5 Apr 2013

UMNO Yang Pengganas, Dituduhnya Pakatan


Bekas Jeneral: Tak mustahil Umno sendiri rancang keganasan

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan Umno sendiri sedang merancang keganasan dan huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Beliau merujuk kenyataan bertali arus pimpinan Umno mendakwa kononnya Pakatan akan melakukan huru-hara ketika PRU kali ini.

Terbaru tuduhan berkenaan dibuat Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin, dalam video yang dimuatnaik ke dalam Youtube.

“Pada saya, Umno BN sudah kehabisan modal politik. Sebelum ini dalam pelbagai ceramah dan jelajah, kita yang menjadi mangsa sasaran keganasan mereka. Sekarang mereka cuba nak terbalikkan fakta pula.

“Saya rasa mereka (Umno BN) sebenarnya dalam usaha merancang keganasan jika ditakdirkan kalah pada PRU nanti dan ini tidak mustahil,”
kata Ghafir ketika dihubungi.

Ahmad Maslan dan Zulkifli Nordin dalam video yang diterbitkan media Umno menuduh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang merancang huru hara sepanjang kempen PRU 13.

Ahmad Maslan dalam video tersebut mendakwa mempunyai bukti penglibatan pimpinan Pakatan Rakyat mengajar ahli bawahan mencetus keganasan seperti membuat demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Manakala Zulkifli pula mendakwa Anwar sudah membuat gerakan untuk mempertikaikan keputusan PRU supaya penyokong Pakatan Rakyat marah dan turun ke jalan raya.

Menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas, Ghafir berkata Pakatan memberi jaminan peralihan kuasa akan berlaku aman dalam PRU ini.

“Sudah berkali-kali kita tekankan, jika Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan berjaya membentuk kerajaan baru, peralihan kuasa itu akan berjalan secara aman tanpa apa-apa insiden keganasan,” katanya.

Fitnah Utusan Kantoi !! Pesara Kesal Gambar Disalahguna Akhbar Terima Kad Sara Hidup ATM


Jasin – “Saya malu kerana saya masih sihat dan mempunyai pencen tetapi ditanya kenapa saya boleh menerima kad itu,”.

Itulah luahan seorang pesara tentera yang terkilan dan kesal berhubung penyiaran gambarnya oleh sebuah akhbar arus perdana sebagai penerima Kad Sara Hidup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan dia tidak pernah menerima kad terbabit.

Mohd Ali Baba, 53, berkata, siaran gambar itu bukan sahaja memalukan dirinya malah menjadi persoalan dalam kalangan rakan-rakan memandangkan jawatannya yang terakhir adalah sebagai sarjan mejar.

Menurutnya, ramai rakan seangkatannya menghubunginya dan mempersoalkan kehidupan dia sekarang kerana syarat penerima Kad Sara Hidup ATM adalah pesara tentera yang miskin dan kurang bernasib baik ataupun yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU).

“Ada yang marah saya menafikan menerima kad itu kerana gambar sudah disiarkan seluruh Malaysia sedangkan hal sebenarnya (gambar) adalah ketika saya menerima kad pesara tentera daripada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada 2011.

“Tapi pada tahun ini, gambar itu diguna pakai semula sebagai penerima kad yang memang saya sendiri tak pernah terima dan miliki,”
katanya kepada Sinar Harian, dekat sini semalam.

Mohd Ali berkata, tujuan dia memanjangkan hal itu kepada akhbar berkenaan adalah supaya kisahnya menjadi iktibar kepada media lain sekali gus menjawab pertanyaan orang lain yang membuat spekulasi terhadap dirinya selepas menerima kad berkenaan.

“Saya malu dengan apa yang terjadi kerana ia sekali gus menjatuhkan maruah saya dan keluarga kerana benda yang tidak ada tetapi diada-adakan.

“Saya masih berkira-kira mahu memanjangkan perkara itu ke pihak peguam ataupun mahu pihak berkenaan memohon maaf kerana menyalah gunakan gambarnya bagi artikel yang tidak berkaitan dengan dirinya,” katanya yang tinggal di Perumahan Felcra Lembah Kesang.

Dalang Pencerobohan Lahad Datu Dapat Layanan VVIP Di Parlimen


Lihat dengan mata kepala sendiri betapa dalang pencerobohan Lahad Datu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), dilayan macam VVIP oleh Menteri jaga Parlimen Nazri Aziz, di bangunan Parlimen sendiri.

Rakyat maukan penjelasan mengapa beliau diberikan sebegitu hebat sekali mengalahkan tetamu agung luar negara.

Jadi jelaslah pada rakyat bahawa dalang Pencerobohan Lahad Datu ini cukup rapat dengan beberapa pemimpin UMNO/BN malahan beliau bolehlah dianggap sebagai penyokong cukup tegar lagi totok UMNO/BN. -omakkau


Kajian UM : 80% Rakyat Pantai Barat Tidak Percaya Fitnah Terhadap Anwar


Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 80 peratus rakyat di negeri pantai barat tidak mempercayai kes-kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude Ghazali berkata, negeri tersebut ialah Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Jelas Amer, responden yang ditanya berkenaan fitnah terhadap Anwar, kebanyakan yang percaya hanya 20 peratus.

“80 peratus lagi tidak percaya langsung, mereka (responden) anggap ini sebagai satu perkara yang sengaja di ada-adakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai reputasi Anwar Ibrahim ketika satu Seminar PRU-13 ‘Memperkasakan Demokrasi’ anjuran Pusat Pengajian Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bilik Senat, Dewan Canselor, UKM hari ini.

Dalam isu sama, Amer berkata, dakwaan yang mengatakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak berkaliber, tidak berpengaruh dan zamannya berakhir adalah sangat menghairankan.

“Saya hairan orang kata beliau tidak ada pengaruh, zaman beliau sudah berakhir, tidak berkaliber dan sebagainya, tapi mengapa serangan yang dilakukan kepada Anwar hampir setiap hari, dari satu kes ke satu kes.

“Tapi beliau (Anwar) tetap dapat memimpin, perkara ini yang perlu diberi perhatian disebalik serangan oleh pelbagai pihak kepada beliau,” katanya lagi. -selangorku

[VIDEO] Guan Eng: Saya Pilih Jumaat Penghulu Segala Hari


Petaling Jaya: "Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari."

Itulah alasan yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika memilih hari ini Jumaat untuk membubarkan DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR semalam.

Semua menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz (MB Kelantan) dan Datuk Seri Azizan Razak (MB Kedah) menyertai sidang media itu kecuali Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang menyertai majlis membubarkan DUN Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Pagi semalam Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang.

Beliau mencadangkan agar ini dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang itu.




Hari Hijab Sedunia Membawa Seorang Gadis Inggeris Peluk Islam


London - Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia telah menarik seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.

Jessica Rhodes (21) mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa ia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

"Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan," katanya, seperti dilansir Onislam.

"Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong," tambahnya.

Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.

Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.

"Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang Saya cari-cari," katanya.

Saat memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.

"Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Ipar-ipar saya telah sangat menyokong, "kata Rhodes.

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba mendebatnya sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, hal yang hampir semua muallaf mengalaminya.

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.

Jumlah muallaf sangat mencolok di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdapat begitu banyak remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.