10 Okt 2016

Sedar Pun Kamu Tu Anjing Kurap!

Jamal bidas polis layan pihaknya seperti 'anjing kurap'

Ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunus mendakwa pihak polis memberi 'layanan istimewa dan luar biasa' terhadap peserta BERSIH 5 yang kini mengadakan konvoi di seluruh negara.

Sebaliknya, kata Jamal, pihak berkuasa itu melayan kumpulannya seperti 'anjing kurap'.

"Kumpulan BERSIH 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah pihak polis turut mengiringi setiap konvoi BERSIH 5 mengalahkan escort Perdana Menteri Malaysia.

"Walhal tindakan BERSIH 5 telah terbukti bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah agenda kotor mereka menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencabul sistem demokrasi menerusi turun ke jalan raya.