yang menuduhnya menyibuk, itu tidak menjadi hal kerana Perkasa sememangnya memperjuangkan keperkasaan Pribumi.
Di tengah hujan yang saban hari mencurah di Lembah Klang, pihak Perkasa bergegas ke Seksyen 23 Shah Alam. Mereka membuat tinjauan dengan menemuramah penduduk. Maka hasil tinjaunan tersebut mendapati bahawa penduduk tidak mendapat hasutan daripada mana-mana pihak. Penduduk juga tiada niat menghina mana-mana kaum, terutamanya penganut Hindu.
Kata Ibrahim Ali, kepala lembu itu sebagai simbolik menunjukkan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco kerajaan negeri yang “bodoh” seperti lembu yang mudah dicucuk hidung.
Bernas sungguh hasil tinjauan oleh anak buah Ibrahim Ali. Saya percaya Ibrahim Ali “bercakap benar” kerana YB Pasir Mas, Kelantan ini tidak suka berbohong. Kalau “lompat” katanya, dia betul-betul lompat. Kalau derhaka katanya, dia betul-betul derhaka. Malah dia juga ada kesungguhan dalam tindakan. Siapa yang kenal dia pasti tahu bagaimana dia memujuk dan merayu Tok Guru menyokongnya dalam PRU 2008. Selepas menang, Ibrahim Ali pun jadi seperti Ibrahim Ali yang dulu-dulu.
Cuma terdapat sedikit kemusykilan. Kenapa baru sekarang, selepas 1Malaysia mengutuk tindakan provokatif dan kurang cerdik itu, barulah kepala lembu “diletakkan” ke atas kepala MB dan barisan Exconya? Alangkah baiknya kalau pada hari perarakan tersebut, terus beritahu bahawa kepala lembu ini tiada kaitan dengan mana-mana kaum, apatah lagi berniat menghina penganut Hindu, melainkan sebagai simbolik memprotes tindakan MB dan kerajaan negeri.
Sewaktu perarakan bukan main bersemangat. Kepala lembu dipijak dan ditendang. Marah kepada Kerajaan Selangor, tetapi kepala lembu yang dipijak. Cerdik sangatkah perbuatan itu? Seandainya kepala lembu boleh bercakap, pastinya ia akan berkata: “Baculnya manusia ini. Marah orang, kepala aku yang ditendang. Kalau berani, kalau jantan, pergilah tendang kepala orang yang kamu marah tu!”
Akibatnya 1Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya. UMNO, MIC, PKR dan PAS melahirkan kekesalan masing-masing. Harap-harap kekesalan itu bukan kepura-puraan. 100 laporan polis dibuat. Desakan diambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab dilaungkan di sana sini. Maka gedeber-gedeber yang “tersilap” langkah mula kecut telur. Tiada siapa mengaku membawa kepala lembu. Menurut penduduk Seksyen 23, tindakan provokatif itu dilakukan oleh pihak luar.
Lain kali kalau ada pihak luar datang ke tempat kita ingin melakukan tindakan provokatif, kita wajib menegahnya. Tempat kita adalah tanggungjawab kita.
Walau apapun alasannya, siasatan polis yang bakal siap akan membongkar segala persoalan. Diharapkan semua pihak bersabar dan tidak mengeruhkan lagi keadaan. Parti politik, NGO atau individu usahlah mengambil kesempatan menangguk di air keruh kerana isu keagamaan bukan sebarangan isu kerana ia mudah mencetuskan perbalahan.
Sekiranya kontroversi ini sukar untuk diselesaikan, adalah bijak Kerajaan Selangor merujuk kepada Sultan yang merupakan lambang perpaduan rakyat berbilang kaum. Nasihat daripada Baginda Sultan boleh dijadikan jalan penyelesaian. -satumalaysia

5 ulasan:
perbuatan yg memalukan agama islam dan orang melayu yg terkenal dgn budi pekerti dan sopan santun yg amat tinggi..jg jadikan alasan nak membela ketuanan melayu hingga harga diri bangsa sendiri di jadikan korban nafsu serakah demi hendak mengembalikan kuasa di selangor yg terbang pd pru yg lepas..manusia apakah ini..
