4 Mac 2015

Bekas SUA Kesal Ulama Bebas Menegur Tapi Tak Boleh Ditegur


Bekas setiausaha agung bimbang budaya ulama PAS tidak boleh ditegur

Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”.

"Ada kawan menegur, kumpulan profesional kena beradab dalam menegur ulama, dan ada yang berkata, ulama juga kena beradab dalam menegur profesional," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu yang menyedihkan ialah, kumpulan ulama kelihatan seperti tidak boleh dikritik tetapi pada masa sama, mereka bebas mengkritik kumpulan yang bukan ulama.

"Ini amat membimbangkan,"
kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan, selama 4 penggal sejak 1999.

Beliau berkata keadaan itu berlaku ketika ini menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun ini apabila pemilihan untuk jawatan tertinggi kepimpinan akan berlangsung.

"Saya tidak akan terkejut jika (peringkat) kawasan membuat pencalonan pelbagai nama untuk jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, kali ini.

"Mungkin akan ada perkiraan daripada segi sama ada seorang perwakilan ada hak atau tidak untuk memilih secara terbuka jawatan tertinggi, misalnya presiden, timbalan dan naib," katanya.

Kamarudin berkata, daripada pemerhatiannya, wujud pemikiran yang jelas bagi menunjukkan PAS sebuah parti terbuka yang tidak sekali-kali menolak sebarang bentuk pertandingan.

"Ini dibolehkan, dan ahli mempunya hak dalam perlembagaan untuk menjadi calon dan memilih jawatan dalam jawatankuasa PAS pusat,"
katanya.

Sejak sekian lama, jawatan presiden PAS tidak dipertandingkan manakala bagi jawatan tertinggi lain seperti timbalan dan naib presiden, serta ketua dewan Pemuda dan Muslimat, menyaksikan perebutan.

Pada pemilihan 2013, hanya 1 kawasan saja iaitu Kulim Bandar Baru di Kedah yang tidak mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, tetapi beliau tidak ditentang kerana lawannya hanya mendapat satu pencalonan.

Kamarudin berkata, dengan apa yang berlaku sekarang, muktamar kali ini masa paling kritikal untuk ahli dan pimpinan PAS menentukan hala tujunya selepas ini.

Ahli PAS dipercayai akan membuat pertimbangan penting sama ada parti Islam itu mahu kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan mempertahankan prinsip utama parti atau keluar daripada gabungan itu.

"Jika keluar, PAS boleh jadi bersendirian atau bersama parti lain," katanya.

Beliau berkata, budaya dalam parti itu kini sangat menyedihkan dan ia amat membimbangkan khasnya selepas penyebaran audio didakwa suara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.

Kamarudin berkata, rakaman audio itu merupakan satu perbualan yang diadakan di kawasan tertutup dan terhad.

"Ini bukan lagi amalan parti yang biasa, di mana apa yang dibincangkan di peringkat dalaman akan kekal di dalam saja,"
katanya.

Beliau juga memetik kes kereta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli yang dibakar selepas beliau didakwa menjadi dalang konspirasi menjatuhkan presiden.

"Kedua-dua kejadian ini membimbangkan, dan kita takut-takut ia dikaitkan dengan isu yang melanda dalaman PAS kini," katanya.

Kamarudin berkata keadaan sekarang lebih panas daripada apa yang berlaku menjelang Muktamar PAS 1982 apabila Tan Sri Asri Muda meletakkan jawatan sebagai presiden PAS (ketika itu digelar yang dipertua PAS Pusat).

“Mengikut kajian saya, zaman Asri tidak seteruk ini," katanya yang merupakan bekas pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia ketika krisis melanda PAS sehingga Asri meletakkan jawatan pada 1982.

Katanya, pada zaman Asri ada ketertiban dalam menguruskan parti dan ia berjalan dengan baik.

"Pernah sekali ada dakwaan berlaku silap kira dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat tentang Datuk Mohamad Nasir. Asri memanggil balik mesyuarat itu dan membuat kiraan semula.

"Beliau dilihat cuba menjaga maruahnya dan kepimpinan ketika itu," katanya.

