10 Mac 2016

Tinjauan: 70% Sokong Deklarasi Rakyat Turunkan Najib

Tinjauan M'kini: Lebih 70% sokong Deklarasi Rakyat

Satu tinjauan media sosial yang dilakukan Malaysiakini mendapati terdapat sokongan padu terhadap Deklarasi Rakyat dan peranan dimainkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan itu.

Daripada 5,852 responden di Facebook dan akaun Twitter Malaysiakini (Bahasa Inggeris), 76.2 peratus memihak perisytiharan itu yang bertujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya.

"Azalina Belum Kahwin, Dia Tahu Apa Bab Talak?"

“Azalina, jangan sentuh isu talak kalau belum kahwin”

PETALING JAYA: “Kalau belum berkahwin, jangan pandai-pandai sentuh isu talak,” nasihat Datuk Seri Ahmad Said kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahmad menjawab kecaman Azalina terhadapnya dan mendakwa bekas Menteri Besar Terengganu itu ‘gila talak’ kerana mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.