Ia hanya helah untuk melakukan cover-up terhadap beberapa pegawai SPRM yang terlibat di dalam kes kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati di Plaza Masalam minggu lalu.
Ahmad Said Hamdan diminta membuat laporan polis sekiranya ugutan yang diterima ketika menyiasat kes salah guna peruntukan Adun Selangor.
Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, jika Ahmad Said tidak berani berbuat demikian, beliau sedia membantu SPRM membuat laporan polis.
"Saya berbuat demikian kerana saya mahu mempertahankan hak rakyat Malaysia supaya SPRM boleh menjalankan siasatan dengan adil dan saksama. Saya ingin menasihati Ahmad Said supaya jangan mencipta satu konspirasi untuk mencari alasan untuk melarikan tanggungjawab daripada kematian Teoh Beng Hock", katanya.
Ean berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, tengah hari tadi.
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, berhubung ugutan mati yang diterima oleh pegawai siasatan utama SPRM.
"Saya memandang serius tentang isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Said. Tidak patut ada sebarang ancaman untuk mempengaruhi pegawai-pegawai agensi kerajaan untuk menjalankan siasatan dan membuat keputusan", katanya.
Dalam laporan itu, Ahmad Said mengesahkan SPRM menerima beberapa ugutan untuk memaksa mereka menghentikan siasatan ke atas kes salahguna peruntukan Adun Selangor.
Ugutan itu menyebabkan pegawai terbabit dipindahkan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
2 ulasan:
HELAH BN DAH BERMULA YANG RAKYAT TAHU HANYA KERAJAAN BN YANG SELALU UGUT PEMBANGKANG , AHMAD SAID JANGAN BUAT LAWAK SAYA AMAT PERCAYA KEJADIAN UGUT HANYA CERITA HIKAYAT SAID SENDIRI, KALAU PEGAWAI SPRM DIUGUT SUDAH PASTI ORANG BN PUNYA KERJA.
Bila melihat wajah Datuk Ahmad Said Hamdan, yang menyatakan SPRM menerima beberapa ugutan supaya mereka menghentikan siasatan ke atas kes salahguna peruntukan Adun Selangor, memang melucukan.... seperti badut sarkis buat lawak.
Siapa agaknya yang begitu berani mengugut SPRM, orang biasa atau atau orang luar biasa...?
Hanya ahli UMNO-BN yang percaya kata-kata Ahmad Said Hamdan, tapi rakyat satu Malaysia percaya SPRM cuba mengalih perhatian dari kes bunuh Teoh Beng Hock kepada ugutan dari orang yang tidak wujud. Ahmad Said Hamdan "penipu".
Kesian SPRM... anggotanya amat takut bila kena ugut dengan orang mati...?
Catat Ulasan