Sekurang-kurangnya terdapat dua orang pemimpin UMNO yang menghasut rakyat untuk tidak keluar mengundi di DUN Penanti iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi UMNO Pulai Pinang Zainal Abidin Othman.
Parti Keadilan Rakyat mahu polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemimpin UMNO tersebut kerana mengeluarkan kenyataan menasihatkan pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti supaya tidak keluar mengundi.
Ketua Penerangan PKR, Latifah Koya berkata, kenyataan mereka itu ternyata menyalahi Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Kami harap polis dan SPR mengambil sikap yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya di sini hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan sebelum ini melaporkan kenyataan Khairy supaya pengundi tidak keluar mengundi menganggap pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Jelas Latifah, PKR memandang serius mengenai kenyataan tersebut kerana ia boleh menyebabkan peratusan keluar mengundi berkurangan.
Sementara itu Pengarah Pilihan PKR, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Khairy tersebut bercanggah dengan amalan demokrasi.
"Kenyataan Ketua Pemuda Umno itu nyata berbeza dengan kita yang meminta rakyat mempraktikkan amalan demokrasi," katanya.
Sementara kenyataan Zainal Abdidin pula yang menyatakan :
"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," dan menambah:
"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.
Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.
Walaubagaimana pun peratusan mengundi dijangkan mencecah lebih 50% sekalipun rakyat dihasut untuk tidak menunaikan kewajipan mengundi.
Sementara itu terdapat kejadian dibeberapa pusat pembuangan undi para pengundi tidak berpuashati apabila mendapati nama-nama mereka telah dipindahkan tanpa pengetahuan mereka.
Ramai penganalisis politik berpendapat ia adalah salah satu taktik dan usaha pihak tertentu yang melakukan perkara demikian untuk mengurang jumlah undi PKR di dalam pilihanraya kecil berkenaan.
Namun dari pemerhatian ramai penganalisa politik juga kemenangan akan berpihak kepada clon PKR, Dr Mansor Othman.
4 ulasan:
fikir lah lebih sikit.katanya analisis. apa nama analisis macam ni. macam analisis kelulusan spm aje. takkan 2 oarng ni boleh kurangkan undi. mengapa tak sebut rakyat dah menyampah kerana dipergunakan prk untuk selesaikan masalah yang pkr timbulkan sendiri. sebut lah. jangan hipokrit dan berbohong.
anonymous pencacai umno takut menghadapi pilihanraya, kenapa tak mahu mengaku, jgn hipokrit dan berbohong.
khairi mmg mcm sial.. hahahah..
Salam semua....
KHAS buat ANOM 5:43
Hang memang hebat nampaknya pada statistik dan jadi pakar analisis pulak....
Walaubagaimana pun satu cadangan bagi anda...
Cuba anda muhasabah diri anda dulu...
Cari PUNCA dan sebab kenapa DSAI dinyahkan dari UMNO...
Cari PUNCA dan sebab kenapa Senator Dato Zaid Ibrahim...letak jawatan
Cari PUNCA dan sebab kenapa UMNO ditalkinkan di Sabah...
Cari PUNCA dan sebab kenapa ramai anggota UMNO keluar UMNO
Dan kenapa YB YB melompat di Perak dan beri sokongan pada BN...
Dan kenapa Kak Min Calon Bebas tu bertindak sedemikian rupa
Dan siapa menfitnah YB Fairus dan kenapa....
Dan jugak kenapa BN tak bertanding di PRK Penanti...SEJUJURNYA kenapa
Politik tidak kotor...yang mengotori politik tu.."POLITICIAN"
Macam mana orang MELAYU nak maju
Hasad Dengki Fitnah Tamak dan dll
masih ada di sanubari mereka
ditambah pula kaki menghasut ...
dan sabotaj..sana sini...
dan bersikap...tidak AKUR dengan KEPUTUSAN rakyat
DAN AKHIRNYA SIAPA YANG RUGI..???
Melayu Mudah Lupa...kan
Kita kenalah berfikir secara positif dan ...
Bertindaklah mengikut FIKIRAN dan bukan PERASAAN...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Wallah Hualam
Catat Ulasan