6 orang ditahan sewaktu perarakan pengkebumian Kugan Ananthan yang disyaki didera dan dibunuh oleh anggota polis sewaktu beliau berada di dalam lokap polis minggu lalu. Perhimpunan yang disertai lebih 2 ribu orang itu telah dikawal ketat oleh anggota polis dengan kehadiran FRU yang lengkap bersenjata. Kereta jenazah yang membawa mayat Kugan, meninggalkan bilik mayat PPUM selepas pukul 2 petang untuk upacara pengebumian.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T.Murugiah menyatakan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang menggugutnya untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh bilik mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu bahawa Khalidlah yang akan dikenakan tindakan disiplin seperti yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri kepadanya. "Beliau perlu menyemak fakta terlebih dahulu sebelum melakukan tuduhan".
SYED HAMID MINTA JANGAN POLITIKKAN ISU KUGAN
Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar yang sebelum ini membela tindakan polis hari ini dengan wajah muram sombong setelah diasak bertubi-tubi oleh wartawan tiba-tiba memberi amaran supaya isu Kugan tidak dipolitikkan. Namun orangramai mempertikaikan kenyataan Syed Hamid berkenaan kerana tiada siapa yang mempolitikkan isu Kugan berkenaan. Ia adalah adalah persoalan berkenaan dengan kezaliman polis yang cuba disembunyikan. Ia adalah berkenaan dengan Kugan yang belum dibuktikan kesalahan tetapi telah didera dan disiksa sampai mati oleh pihak polis. Ia adalah berkenaan dengan sikap Ketua Polis Selangor yang cuba mengalihkan isu berkenaan untuk menipu rakyat dan ia adalah juga persoalan tentang seorang Menteri bernama Syed Hamid Albar yang cuba menunjukkan kuasa berlebihan sehingga boleh mengugut dan memberi amaran kepada anggota kabinet yang lain.
TAJOL LETAK JAWATAN
Semalam GB ada mengulas bahawa wajah Tajol kelihatan "moyok" dan sugul sewaktu pertemuan dengan TPM. Rupa-rupanya hari ini, Datuk Tajol Rosli akhirnya meletak jawatan sebagai Ketua Perhubungan ekoran penyertaan ADUN Bota ke PKR. Tempatnya diura-urakan akan digantikan oleh Datuk Zahid Hamidi. Ulasan GB: lebih ramai wakil rakyat BN akan berpindah ke PKR nampaknya selepas ini..
ADUN BOTA TEGAS UNTUK TINGGALKAN UMNO
Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota yang telah berpindah ke Pakatan Rakyat tidak akan meletakkan jawatannya kerana tiada keperluan undang-undang untuk beliau berbuat demikian. Datuk Nasaruddin yakin penduduk Bota bersetuju dengan tindakannya untuk menyertai PKR.
UMNO TAK PERLU BERSAYAP LAGI
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata langkah penstrukturan semula parti itu penting kerana pengurangan sayap parti akan mengurangkan proses pemilihan bagi membendung gejala politik wang.
"Lagi banyak pemilihan, lagi banyak berlakunya masalah politik wang.
"Saya fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi main (guna) duit.
"Saya juga memikirkan barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbangkan kerana di England rasanya tidak ada pertubuhan wanita baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini.
DIPECAT DARI MIC: MUTHU RAYU KEPADA CWC
Seminggu selepas dipecat dari parti, bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthuppalaniappan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pagi ini supaya mengkaji semula hukuman tersebut.

1 ulasan:
Dalam kes Kugan ini, Kenyataan Syed Hamid Albar dan kenyataan Ketua Polis Selangor, betul-betul membebankan kerajaan.
Dah lah kerajaan tengah pening sekarang ini, dia orang pulak tambahkan lagi masalah.
Jangan-jangan ada orang yang atukan depa cakap macam tu tak, untuk peningkan Datuk Najib.
Catat Ulasan