1 Okt 2015

[BERGAMBAR] Dua Orang Tokoh Ternama Sertai AMANAH

Dua orang tokoh terkenal di dalam negara telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara malam kelmarin.

Dua orang tokoh berkenaan ialah seorang penyair, dramatis dan pengarah filem yang pernah mendapat pelbagai anugerah dalam Festival Filem Malaysia melalui dua arahan filemnya ‪#‎Dia_Ibu_Ku‬ dan ‪#‎Potret_Maria‬ iaitu Sdra Yassin Salleh sementara seorang lagi ialah bekas Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Dato' Sabtu Awab.


AMANAH Ditubuhkan Di Atas Kehendak Rakyat.

Amanah wujud sebab rakyat mahu

PARIT BUNTAR - Parti Amanah Negara (Amanah) wujud atas kehendak rakyat yang menyokong gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat, tegas Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Berucap dalam majlis penerangan dan dialog anjuran Amanah Parit Buntar di sini, beliau berkata, Amanah ditubuhkan bukan atas dasar rasa kecewa dan tamak jawatan, tetapi memenuhi kehendak rakyat yang mahu gabungan parti pembangkang yang kuat menghadapi BN.