18 Feb 2010

Badan Kehakiman, Apakah Masih Ada Kebenaran Dan Keadilan Di Sana?

Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh menggesa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail meneliti semula kesemua kertas sisasatan terhadap pertuduhan yang dihadapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus menggugurkan pertuduhan liwat II itu.

Karpal berkata tindakan itu perlu kerana pertuduhan yang dihadapi Anwar jelas tidak berasas berikutan laporan tiga pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada kesan tusukan ke dubur pengadu, Mohd Saiful bukhari Azlan.

“Tidak sangsi lagi Peguam Negara perlu meneliti semula keseluruhan kertas siasatan terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan dan proses pendakwaan yang sedang berjalan. Pada pendapat saya tuduhan itu tidak berasas dan ia penting untuk Peguam Negara segera menganggap ia wajar digugurkan," tegas Karpal.

“Di mata dunia tuduhan bergantung kepada bukti perubatan, laporan perubatan sangat jelas 3 pakar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan dan membuat laporan bahawa tiada kesan tusukan konklusif dan ia adalah bahan fundamental,” katanya.

Karpal turut menyifatkan tindakan Mahkaham Rayuan menolak rayuan pembelaan supaya kes ini digugurkan walaupun dengan hujah yang kukuh, akan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa serata dunia.

“Saya terkejut bagaimana Mahkamah Rayuan semalam tidak menerima bantahan kami, walhal ia kukuh. Saya rasa kita akan dijadikan bahan tertawa dunia jika pertuduhan ini dibenarkan untuk diteruskan," katanya.



Ulasan GB

Semalam Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar dengan beralasan:

"Laporan perubatan bukan satu-satunya bukti terhadap Anwar. Ia hanya keterangan sokongan mengenai apa yang hendak disampaikan oleh doktor," kata Abu Samah dalam penghakimannya.

Katanya afidavit pendakwaan telah menyatakan bahawa mereka akan bergantung kepada keterangan secara lisan dan keterangan forensik bagi membuktikan kes terhadap Anwar.


Bersandarkan kepada hujjah hakim-hakim Mahkamah Rayuan, ini bererti asas pokok pendakwaan : wujudnya kes prima facie melangkaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) sudah tidk terpakai lagi.

Cukup dengan keterangan lisan dengan membuat pertuduhan, kemudian boleh direka-reka untuk mewujudkan pula keterangan forensik, maka sudah boleh dijalankan pendakwaan!

Tidak perlu dibuktikan wujudnya perkara utama di dalam sesuatu kes yang melangkaui keraaguan munasabah, misalnya di dalam kes Saiful, bukti klinikal wujudnya tusukan ke duburnya.

Jelas apa yang berlaku kini ialah institusi kehakiman negara telah dilacurkan sedemikian rupa. Ini mengingatkan kita kes "correct, correct, correct" yang disiasat SPRM di mana wujudnya hakim durjana yang hanya sekadar membaca keputusan yang telah siap ditulis oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan olehnya. Hakim itu lansung tidak disentuh dan didakwa.

Setakat ini, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan yang tidak berpihak kepada sesiapa dan apa-apa yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat. Ia satu kebetulan? Tiada yang waras akan mengatakan YA.

Hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah satu ketika dengan secepatnya telah ditukarkan. Apa saja kes yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di peringkat Mahkamah Tinggi akan diterbalikkan oleh Mahkamah Rayuan dan kemudian disahkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Jadi apalah diharapkan lagi dengan sistem kehakiman yang busuknya sebusuk bangkai tikus di dalam kuah roti canai?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kena bersihkan kerajaan yang memerintah dulu, anakku sazali...

Tanpa Nama berkata...

selagi umno berkuasa di bumi malaysia ni... selagi itulah tak akan ada ketelusan.

Tanpa Nama berkata...

Apakah rakyat malaysia akan terus menyokong golongan Munafik??