28 Ogo 2014

Dr. Mazlee: PAS Dilihat Tidak Tetap Pendirian


Isu MB: Pas perlu elak ubah keputusan

SHAH ALAM – Pas perlu tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat, 17 Ogos lalu.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berkata, Pas perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan dilihat sebagai parti yang tidak tetap pendirian.

“Pas perlu berhati-hati dalam membuat cadangan kerana setakat ini mereka dilihat seolah-olah tidak tetap pendirian.

“Ini akan memberi perspektif negatif kepada rakyat dan pengundi di atas sikap Pas yang tidak konsisten,”
katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berpendapat keputusan parti yang tidak konsisten bakal memberi kesan kepada kepercayaan pengundi.

“Kita mengingatkan kembali mereka (Pas) terhadap persepsi negatif yang bakal dilihat oleh rakyat dan para pengundi.

“Jadi, diharapkan mereka mempunyai satu pendirian yang konsisten. Oleh itu,mereka perlu tetap dengan keputusan yang dibuat 17 Ogos itu,” katanya.

Pertengahan bulan ini, Pas telah mengemukakan satu lagi nama sebagai calon Menteri Besar Selangor iaitu Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, PKR telah menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang disokong DAP.

Semalam, Sultan Selangor telah bertitah agar PR mencadangkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, PKR dan DAP tetap dengan pendirian iaitu menyatakan satu nama sahaja. -sh

ULASAN GB

Belajarlah untuk terima kritikan orang yanhg tiada kepentingan di dalam parti seperti Dr.Mazlee di atas, wahai pemimpin-pemimpin PAS.

Yang GB khuatir akan bangun pemuka-pemuka UG ala PERKASA menempelak kenyataan dan memaki hamun Dr. Mazlee, sedangkan kumpulan yang samalah juga yang menyebabkan PAS membuat U-Turn.

Hal ini pernah berlaku di dalam tahun 2009 dahulu apabila Prof Abd Aziz Bari dimaki dan dicemuh di dalam satu yang mengkritik pedas kepemimpinan Abdul Hadi.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[EDISI KANTOI] TS Khalid Ibrahim TIDAK Bercakap Benar!


MB: Pakatan tak calonkan satu nama tahun lepas

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tidak hanya mencalonkan satu nama, iaitu dirinya semata-mata, sebagai menteri besar Selangor kepada istana selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Justeru, katanya, tindakan PKR dan DAP mencalonkan satu nama sahaja sebagai penggantinya, atas alasan mengambil kira konvensyen 2013, tidak tepat.

"Cerita (satu nama calon) itu tidak dilaporkan secara tepat.

"Ada pencalonan berasingan dari PKR dan PAS pada 2008 dan 2013," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco sebentar tadi.

Ditanya pemberita, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa lagi nama dicalonkan tahun lalu kepada istana.

Semalam, PKR dan DAP berkata hanya akan mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

'Saya tak mahu tahu'

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu semalam, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Menurut mereka, istana tahun lalu meminta lebih daripada satu nama tetapi mereka hanya menamakan Khalid dan akhirnya diperkenan sultan.

Khalid juga memaklumkan istana telah menghantar surat kepada ketiga-tiga parti Pakatan mengenai hal calon yang dikehendaki serta tarikh akhir untuk mengemukakan nama menteri besar.

Bagaimanapun beliau tidak mahu memberi komen terhadap sebarang spekulasi calon dan menyerahkannya kepada Pakatan.

"Saya difahamkan surat sudah dihantar pada hari ini, jadi saya mengharapkan pihak istana tidak menghantar salinan kepada saya, itu sahaja.

"Sebab saya tidak mahu tahu apa-apa juga informasi," kata beliau. -mk

Sultan Selangor beri 3 sebab lantik Khalid sebagai MB


SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya.

Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu.

"Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan," katanya.
- SH/Bernama (14 mei 2013)


ULASAN GB

Nampaknya satu demi satu dah terbongkar.

Namun apa yang GB tertanya-tanya ialah kenapa TSKI bheriya-iya untuk menyatakan ada lebih satu pencalonan untuk jawatan MB Selangor sedangkan kenyataan dari Setiausaha Sulit Sultan Selangor TELAH menyatakan sebaliknya?

Persoalan dan persepsi yang timbul ialah ppakah cadangan menghantar lebih satu nama itu dilakukan oleh TSKI sendiri kepada Sultan Selangor sehingga beliau terpaksa membuat kenyataan yang kantoi berkenaan?

Kita tunggu dan lihat episod selanjutnya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



Tinggalkan PAS Kalau Tak Setuju PR - Ramai Sokong Kenyataan Khalid Samad


Tinggalkan PAS jika tidak setuju bersama Pakatan, kata Khalid Samad

Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.

Khalid, yang merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, jika ahli-ahli parti berasa parti itu lebih baik tanpa PR, maka mereka harus meninggalkannya dan menyertai Umno.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.


"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain."

Peranan PAS dalam Pakatan diperdebatkan beberapa kali oleh ahli dan pemimpinnya dan yang terbaru semasa isu menteri besar Selangor.

Beberapa ahli secara terbuka meminta para pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi.

Bagaimanapun, Khalid tetap yakin PAS boleh menjadi ahli berkesan dalam PR dan juga menolak khabar angin parti itu mengintai jawatan menteri besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid.

"Terdapat banyak cara untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti, dan ini termasuk akuan berkanun."

Beliau berkata Adun PAS Hulu Klang Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) memainkan peranan penting dalam isu menteri besar Selangor.

"Tindakan Saari dan Hasnul adalah penting kerana ia adalah satu petunjuk yang jelas bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan majoriti."

"Walaupun ramai mengkritik kedua-duanya, tidak ada ragu kesan daripada keputusan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."


Khalid berkata, ini adalah punca jalan buntu di Selangor berjaya dipecahkan dan Khalid terpaksa menyerahkan surat peletakan jawatannya dan diterima oleh Sultan Selangor.

"Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil kira kekurangan sokongan majoriti untuk Khalid sebelum menerima perletakan jawatan beliau."

Khalid berkata, jika menteri besar itu memastikan peralihan kuasa yang licin sebelum dipecat daripada PKR, beliau boleh dinamakan sebagai penasihat kepada menteri besar Selangor yang baru.

"Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peranan baru bagi Khalid jika isu itu diselesaikan secara baik." -TMI



RESPON SBHGN PEMBACA TMI



RESPON SBHGN PEMBACA MALAYSIAKINI



KATA-KATA DATO HUSAM SEBELUM INI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI