12 Nov 2012

BN Mengada-adakan Ancaman Kebangkitan ‘Malay Spring’!

Chandra Muzaffar, Pengerusi Yayasan 1Malaysia dan juga ‘pemikir’ agung BN, telah dipaparkan pada muka hadapan media-media cetak arus perdana dengan mengeluarkan amaran mengenai ‘rancangan kuasa luar’ untuk memporak-perandakan kerajaan dan juga ancaman kepada ‘keselamatan global’!

Dalam proses itu dia telah mengaitkan BN dengan beberapa diktator, yang mana masyarakat dunia telah menyaksikan kejatuhan mereka beberapa bulan yang lalu, dan mengatakan bahawa menyingkirkan Mubarak, Gadaffi, Ben Ali dan yang lain adalah tidak baik kerana ianya akan ‘menggugat’ Malaysia! Dengan menafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang seharusnya mendukung aspek-aspek utama seperti kebebasan akhbar, hak pada kebebasan bersuara dan hak pada kebebasan perhimpunan aman, Chandra juga menyatakan penentangannya pada beberapa organisasi pro-demokrasi, seperti Yayasan Open Society dan National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Washington.

Chandra telah mengutuk keras penyaluran dana-dana asing kepada pertubuhan-pertubuhan sivil seperti Bersih dan Suaram dan kumpulan-kumpulan lain yang bekerja keras untuk menentang rasuah dan penindasan rakyat di Malaysia.

Namun, bagai mana pula dengan jumlah wang yang teramat besar yang disalurkan oleh UMNO/BN ke dalam akaun Yayasan 1Malaysia? Dan bagai mana pula dengan jumlah wang haram yang teramat besar yang telah dibolot secara rahsia dari simpanan negara untuk menyokong kegiatan-kegiatan parti politiknya untuk bertahan pada kuasa selama lebih 50 tahun?

Kealpaan dan double-standard pada Dr. Chandra Muzaffar amatlah dikesali oleh sesiapa yang meneliti pendedahannya itu.

Namun, pandangan peribadinya yang diada-adakannya adalah mengenai ‘kesan merbahaya’ dari dana kecil dari organisasi-organisasi seperti NED itu, telah digunakan oleh rakyat di negara-negara yang pro-demikrasi seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.

Jelaslah, Dr Chandra telah menganggap kritikan terhadap pemerintah kuku besi adalah sekadar alasannya semata-mata. Bagi Chandra, kerajaan tidak boleh ditentang atau dikritik oleh mana-mana pertubuhan yang memperjuangkan kebenaran.

Dengan kata-kata sedemikian, Chandra telah menyamakan BN seperti rejim-rejim Libya, Tunisia dan Mesir dan dia juga bersimpati dengan saki-baki pemerintahan kuku besi seperti Syria dan Russia. Apa yang lebih utama, dia telah memberikan isyarat bahawa dia takut bahawa rakyat Malaysia secara umumnya akan menyingkirkan BN sama seperti kebangkitan Arab Spring!

Pada hari ini, Ketua PKR Sarawak yang juga ADUN, Baru Bian, seorang pengamal undang-undang, telah membantah serangan berhisteria Dr Chandra terhadap pertubuhan-pertubuhan sivil di Malaysia.

Chandra Muzaffar telah memperkecilkan dirinya sendiri dan juga Yayasan 1Malaysia dengan kenyataan-kenyataan ini kerana secara tidak langsung dia telah mendedahkan betapa takutnya gabungan parti-parti BN yang kini terlalu kaya dan dahagakan kuasa bertindak ke atas pertubuhan-pertubuhan kecil ini, yang hanya bersenjatakan kebenaran.

Malaysia akan menghadapi piliharaya umum tidak lama lagi.

Tidak perlulah kita takut pada apa yang dianggap Kebangkitan Melayu atau kacau bilau atau apa-apa juga bentuk darurat yang tidak masuk akal sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan gerombolan BN.

Peralihan kuasa kerajaan secara normal tidak seharusnya dihalang, selagi BN tidak berkelakuan sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan melanggar peraturan dalam percubaan mereka untuk terus berkuasa selama 50 tahun lagi!

Jika tercetusnya darurat dan kacau-bilau nanti maka BN harus dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dunia dan bukannya kerana pertubuhan-pertubuhan pro-demokrasi yang kecil-kecil itu.

Sumber : Sarawak Report

Mayat Wanita Berulat Dalam Bas!

Kajang – Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menemui mayat wanita dalam keadaan kembung dan berulat di dalam sebuah bas yang tidak digunakan di dalam kawasan kompaun Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ, pagi ini.

Kejadian disedari jam 10.30 pagi oleh pengawal keselamatan, Santra Morgan yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada Khamis lalu salah seorang mekanik MPKJ mengadu terlihat seseorang sedang tidur dalam bas berkenaan ketika ditugaskan memeriksa nombor chasis.

“Mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditemui dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian seluar pendek ketat berwarna hitam dan tshirt berwarna merah,” katanya.

Menurutnya, turut ditemui tuala dan pisau pendek, namun dokumen pengenalan diri gagal ditemui.

“Mangsa dipercayai mati lebih empat hari, motif dan punca kematian masih disiasat. Siasatan turut menjurus kepada jenayah atau sebaliknya,” katanya.

Mayat dibawa ke hospital Serdang untuk dibedah siasat. -SH

Dakwaan Polis Merogol: Tubuh IPCMC Segera!

Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani institusi polis yang makin hilang kredibiliti, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Tegas Surendran, insiden terbaru menimpa seorang warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disoal siasat membuktikan tahap profesionalisme polis semakin rendah.

“Dengan penubuhan IPCMC, anggota polis akan lebih takut untuk melakukan salah laku, sekaligus membasmi salah guna kuasa.

“Kita khuatir salah laku jika tidak dibasmi akan menyebabkan institusi penguatkuasaan polis makin hilang kewibawaan,” “Insiden seperti ini juga bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak laporan yang kita terima berhubung penyelewengan kuasa anggota polis,” ujarnya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein supaya memandang serius insiden tersebut.

”Menteri Dalam Negeri tidak boleh anggap insiden ini sebagai terpencil, kerana ia menunjukkan kepada warga asing bagaimana lemahnya tahap disiplin anggota keselamatan kita,” tegasnya.

Terdahulu, laporan Bernama melaporkan 3 anggota polis ditahan reman 7 hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat.

Sebelum itu, pada 7 November 2012, 2 pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, direman 3 hari kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


[VIDEO] Pembaca Berita Sebak & Menangis Lapor Berita Kekejaman di Syria


Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya’ yang ditembak oleh Rejim Bashar.

Ayah Muhammad Dhiya’ menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam.

Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintahan yang zalim. -halimislam



[VIDEO] Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi

Zulfahmi akhiri musim 2012 dengan podium kedua di Valencia

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012 dengan penuh bergaya selepas menaiki podium buat kali kedua pada Grand Prix Valencia di Sepanyol semalam.

Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo.

Kent, pelumba Britain, mencatatkan masa 45 minit 5.891 saat manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s.

Muhammad Zulfahmi, yang baru memenangi anugerah 'Pelumba Kelas Moto3 Paling Meningkat 2012', berkata keputusan tersebut sukar dipercayai kerana terpaksa mengharungi keadaan sukar pada sesi latihan bebas Jumaat lepas dan sesi kelayakan semalam.

"Bermula dari petak ke-17 dan mengakhiri di tempat ketiga merupakan keputusan hebat.... saya tidak boleh percaya bahawa saya berjaya menaiki podium. Saya amat bangga untuk memenangi podium kedua dalam karier perlumbaan," kata Muhammad Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sepang International Circuit (SIC).

"Saya tidak sabar untuk saingan tahun depan dan ia akan menjadi lebih berdaya saing tetapi saya akan bersedia," kata pelumba berusia 21 tahun yang menduduki tempat kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, bulan lepas.

"Saya juga berasa begitu gembira apabila mengetahui SIC, promoter MotoGP Grand Prix Malaysia, memenangi anugerah 'Acara MotoGP Terbaik 2012'," katanya. - Bernama

KEPUTUSAN PENUH

MOTO3
RACE: (24 laps = 96.12 Km)
POS / RIDER / NAT. / TEAM / MOTORCYCLE / TIME / KM/H / GAP
1 / Danny KENT / GBR / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.891 / 127.88 /
2 / Sandro CORTESE / GER / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.947 / 127.878 / 0.056
3 / Zulfahmi KHAIRUDDIN / MAL / AirAsia-Sic-Ajo / KTM / 45'06.005 / 127.875 / 0.114
4 / Brad BINDER / RSA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'06.322 / 127.86 / 0.431
5 / Hector FAUBEL / SPA / Andalucia JHK t-shirt Laglisse / FTR HONDA / 45'10.262 / 127.674 / 4.371
6 / Louis ROSSI / FRA / Racing Team Germany / FTR HONDA / 45'13.496 / 127.522 / 7.605
7 / Jakub KORNFEIL / CZE / Redox-Ongetta-Centro Seta / FTR HONDA / 45'20.822 / 127.179 / 14.931
8 / Maverick VIÑALES / SPA / Blusens Avintia / FTR HONDA / 45'24.386 / 127.012 / 18.495
9 / Niklas AJO / FIN / TT Motion Events Racing / KTM / 45'29.071 / 126.794 / 23.18
10 / Luis SALOM / SPA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'29.136 / 126.791 / 23.245
11 / Philipp OETTL / GER / HP Moto Kalex / KALEX KTM / 45'33.423 / 126.592 / 27.532
12 / Juan Francisco GUEVAR / SPA / Wild Wolf BST / FTR HONDA / 45'36.222 / 126.463 / 30.331
13 / Niccolò ANTONELLI / ITA / San Carlo Gresini Moto3 / FTR HONDA / 45'37.146 / 126.42 / 31.255
14 / Alessandro TONUCCI / ITA / Team Italia FMI / FTR HONDA / 45'40.551 / 126.263 / 34.66
15 / Josep RODRIGUEZ / SPA / Moto FGR / FGR HONDA / 45'56.413 / 125.537 / 50.522