Gambaq mamat yg dok jerit2 tu dah terpangpang keluaq dah takan itu pon susah nak cari bukti kot apa la katon negara aku nie...
BENAR KATA PEPATAH UTK TINDAKAN PAS MEMBERI LALUAN KEPADA AP PASIR MAS INI - SEPERTI MELEPASKAN 'IBRAHIM ALI' TERSEPIT...ORG LAIN DUK SIBUK BANGKANG,MARAH,KECAM, ALIH2 DIA LAK NK SOKONG..SENADA DGN MUSA KONGSI GELAP!! DUA2 NAK AMIK ATI NAJIB..1 SIKATAK DUDA UMNO YG GILA TALAK, 1 LG PESARA YG X SEDAR TUA NYANYUK..DUA2 XLEH PAKAI..HAMPEHHHHHH!!!
bangkai, walau macam mana rupa bentuk nya, tetap busuk. amat busuk sekali jika bangkai itu berkaki dua dan masih bernyawa, tengok rupa nya sudah tahu ianya bangkai. masuk tong sampah aje!
Sebut saja Nama Ibrahim Ali, Aku pun dah menyam
pah. Aku mengenalinya bukanlah hari ini, sudah
20 tahun lebih dan anak kpd penghulu Pak Ali
dan asalnya dari Pasir pekan didaerah Tumpat, sempadan dgn Kota Bharu. Petah bercakap tapi
hidup tak ada prinsip. Bercakap berbelit2 dan bercabang macam lidah biawak. Aku anggap per-
juangannya dlm politik hanyalah politik songsang, hanya utk kepentingan peribadi.Janji2 nya kosong dan penipu kpd
pengundi2 diPasir Mas. Kalau tidak kerana PAS,
sampai mampus Berahim tak bolih menang diParliment Pasir Mas. Dulu semasa dlm parti
Semangat 46, aku sempat mendengar ceramahnya
diKota Bharu.. dan dlm ceramahnya, dia mengatakan dia tak akan kembali menyertai UMNO
dan katanya lagi, sekiranya dia kembali kpd
UMNO, dia bersumpah pd raayat Kelantan, yg dia
akan menjilat buntot Dr Mahathir. Selepas itu
kemudian, tidak beberapa lama Berahim kembali
menyertai UMNO. Apakah selepas menertai UMNO
ketika itu, adakah berahim jilat buntot Dr
Mahathir? Segala2nya Berahim yg tahu.
Bagi aku, kalau berahim mengatakan MB Selangor dan exconya bodoh macam lembu, tapi apa kurangnya Berahim Ali ini. Dalam setiap ceramah politiknya penuh dengan maki hamun, tak ada fakta langsung. Bagi raayat negeri Kelantan, siapa yg tak kenal dgn Berahim Ali, hidup dengan penuh penipuan dlm politik songsangnya. Sewaktu PAS, mengambilnya sebagai calun PRU12 dgn mengunakan lambang PAS, aku memang tak setuju dgn berahim, tapi aku hanyalah ahli biasa yg tak bolih berbuat apa2 keputusan dan aku kecewa dgn keputusan pemimpin2 PAS kelantan yg memberi laluan kpd Berahim ini. sekarang berahim dah jadi MP Pasir Mas dan apa yg dia tak kata pada PAS.
Janji2 pd PAS penuh donggeng dan palsu. Inilah berahim Ali yg penuh sandiwara, jahat, penipu dan penuh muslihat. Mungkin sisa2 politiknya akan berahkir disini dan mungkin PRU13 ini, namanya akan terkubor dan mungkin specis Katak ini akan tamat riwayatnya utk melompat dlm
politik songsangnya..
Catat Ulasan