5 Okt 2011

Ops Lalang: Pemuda UMNO Punya Pasal, Pemimpin Pembangkang Yang Kena Tahan

Ops Lalang: Dewan Rakyat Kecoh

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987.

Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut.

Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka.

Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.

"Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya.

Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.

Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.

"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.

"Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya,"
katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini. -HD






IMBAS KEMBALI
OPERASI LALANG 1987






Isu Tung Shin: Najib, Hisham, Liow Tiong Lai & KPN Perlu Bertanggungjawab & Dihakimi

Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara adalah individu yang tepat untuk dihakimi dalam tindakan penyuraian perhimpunan BERSIH 2.0 di sekitar Hospital Tung Shin (HTS) dan Hospital Bersalin Cina (CMH) di Jalan Pudu pada 9 Julai lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang bertindak di luar garis panduan operasi polis (SOP) pada operasi tersebut adalah suatu yang tidak wajar.

"Walaupun tindakan polis itu satu benda yang salah, tetapi mereka hanya melakukan arahan atas provokasi dan arahan pihak atasan iaitu Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara."

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media ringkas di lobi Parlimen bagi mengulas tindakan KDN ke atas anggota polis yang menyalahi SOP ketika menjalankan tugas.

Berita Harian dalam keluarannya hari ini melaporkan bahawa KDN akan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang menjalankan tugas di luar garis panduan operasi polis (SOP) dalam operasi penyuraian perhimpunan BERSIH lalu.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam dilaporkan berkata wujud tindakan tidak beretika dan di luar garis SOP oleh anggotanya dalam menangani orang ramai yang menyertai perhimpunan yang secara salah menggunakan premis hospital berkenaan.

“Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, KDN akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada Jawatankuasa Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya,” jelas Mahmood Adam.

Mengulas lanjut isu ini, Mahfuz dengan tegas berpendapat bahawa kerajaan berlaku tidak adil dengan meletakan seluruh kesalahan ke atas anggota bawahan sedangkan pemimpin dan golongan tertinggi terlepas dan cuci tangan.

"Pemimpin cuci tangan, ini suatu penganiayaan kepada anggota polis yang pada akhirnya anggota polis takut untuk menjalankan tugas mereka kerana khuatir akan melakukan kesilapan" jelas Mahfuz. -tvsnews

Isu Tung Shin: KDN, Menteri Kesihatan perlu minta maaf- Jui Meng

JOHOR: Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan perlu memohon maaf berhubung isu polis melanggar garis panduan operasi polis (SOP), ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0 di Hospital Tung Shin, 9 Julai lalu.

Ini kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein sebelum ini menafikan keganasan polis terhadap peserta Bersih, malah pernah memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap dakwaan yang dikatakan tidak berasas itu.

Manakala Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata, bom asap dan meriam air telah dilepaskan ke kawasan hospital tersebut.

“Sebelum ini mereka menafikan keganasan polis. Menteri kesihatan sendiri buat penafian dan memberi kenyataan yang membodek Menteri Dalam Negeri. Mereka perlu bersama-sama minta maaf di atas fakta-fakta yang diutarakan,”
kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.

Sehubungan itu, Chua Jui Meng menggesa agar nama-nama polis yang bertanggungjawab diumumkan kerana rakyat berhak mengetahui tentangnya.

“Nama polis yang melanggar etika perlu disebutkan dan disenaraikan namun kita tunggu dan lihat samada pihak atasan betul-betul akan mengambil tindakan tatatertib atau mereka akan melindungi pegawai yang sebenarnya mengikut arahan pihak atasan,”
kata beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor.

Pada 9 Julai lalu, kakitangan Hospital Tung SHin mendakwa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu bagi menyuraikan peserta perarakan Bersih.

Ramai saksi mengesahkan kejadian tersebut termasuk 11 pegawai kanan perubatan yang telah menandatangani surat mengutuk pihak berkuasa.

Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, menafikan dakwaan itu meskipun banyak gambar dan video bukti yang berlegar di internet berhubung tembakan tersebut.