Pole Position: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h
Fastest Lap (New record): Zulfahmi KHAIRUDDIN 1'49.622 131.524 Km/h Lap 24
Circuit Record Lap: New category
Circuit Best Lap: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h 2012

FINAL CHAMPIONSHIP POSITIONS:>
1 CORTESE 325, 2 SALOM 214, 3 VIÑALES 207, 4 KENT 154, 5 RINS 141, 6 FENATI 136, 7 KHAIRUDDIN 128, 8 OLIVEIRA 114, 9 FOLGER 93, 10 VAZQUEZ 93, 11 ROSSI 86, 12 SISSIS 84, 13 MASBOU 81, 14 ANTONELLI 77, 15 KORNFEIL 71.


Taniah !! Malaysia Boleh..Zul Fahmi lari dari seburan Arak lagi...

Taniah !!!! kepada pelumba negara Zulfahmi kerana mengharumkan nama negara.beliau berjaya menaiki podium buat kali kedua setelah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di litar Valencia Sepanyol sebentar tadi.

Semasa perlumbaan di litar Sepang tempoh hari beliau telah mengejutkan para peminat pemotoran di tanah air dengan melakarkan sejarah kerana buat julung kali beliau menaiki podium.

Dan kini di Valencia Sepanyol membuktikan kemenangan beliau di litar Sepang bukan faktor nasib. Di Valencia beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah pelumba yang hebat.

Taniahhh ...semangat Zulfahmi Bolehhhh.

Tapi yang membanggakan aku lari tetap lari bila celebtare arak. naik podiumkali ke dua dan lari dari semburan arak pun kali kedua....

syabassss anak muda.
-batuvskayu



Tindakan UMNO Guna Kem Tentera Diselar

Seremban: PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan ‘apolitical’ membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.

Beliau menjemput penduduk hadir ke ‘Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat’ pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

“Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri.

Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.

“Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini.

Sikap kecuali ‘apolitical’ tentera sudah tidak ada lagi.

“Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera.

Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.

“Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.

“Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat,” kata Aminuddin dengan nada sinis.

Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.

“Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini,” kata Aminuddin. -FMT

Penulis Fesyen Dikecam, Persenda Pakaian Wanita Islam!


Seorang penulis fesyen dikecam oleh orang ramai kerana tulisannya yang mengutuk pakaian wanita Islam iaitu jubah dan burqa.

Annette Lamothe-Ramos dengan tulisannya yang berjudul “I Walked Around in a Burqa All Day (And I’m Not Muslim)” telah menceritakan pengalamannya memakai jubah dan burqa sewaktu bersiar-siar selama 6 jam di kota New York.

Annette yang bertugas sebagai fesyen editor diberikan tugas oleh orang atasannya untuk mendalami sendiri pengalaman menjadi orang ‘Muslim’ untuk seketika dengan memakai pakaian yang menutup aurat.

Dalam penulisannya, Annette telah mengambarkan pelbagai perkara dan perasaannya mengenai jubah dan burqa sewaktu berjalan-jalan.

Sebelum ini, dia tidak pernah mengetahui apa-apa tentang Islam apatah lagi mengenai pakaian wanita Islam.

Jadi, Annette ada melakukan sedikit kajian mengenai jubah dan burqa di Internet supaya dia tahu di mana untuk dia membeli pakaian-pakaian itu.

Annette dengan jelas menyatakan dia tidak suka memakai jubah dan burqa kerana berasa terlalu panas.

Malah, dia menyatakan pandangan umum terhadap dirinya ketika memakai jubah adalah seperti orang jahat. Bukan itu sahaja, anjing peliharaannya juga takut untuk memandang dirinya.

“My dog Bowie was really confused by my outfit. The only other time I’d seen her this freaked out by me was when I dressed up as a pregnant nun on Halloween.

“The final look. We hadn’t left my house but I was already bitching about how hot it was. I wanted to go naked under the abaya but since burqas are supposed to be outwear, I wore it over a crop top and the shortest shorts I could find in my closet.

“No one really paid much attention to me except the woman on the bench behind me who was sitting with her children. She dragged them to the other end of the platform when she saw me step onto the train. What a bitch!” tulis Annette.


Selain itu juga, Annette juga menggambarkan jubah yang dipakainya tidak ubah seperti watak Batman dan amat sesuai dipakai sewaktu hujan turun.

Setiap penceritaan Annette dalam penulisannya benar-benar telah mengguris hati semua wanita Islam di seluruh dunia.

Untuk membaca penulisan penuhnya, boleh layari di sini http://goo.gl/2qWEu. -mynewshub