Kamarudin yang pernah menjadi pengarah urusan Harakah menyertai PAS semasa era reformasi 1998 dan pernah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno serta menjadi setiausaha politik bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Beliau menjangka muktamar akan datang bakal menyaksikan perbahasan berhubung struktur parti, khasnya berkaitan pertandingan jawatan tertinggi parti apabila sesetengah pihak melihatnya sebagai penentangan kepada pemimpin tertentu.

Ini susulan perbahasan hangat dalam parti Islam itu yang mendakwa sesetengah pihak dalam PAS tidak wala' atau patuh kepada pemimpin tertinggi khasnya presiden apabila ada kritikan dan usaha untuk bertanding menentang beliau dalam pemilihan kali ini.

Dr Hatta didakwa sebagai dalang dalam konspirasi menjatuhkan presiden Hadi pada satu demonstrasi dan majlis penyerahan memorandum oleh ahli PAS di depan pejabat agung parti itu pada 8 Februari lalu.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu pula didakwa merancang menjatuhkan presiden PAS apabila suara mirip beliau kedengaran di rakaman audio tersebut mengatakan, “secara umumnya Hadi dianggap ulama hebat dan maksum, tetapi ia perlu dinafikan".

Kamarudin berkata, beliau berharap dalam muktamar kali ini akan berbincang isu yang sepatutnya PAS bincang, iaitu melibatkan kepentingan rakyat yang sejak kebelakangan ini tidak dibincangkan.


"Saya harap ahli akan memikirkan soal pengurusan dalaman parti dan pengurusan kerajaan negeri yang ditadbir seperti Kelantan, Pulau Pinang serta Selangor.

"Apakah pencapaian parti dan kedudukan Kelantan kekal baik seperti di bawah allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dulu dan sebagainya,” katanya.

Selain itu beliau mencadangkan PAS berbincang mengenai peranannya dalam Dewan Rakyat sebagai parti pembangkang, sama ada ia berkesan atau tidak. -TMI

ULASAN GB

GB memang respek dengan bekas SUA PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar ini. Semasa beliau menjadi SUA, PAS tidak bergolak seperti sekarang. Semua tindakan beliau adalah professional dan telus. Tidak seperti SUA sekarang, penuh dengan agenda tersendiri dengan gaya politik ala UMNO. Cakap lain buatnya lain. Bermuka-muka dan biased di dalam tindakan.

Kita tunggu saja hukum kebenaran dan keadilan berjalan sendiri... tengok apa kesudahannya kesemua kemuleut ini. Semuga Allah memberi kemenangan kepada yang iklhas berjuang tak kira samada ia dari kalangan ulamak atau bukan ulamak.

PAS4ALL, Professional Mahu Semarakkan, Pro-Ulama Mahu Kuburkan...


Mujahid: Kembali jadi 'PAS untuk Semua'

Ketika cakap-cakap tentang “perpaduan Melayu” dan kerjasama PAS dengan Umno, muncul persoalan sama ada slogan “PAS untuk Semua” masih diguna pakai.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata parti itu harus diingatkan untuk mempromosi agenda seluruh rakyat Malaysia jika mahu mengekalkan slogan bagi mendekati golongan bukan Islam itu.

Katanya, 10 daripada 12 inisiatif yang digariskan PAS adalah mempromosi agenda pelbagai budaya, pelbagai agama dan pelbagai kaum.

Hanya dua, kata ketua biro perpaduan kaum PAS itu lagi, berkaitan perjuangan dan perpaduan Islam.

“Malah dalam dua perkara itu juga, terdapat peringatan supaya tidak lupa membentuk perhubungan rapat dengan semua masyarakat,” kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Katanya, walaupun semua ini disebut dalam perlembagaan, mereka bertindak bercanggah dengan inisiatif itu.

“Saya hendak beritahu anggota PAS, kembalilah kepada semangat perlembagaan (PAS),” kata anggota Parlimen Parit Buntar itu. -mk

ULASAN GB

GB ingin memetik beberapa komentar menarik yang ada di situ.

Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
Kenyataan Rasmi Ahli Akar Umbi PAS!!!