Gambar-gambar tersebar meluas di Internet memaksa kerajaan untuk mengumumkan pembentukan “Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan”. -kd




BERS✔H Lancarkan Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU13"

JJawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat sehingga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) selesai menjalankan tugas.

Sehubungan itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen terbaru mereka iaitu “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”.

"8 tuntutan demi pilihanraya bersih dan adil harus dilaksanakan dengan serta-merta sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Kempen tersebut diadakan sebagai peringatan kepada kerajaan, terutamanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)."

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Parlimen hari ini. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Pepanduan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Arul Prakkash, Dr Wong Chin Huat.

Kerajaan menubuhkan JPKP untuk memperbaharui sistem pilihanraya negara selepas perhimpunan besar-besaran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 30,000 orang.

Chin berkata laporan pertama JPKP harus berdasarkan isu-isu reformasi pilihanraya jangka pendek seperti yang dibangkitkan dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Laporan kedua JPKP patut merangkumi isu-isu reformasi pilihanraya jangka panjang dan laporan tersebut seharusnya dikeluarkan sebelum akhir tahun 2012.

Cadangan-cadangan laporan tersebut harus dilaksanakan oleh SPR dan agensi-agensi dan kementerian-kementerian kerajaan yang berkaitan.

Maria menjelaskan, kejayaan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai merupakan petanda dari rakyat Malaysia bahawa reformasi sistem pilihanraya amat penting.

"Kami mengesa agar pihak SPR melaksanakan cadangan-cadangan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) tersebut tanpa berlengah-lengah."

Kempen ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain untuk menyampaikan pesanan keramat ini kepada semua rakyat Malaysia.

MElihat kepada keperluan ini, Maria mengesa kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi tekanan kepada mereka untuk memastikan pilihanraya tidak diadakan sehingga 8 tuntutan tersebut dilaksanakan.

"Adalah penting semua rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menuntut reformasi pilihanraya dengan menyampaikan tuntutan-tuntutan pilihanraya bersih dan adil kepada pejabat-pejabat SPR negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli-ahli Parlimen."

MP Selar Cincin RM24 Juta Sebagai Pembaziran, SAMM Edar Risalah

Kenyataan kerajaan bahawa wujudnya cincin bernilai AS$24 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor secara tidak langsung membuktikan satu pembaziran dan ketirisan luar biasa telah dilakukan, ujar Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

"Ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak boleh dipercayai dalam menyatakan kebenaran, maka dengan kenyataan ini juga membuktikan Barisan Nasional satu kepimpinan yang korup, membazir dan tidak memikirkan keperluan tabungan untuk rakyat, ianya suatu yang menjijikan." katanya

Beliau berata demikian ketia ditemui TVSelangor diluar Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, hari ini bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung pembelian cincin AS$24 juta yang membabitkan isteri Perdana Menteri.

Nazri mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh Rosmah sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini.

Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Nazri berkata Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat pengeluar.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata bahawa Pembangkang tidak berdiri kukuh dengan membawa isu untuk meraih tempat dan sokongan, tetapi apa yang berlaku hari ini jelas, perjuangan Pembangkang ialah membongkar salah urus tadbir yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah.

"Setelah diakui ianya terbukti bukan lagi retorik politik mahupun fitnah, tetapi ini adalah kenyataan yang membariskan bahawa isteri Perdana Menteri itu seorang yang boros, persoalannya dari mana datang wang sejumlah itu, sepatutnya ia digunakan untuk pembangunan rakyat tetapi disalah guna untuk pembarizan yang cukup luar biasa."jelas beliau

Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu turut menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada keperluan untuk melayan perkara tersebut.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” jelas Rosmah. -tvsnews

SAMM edar risalah cincin Rosmah

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengedarkan risalah buku kecil minggu depan mengenai pembaziran dan kemewahan melampau khususnya mengenai dakwaan cincin berlian bernilai RM24.45 juta yang dipakai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, risalah kecil ini menerangkan isu-isu pembaziran yang melibatkan Rosmah yang menggayakan hidup mewah.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini berikutan jawapan bertulis daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen DAP-Segambut di Parlimen semalam, Nazri berkata pihak Jabatan Kastam mengesahkan tiada urusan jual beli berlaku dan cincin tersebut telah dikembalikan kepada tuan punya.

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menyifatkan jawapan tersebut hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak menuduh tetapi dengan kewujudan bukti dan pembelaan puak pengampu yang menambah kecelaruan fakta maka lebih menuntut Rosmah untuk tampil memberi penjelasan, bukan hanya menyatakan “itu semua fitnah dan mereka dengki dengan saya”.

“Ketika rakyat sedang bergelut dengan pelbagai tekanan hidup, khususnya kelompok pekerja muda yang sedang membina kerjaya dan keluarga, kesombongan dan imej mewah Rosmah yang cuba menyamar sebagai wanita pertama negara seperti mencurah garam ke luka rakyat.

“Itu belum lagi mengambil kira gelang tangan bernilai RM1.65 juta yang ada gambar dipakai oleh Rosmah dari syarikat yang sama mengeluarkan cincin. Kini terpulang pada rakyat untuk menilainya,” ujar beliau. -FMT


Skandal Stadium Terengganu, Wang Rakyat Terbuang Ke Laut Cina Selatan

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.

Projek 'kebangaan' kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta.

Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada tiga 'kontraktor kroni' utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'space frame' ini adalah syarikat Sowon Pte Ltd dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu tragedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh.

Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat daripada keruntuhan itu. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam tempoh tanggungan kecacatan' dan pihak kontraktor yang sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini taklimat telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Antara faktor yang telah dikenalpasti oleh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah empat punca utama iaitu;

* Rekabentuk yang tidak memadai; perekabentuk gagal untuk mengambilkira pertimbangnan yang secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung.
* Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri
* Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak.
* Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.


Isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih dua tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan.

Ramai kalangan rakyat Terengganu yang tertanya-tanya bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan? Dan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini?

Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini? Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini?

Skandal besar yang memalukan ini perlu kepada penjelasan telus dari pihak kerajaan Terengganu khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said (kiri) sebagai menteri besar. Beliau tidak boleh menutup 'sebelah mata' dengan menyalahkan 'kontraktor kroni' kepimpinan yang lalu di bawah Datuk Seri Idris Jusuh (atas, kanan) semata-mata.

Menurut Ahmad Said, tambahan kos kepada penyelengaraan pembaikan stadium ini adalah di tanggung oleh tiga kontraktor utama yang bertanggungjawab. Kini persoalan besar yang timbul adalah apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan?

Dan berapakah tanggungan kerajaan negeri dalam baikpulih yang sedang berjalan ini?

Amat malang nasib rakyat di negeri Darul Iman ini.

Negeri yang kaya raya ini berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Rakyat terpaksa menanggung bebanan masalah stadium yang runtuh, kolam renang yang bocor, stesen bas yang runtuh bumbungnya serta projek-projek pembaziran seperti zoo di Kemaman, subsidi 'atap biru', penberian air zam-zam dan buah kurma, yang semuanya melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit.

Ya... RM300 juta yang di belanjakan untuk Stadium Sultan Mizan ini berkemungkinan besar akan terbuang ke Laut Cina Selatan sahaja... dan penyu terpaksa menangis lagi di negeri Ganu kite ini.

Penulis (Dr Syed AzmanSyed Ahmad) adalah penolong setiausaha Agung PAS dan juga ADUN Batu Buruk, Terengganu.

Pemuda PR Berhimpun Di Rembau Esok Hadapi Gangster UMNO Yang Menyamar Perkasa

Dua minggu lepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan, dekat Seremban telah di serang ala ‘gangster’ oleh Pemuda Umno yang menyamar sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.

“Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya dua orang awam yang hadir majlis tersebut cedera dan berdarah. Satu laporan polis telah dibuat dua hari selepas kejadian.

