1 Jun 2009

BILA PKR MENANG BESAR, UMNO BN SIBUK KATA TAK GAMBARKAN PENERIMAAN SEPENUHNYA

Semasa pilihanraya Penanti berlansung, UMNO BN memboikotnya, bukan sahaja tidak bertanding, keluar mengundi pun tidak.

Kini apabila calon PKR menang besar, Bernama, agen berita nasional sibuk mengulas bagi memberikan gambaran pendirian parti dokongan mereka, UMNO-BN dengan menyatakan keputusan di Penanti tidak menggambarkan penerimaan sepenuhnya masyarakat di kawasan berkenaan.

Menurut laporan Bernama, walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam, namun kemenangan itu tidak membayangkan penerimaan penuh masyarakat kawasan berkenaan kononnya berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Penganalisis politik berpendapat sokongan yang diterima PKR perlu dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi calonnya Mansor Othman kali ini berbanding penyandang, dan juga jumlah yang keluar mengundi.

Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata mereka yang tidak keluar mengundi terutamanya pengundi atas pagar mungkin berasa muak setelah melalui tiga pilihan raya sejak Mac tahun lepas.

"Yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Namun hujjah di atas telah dijawab segera oleh seorang pensyarah Sains Politik tempatan yang menempelak alasan berkenaan dengan mencabar UMNO BN untuk tidak keluar mengundi lagi terutama di dalam siri pilihanraya kecil selepas ini, dan yang terdekat ialah di Manik Urai nanti pada bulan Julai depan.

"Jika benar muak, kita saksikan sendiri gelagat mereka pada pilihanrayakecil Manek Urai, apakah mereka sebenarnya telah muak atau telah cuak untuk menerima kekalahan yang memang terpaksa ditempuhi oleh UMNO BN di setiap kali pilihanraya kecil," katanya.

"UMNO BN tidak perlu berselindung dengan alasan-alasan yang dieka-reka untuk menutup kelemahan dan kebaculan mereka. Yang nyata, rakyat telah menolak UMNO BN," tambahnya.

Ramai penganalisa politik berpendapat UMNO BN kini sedang mengalami sakit tenat yang menunggu masa untuk ditamatkan riwayatnya sebagai pemerintah negara. Apa juga yang dilakukan oleh UMNO BN sudah tidak dapat diterima rakyat apa tah lagi selepas tragedi krisis politik Perak yang telah mendedahkan sikap sebenar UMNO BN yang rakus kuasa.


2 ulasan:

KAPITAN MELAYU berkata...

Salam semua....

Cuba suruh BN jenuh sekejap....pada tahun 2002 PRK Parlimen Gaya....berapa peratus yang keluar mengundi dan bagaimana komen BN ketika itu..???

Memang Melayu Mudah Lupa...katanya

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Wallah Hualam

Tanpa Nama berkata...

Dengar kata uno akan letak puterix kat umah pendudok kat manik urai,suruh lepa basuh buntok makcikx..warga emas, cangkol tanah tanam pokok dan akhir sekali suruh panjat pokok kelapa dan masa hari mengundi panglah lah lambang bulan,(PR) padam muka lepa ..hahahaha selamat kembumikan uno orang kelantan cerdekx ma..bagi diambil pangkat pas..