Marilah ahli-ahli PAS kita bertekad satu hati untuk meneruskan perjuangan PAS yang dicita-citakan oleh Almarhum Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj. Nik Aziz Bin Hj Nik Mat yang ingin melihat PAS terus mara bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam PRU akan datang kerana perjuangan kita untuk menegakkan syiar Islam kini sudah hampir mencapai kemenangan. Insya'Allah, hanya kemenangan PAS bersama Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas PRU ke-14 sahaja yang dapat memberikan PAS kuasa yang lebih tinggi di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan dasar-dasar Islam dalam sistem pemerintahan, perundangan dan ekonomi dengan PAS mempunyai ruang yang lebih luas untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang politik Islam termasuk undang-undang Islam kepada seluruh rakyat Malaysia yang selama ini telah dipropagandakan oleh rejim umno/bn dengan pelbagai label yang tidak betul tentang ajaran Islam yang sebenar demi menakutkan rakyat atas semangat perkauman peninggalan penjajah British yang mengamalkan pecah dan perintah untuk terus kekal berkuasa!!!

Rakyat Malaysia menaruh harapan yang amat tinggi agar PAS mempunyai barisan kepimpinan tertinggi parti yang baharu dalam pemilihan akan datang yang lebih mantap, progresif, dinamik dan universal hasil daripada gabungan golongan ulama dan profesional yang mampu membawa aspirasi rakyat Malaysia untuk menumbangkan rejim umno/bn dalam PRU ke-14 nanti dengan memacu strategi politik yang jitu dan bersistematik bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat kerana sudah pasti rejim umno/bn akan menyalahguna segala kekuatan jentera dan duit kerajaan untuk kepentingan parti pemerintah yang korup untuk terus kekal berkuasa di Putrajaya di mana kejatuhan rejim umno/bn di Putrajaya akan membongkar segala penyelewengan dan salahguna kuasa harta kerajaan oleh pemimpin-pemimpin umno/bn yang mengumpul kekayaan hasil daripada keperitan dan kesusahan rakyat sejak negara kita mencapai kemerdekaan lebih 57 tahun yang lalu!!!

Insya'Allah, ahli-ahli PAS seluruh Malaysia sekali lagi akan membuat perubahan besar-besaran dalam pemilihan kepimpinan PAS dalam muktamar yang akan diadakan pada bulan Jun ini nanti seterusnya akan istiqomah dengan keputusan muktamar sebelum ini untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat atas ikatan tahaluf siyasi bersama rakan PKR dan DAP dalam usaha memperkuatkan jentera pilihanraya untuk menumbangkan rejim umno/bn dalam PRU ke-14 & seterusnya menguasai Putrajaya!!! Insya'Allah, atas aspirasi dan kepercayaan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya terhadap dasar-dasar PAS yang lebih Islamik, PAS akan mampu mengemudi Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP untuk membawa perubahan kepada sistem pemerintahan negara Malaysia yang lebih adil, telus, amanah, bertanggungjawab dan rakyat adalah tuan kepada negara ini!!!

Ahli-ahli PAS sudah pasti tidak akan membiarkan puak-puak UG menggunakan alasan atas agenda perpaduan melayu dan Islam yang retorik tajaan umno yang jelas merupakan satu tipu muslihat rejim umno/bn yang akan kehilangan kuasa dalam PRU ke-14 nanti di mana rakyat Malaysia sedia maklum bahawa setiap kali umno lemah, mereka akan menjaja perpaduan melayu sedangkan sewaktu umno kuat, umnolah yang mengkhianati bangsa melayu sendiri, umno lah yang menindas rakyat Kelantan sejak PAS memerintah negeri Kelantan pada tahun 1990 dibawah Menteri Besar Almarhum Tuan Guru Dato Hj. Nik Aziz!!! Umno juga lah yang menafikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan dan Royalti Minyak Rakyat Terengganu sewaktu PAS berjaya memerintah negeri Terengganu selepas PRU pada tahun 1999!!! Sesungguhnya ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia tidak akan lupakan pengkhianatan umno terhadap bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang tidak menyokong rejim umno/bn kerana rejim umno/bn mengamalkan politik balas dendam terhadap rakyat!!!

Sudah tiba masanya ahli-ahli PAS perlu sedar siapa yang perlu kita angkat sebagai pimpinan tertinggi PAS yang dapat mengembalikan semula kegemilangan PAS era bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor yang telah berjaya mengangkat PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berpengaruh dan diyakini oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya untuk menggantikan umno di mana PAS diyakini membawa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. yang membina Kerajaan Islam di Madinah atas paksi Iman dan Taqwa di mana Islam membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia yang merangkumi sistem pemerintahan, sistem perundangan, sistem ekonomi dan pelbagai sistem kehidupan yang berteraskan keadilan Islam!!!