Badrul Hisham @ CheguBard memberitahu identiti pihak yang terlibat telah pun didedahkan namun sehingga kini seperti tidak ada sebarang tindakan.

“Malah timbul pula persoalan adakah senyapnya pasukan polis ini ada kaitan juga dengan Majlis Jamuan Aidilfitri tajaan Umno yang diadakan dalam premis PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang ditaja oleh Umno Seremban, selepas kejadian tersebut.

Beliau berharap polis bertindak profesional dan yakin polis juga tidak suka dengan tindakan samseng Umno yang jelas tidak menghormati pasukan keselamatan dan undang-undang negara tetapi mereka tersepit dengan tekanan daripada pihak ‘atasan’
.

“Kita minta polis bertindak secara profesional khususnya kepimpinan polis di Negeri Sembilan serta beliau amat kesal dengan tindakan menekan dan menghina polis negeri ini oleh mereka yang berkuasa.

“Kita juga memohon orang ramai untuk bersama-sama memberi sokongan kepada polis bagi bertindak profesional dan tidak tunduk dengan tekanan atasan semata-mata.

Ujar CheguBard, “Pemuda Umno berkelakuan sombong dan bongkak serta merasakan polis boleh diperkudakan memandangkan Perkasa Negeri Sembilan secara terbuka memberi amaran kepada Mohamad @ Mat Sabu supaya jangan masuk ke negeri itu.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat Rembau akan mengadakan satu majlis Ceramah Perdana bersama Mat Sabu esok, 6 Oktober jam 9 malam di Kg. Pulau Bintongan, Rembau. -FMT

SAH!!! UMNO berlindung dibalik PERKASAM serang ceramah Mat Sabu





[Bergambar & Video] Loji Kimia AS Terbakar, Apa Khabar Lynas?

Dallas - Satu kejadian kebakaran besar di sebuah loji kimia di selatan Dallas menyebabkan asap tebal kelihatan sehingga memaksa ratusan penduduk di bandar Waxahachie dipindahkan kelmarin, kata beberapa pegawai bomba.

Kebakaran di Loji Kimia Magnablend Inc. itu berlaku kira-kira pada pukul 11 pagi dan merebak dengan cepat.

Ketua Bomba Waxahachie, David Hudgins memberitahu wartawan kelmarin, 80 peratus daripada kebakaran itu berjaya dikawal.

Asap daripada kebakaran itu boleh dilihat dari jarak jauh tetapi tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

Sebahagian daripada mereka yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang kelmarin, jelas seorang jurucakap bandar Waxahachie, Amy Hollywood.

Loji tersebut menghasilkan pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam pertanian, pengeluaran minyak, pembersihan perdagangan dan perindustrian serta rawatan air. - Reuters












Ulasan GB

Itu Allah tunjukkan lagi jika pembela Lynas masih berdegil. Mana itu pakar nuklear yang "menjamin" bahawa logi kimia selamat?

Bukalah mata seluas-luasnya!

RM9 Juta Untuk Sewa Pesawat Bawa PM Tahun Ini

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.

Bagaimanapun, tiada juga pengumuman rasmi bahawa perdana menteri sedang bercuti seperti yang lazim dilakukan oleh pejabatnya.

Berita itu kemudiannya disahkan bahawa Najib memang berada di Perth bagi mendapat rawatan fisioterapi berikutan pembedahan di lututnya dan juga untuk bercuti.

Ia kemudiannya menimbulkan persoalan sama ada adil atau tidak bagi seseorang perdana menteri untuk bercuti dengan menggunakan dana kerajaan dan kapalterbang milik negara.

Kapalterbang Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) itu adalah dimiliki sepenuhnya oleh badan pelaburan kerajaan persekutuan Khazanah Nasional Bhd.

Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008. -mk

Ulasan GB

Berjuta wang rakyat digunakan untuk menyewa pesawat bagi membawa PM.

Dan ada diantara lawatan-lawatan itu dicampur-aduk dengan lawatan-lawatan peribadi bersama isterinya seperti ke Kazashtan dan Australia. Penyalah-gunaan kuasa yang terlalu nyata.

Tidak mengapalah jika beliau masih terus bersikap demikian.

Allah itu Maha Kaya. Najib tidak boleh mengawal semua.

Ada perkara yang dia tidak boleh kawal. Misalnya soal keselamatan di udara.

Ingat, helikopter yang membawa TPM, Muhyiddin hampir terhempas di Sabah satu ketika.

Apakah pesawat yang membawa Najib tidak boleh berlaku kejadian sedemikian? Ingatlah kamu wahai Najib. Ini peringatan dari rakyat Malaysia!

Sahih! Polis Langgar SOP Tembak Gas Ke Hospital Tung Shin

Bersih 2.0: Polis langgar SOP sasar Hospital Tung Shin, umum KDN

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin di sini, 9 Julai lalu.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri malam tadi.

Pertengahan Julai lalu, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak.

Jawatankuasa itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata beliau.

Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.

“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital,” kata beliau lagi.

Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

“Berlaku lontaran ‘bom asap’ oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina,” kata beliau.

Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.

“Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011,” katanya lagi.

Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, jelas beliau, Kementerian Dalam Negeri akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada jawatankuasa tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.

“Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan,” kata beliau lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menubuhkan jawatankuasa itu berkata beliau percaya langkah itu akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai.

“Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital,” kata Liow ketika itu.

“Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya,” kata beliau.

Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.

Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan pula pernah meminta kerajaan pusat memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0.

Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis,” kata beliau.

Sekumpulan 11 doktor pula menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina.

Mereka yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor. -TMI

Waspada: Merbahaya Memakan Buah-buahan Yang Diperam Dengan Gas Carbide

Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat Oleh SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal.

Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan.

Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ia selamat.


Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.

Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah.

Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.

Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.

Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi.

Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma.

Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.

Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Saiful Pendusta. Anwar Bukan Idolanya Kerana Sebenarnya Saiful Benci Kepada Anwar

Kredibiliti saksi utama Saiful Bukhari Adzlan terus dipertikai apabila bekas rakan universitinya menyatakan bahawa beliau membenci Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Perkara itu bertentangan dengan pengakuan Saiful sebelum ini yang menyatakan Ketua Umum itu sebagai pemimpin idolanya. Dia (Saiful) membenci Anwar.

Saya terkejut mengapa dia bekerja dengan Anwar, kerana dia membenci beliau (Anwar) kata Mohd Najwan Ali yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini Najwan yang dibawa peguambela dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua memberitahu bahawa beliau mengenali Saiful sejak tahun 2003 ketika menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Katanya Saiful adalah seorang individu yang bergiat aktif dalam program Baktisiswa di Uniten dan mempunyai sifat kepimpinan.

Najwan berkata beliau pernah melihat gambar Saiful di laman rangkaian sosial Friendster bersama-sama dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

Malah jelasnya, beliau turut pernah bertemu dengan Saiful di ceramah politik termasuk mendakwa berkempen untuk parti Barisan Nasional.

Pada tahun 2008, Saiful meletakkan (status) bahawa dia adalah penyokong BN dan mengisytiharkan bahawa Anwar adalah munafik," kata Najwan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Dia ketika di soal Sankara Nair.

Najwan yang kini bertugas sebagai pegawai khas kepada pejabat penasihat ekkonomi negeri Selangor berkata Saiful sentiasa dikenali sebagai penyokong pro-Barisan Nasional sewaktu di universiti.

Beliau kemudian berkata terkejut apabila mengetahui Saiful diterima sebagai pekerja di pejabat Anwar pada tahun 2008 walhal telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang itu tentang personaliti pengadu.

Saya memberi amaran kepada Anwar kerana saya fikir Saiful tidak sesuai untuk bekerja untuknya," kata beliau apabila diperiksa balas oleh pendakwa membawa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Najwan kemudian bertegas menyatakan kepada pendakwaraya bahawa kenyataan beliau bukan spekulasi. Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan pada jam 9 pagi esok.