Puak-puak UG inilah pengkhianat sebenar parti PAS yang berselindung disebalik gelaran ustaz dan menyalahguna agama untuk menyerang rakan-rakan dalam jemaah PAS yang istiqomah memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang dibina atas air mata rakyat yang tidak sanggup lagi ditindas dan dizalimi oleh rejim umno/bn yang menyalahgunakan sistem kehakiman, PDRM, SPR, SPRM, ISA, Akta Hasutan, jentera kerajaan dan media perdana untuk mempertahankan rejim umno/bn yang korup dan menekan rakyat marhein yang bangun menentang kezaliman, ketidakadilan, rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng dana kerajaan dan menipu dalam setiap kali pilihanraya diadakan yg dilakukan oleh rejim umno/bn!!!

Puak-puak UG inilah yang telah merosakkan perjuangan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor yang membawa PAS diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya sebagai parti gerakan Islam yang sentiasa mendepani masa dalam membawa isu-isu rakyat dan kepentingan negara dengan gambaran Islam yang membawa rahmat kepada sekalian alam!!! Puak-puak UG inilah yang mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat yang memberikan undi kepada PAS atas nama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan rejim umno/bn yang korup kerana berunding dengan umno secara sulit atas nama agenda melayu retorik tajaan umno yang merupakan pengkhianat melayu yang sebenar!!!

Barua dalam golongan UG lebih rela berunding dengan umno yang merupakan musuh politik PAS berbanding untuk berbincang bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat sedangkan puak UG ini tahu bahawa umno mengkhianati rakyat Kelantan menafikan hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan!!! Puak UG dalam PAS lebih percaya kepada umno yang merupakan musuh politik PAS berbanding rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!!!

Barua yang sebenar ialah golongan UG dalam PAS yang secara sulit berunding dengan umno tanpa pengetahuan ahli-ahli PAS dan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 & PRU ke-13!!! Golongan UG dalam PAS lebih bernafsu menyerang rakan-rakan dalam PAS yang berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang merupakan rakan PAS sebaliknya golongan UG lebih seronok untuk berbincang dengan umno yang merupakan musuh politik PAS yang pernah mengkhianati PAS semasa PAS bersama Perikatan!!!

Mahzan Hashim· SMK King Edward VII, Taiping

Petikan kenyataan2 pemimpin Pas yg pro ulamak & profesional utk penilaian kita .

Mujahid yusof rawa 'kekalkan Pas 4 All',
Dr zulkifley ahmad 'kembali ke meja mesuyurah, muzakarah, debat & wancana
pahrollazi ' Pasma 'memperkuatkan gabungan Pr',
mat sabu ' Pas akan kekal dlm Pr',
KP Suhaizan kayat 'Pas x kan berpecah kerana pengalaman telah mengajar & mematangkannya'

TGHH 'Pr pbt boleh cetuskan kembali peristiwa 13 mei',
Nik abduh 'ada barua dlm Pas',
Ustaz hassan, mahfoz msu & PPPas Perak 'jika x bersetuju, keluarlah dari Pas'
Dr Zuhdi 'Pas akan berpecah selps muktamar bln jun ini',
Mb Ahmad yaakob 'kaji balik tahaluf siyasi' "Pasma duri dlm daging",
cucu che usin ceroi (blogger GU) "mrk tu jebon2 "

Kpd ahli2 Pas termasuk gwa , golongan mana kita akan bersama, kita tentukanlah

Ab Wahab Jusoh · Maastricht School of Management

Sepatutnya ahli dah tahu pimpinan sekarang tak bersedia menerima pandangan pimpinan berpendidikan sekular yg jelas lbh matang dan berpandangan jauh. Kalau pimpinan ulamak PAS berpendirian utk berkonfrontasi dgn yg tidak berpendidikan tinggi Islam, tunggulah saat kejatuhan.

Hisham Ahmad · Works at Melaka

PAS utk semua.
Kumpulan ustaz-ulama janganlah membolot PAS untuk anda adakah semua pendapat anda mutlak pada kebenarannya? tidak, jawapannya.

Maka, tentulah dalam persoalan isu semasa, keputusan ulama juga perlu dinilai sama ada ia sesuai, praktikal dan terbaik walaupun ia tidak mencanggahi syarak.

Mungkin ada dari pihak lain, walau tidak sedalam ilmu dan tidak seluas kefaqihan seperti anda tetapi kerana ada kelebihan kepakaran dalam urusan dunia yang tertentu, mampu mendatangkan keputusan yang lebih praktikal, sesuai dan terbaik serta tidak mencanggahi syarak seperti dalam strategi politik dan sebagainya.

maka, janganlah ada yang perlekehkan pandangan yang tidak sealiran...
beralasankan grup profesional tiada cukup ilmu dan kefaqihan
lalu ada yang di syaitan, dimunafiq dan diperlekehkan
mahu dinyahkan ...
setelah lama bermatian dalam perjuangan
saya mahu tanya kepada semua ahli PAS dan sesiapa jua
anda mahu orang yang anda pilih-undi sebagai kumpulan pemimpin
yang membuat keputusan tertinggi pentadbiran, strategi dan pengurusan,

atau orang agama yang memilih sesama mereka berkuasa ... atas segalanya. Batalkan apa yang mereka kehendaki ...sedangkan syarak tidak dicanggahi.

Presiden dan AJK PAS pusat adalah kuasa tertinggi pembuat keputusan/tindakan tertinggi bukan Majlis Syura... melainkan keputusan dan tindakan itu salah pada syarak. Itupun proses penilaian dan pembatalan itu perlu betul cara dan kaedahnya.

KIta tidak mahu ...satu majlis syura yang berkuasa membatalkan satu keputusan bersifat pentadbiran, pengurusan atau strategi politik yang berasaskan syura -pemimpin2 yang diundi dan dilantik ahli PAS.

Sebab itu AJK PAS pusat terdiri bijak pandai yang pelbagai kepakaran supaya keputusan itu bukan sahaja tidak langgar syarak tetapi hebat,berstrategi dan menguntungkan!

Masih saya ingat kata-kata DR Zaharuddin tentang kesukaran menghasil produk kewangan syariah kerana ia bukan sahaja perlu lulus syarak tapi mestilah "marketable" atau laku dan boleh laris

Tiada untungnya lulus syariat tapi orang tak minat!

Fikirkan.... Allah juga yang lebih dan maha mengetahui.

Raja Mohd Shahrim . Cattle Feeder at NFC · 17,575 followers

Penyertaan golongan profesional dlm PAS kerana PAS dilihat sebuah parti progresif dimana ISLAM dan Kesederhanaan menjadi melengkap antara satu sama lain... Tidak benar..masalah dlm PAS berpunca dari kebanjiran golongan ini seperti yg didakwa.. Parti siasah dinegara ni..sentiasa berevolusi, begitu juga PAS...jika ada konflik ni kerana perbezaan pandangan ..usahakan cari jln tengah dan penyelesaian yg diterima oleh semua..

Edly Mohammad Firdaus · Legal Executive at DPO International · 300 followers

Nabi dulu pun sebarkan Islam utk semua,tak kira bangsa,kaum,darjat.betullah apa mujahid cakap.kembali kepada perlembagaan.ada perlembagaan tp kalau nak ikut kepala sendiri pun buat apa?Nik Aziz dlu xde pun membaruakan sesama pakatan.hubungan dieeratkan lagi dalam pakatan adalah.lolz

PAS BUKA MATA
1. perlunya golongan profesional dan pakar ekonomi dalam pas. pas kini sangat lemah dalam bidang tersebut termasuk pemikiran para penyokong. ramai penyokong pas lebih sibuk menjadi keyboard warrior soal2 remeh yg tidak melibatkan hak dan dana rakyat, ekonomi dan masa depan negara. seperti isu liwat menyerang peribadi yg di timbulkan atau fitnah dari umno. melaga-lagakan rakan dalam pakatan rakyat, rebut jawatan dalam parti.

2. berapa ramai kita dari pas berjuang mendedahkan penyelewengan pemimpin UMNO sekarang yang mengadaikan rizab melayu dan hak bumiputra? penyelewengan projek2 mega seperti.. kes perwaja steel 16 billion rakyat turut menanggung hutang sampai sekarang. pkfz 12 billion. 1mdb hutang lebih 30billion. nfc lembu kondo dan byk lagi kalau nak disenaraikan..

3. berapa ramai kita berjuang untuk bongkarkan kezaliman seperti tragedi memali. ulama' dibunuh. dalang sebenar 13mei rusuhan kaum dll..

sedih dan simpati saya pada sesetengah penyokong pas mengharap redha Allah dalam perjuangan tapi mungkin terpalit fitnah mengaibkan.

- 1cent thinking ahli bawahan.

Selepas Foto Bertudung, Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran


Susulan mengundang spekulasi ramai ekoran satu foto yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya beberapa minggu lalu, yang mana foto tersebut menunjukkan seolah dia memakai tudung, terbaharu selebriti kontroversi, Lindsay Lohan mencetuskan satu lagi tanda tanya kepada peminatnya.

Beberapa jam lalu, bintang filem Mean Girls ini memuat naik satu foto petikan ayat Al-Quran.

“Ya tuhanku, tingkatkanlah pengetahuanku. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat,” seperti dipetik menerusi foto di Instagram Lindsay Lohan.

Tindakan bekas bintang Disney yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah itu sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat maksud di sebalik tindakan Lohan memuat naik gambar tersebut.

Ada di antara mereka teruja dan gembira sekiranya Lindsay mendalami Islam dan mahu melihat bintang berusia 28 tahun itu menjadi muslimah.

Malah, ada juga yang berpendapat tidak ada salahnya Lohan memuat naik ayat itu kerana tulisan ayat dalam berbahasa arab disifatkan suatu bahasa sejagat.

Ada yang membuat spekulasi kononnya Lohan sudah mendapat hidayah dan petunjuk.

Namun, ada juga yang berpendapat Lohan seperti mempersenda ayat Al-Quran yang disanjung umat Islam.

Bukan hanya Lindsay, sebelum ini Beyonce Knowles turut melakukan perkara sama. Melalui laman Instagramnya, isteri kepada Jay Z itu memuat naik gambar dua potongan ayat Al-Quran sehingga mendapat perhatian ramai pihak.

Persoalan, kenapa dia memuat naik foto berkenaan? Hanya Lohan saja yang tahu.

Tapi apapun, ia adalah hak masing-masing dan tidak salah kalau ia bertujuan untuk meluahkan rasa bersyukur walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam kerana potongan ayat A-quran yang dimuat naiknya itu dalam tulisan bahasa arab membawa maksud doa semoga dirinya dipertingkatkan ilmu pengetahuan.

Barangkali ia adalah doa Lohan kepada Tuhan yang mana mungkin dia sedang mencari petunjuk dan jalan keluar daripada kehidupannya yang kucar kacir dan bermasalah yang pernah menjadi lesbian, minum arak, dadah serta pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah kepada kehidupan lebih baik. - mD

ULASAN GB

Di dalam hal ini adalah lebih baik untuk kita bersangka baik.

Manusia dikurniakan hidayah dari Allah dengan pelbagai cara dan bentuk. Itu sebab umat Islam dianjurkan malah disuruh oleh Rasulullah untuk menyampaikan darinya walaupun sepotong ayat.

Berdasarkan hadith ringkas itu alangkah bagusnya kita titipkan suara-suara kebenaran daripada Al-Quran dan Hadith melalui media sosial seperti blog, facebook, twitter, instagram, Whatsapps dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan hadith berkenaan disamping memenuhi suruhan Allah di dalam Surah Al-Asr: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh, pesan memesan dengan kebenaran, pesan memesan dengan kesabaran."

Siapa tahu dengan titipan tersebut ia akan mengetuk pintu hati rakan-rakan lain untuk memperdalami ayat-ayat berkenaan dan lantas mengenal Islam...

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah jua. Kita hanya diseru untuk menyampaikan...

Sesungguhnya engkau tidak berupaya untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sayangi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Semenjak berblog dan berfb selama ini... GB sentiasa cuba memenuhi tuntutan berkenaan... walau ada juga yang tidak menyukainya... kerana GB berfikir, jika kita tidak mahu menyampaikan, Allah akan datangkan "orang lain" (seperti Linndsay Lohan di atas) untuk menyampaikannya... salah siapa?