26 Mei 2016

Profession "Guru" Dihina, Diarah "Belajar" Tepuk Tangan

Kerana malukan MB Terengganu, semua cikgu diarah belajar tepuk tangan

Ekoran kegagalan guru-guru bertepuk tangan ketika Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berucap sempena sambutan hari guru peringkat negeri 24 Mei lalu, semua guru-guru di negeri itu diarah berlatih tepuk tangan setiap hari.

Arahan itu dikeluarkan oleh pengarah pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin melalui sistem pesanan Whatsapp yang kemudiannya di print skrin dan kini menjadi viral.

Kawan Baik PAS, PERKASA Tanya Tu, Boleh Menangkah Tanpa Undi Cina?

Sg Besar: Bolehkah PAS dapat undi Cina, tanya PERKASA

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menjangkakan pertemuan antara PKR dan BN di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dilihat lebih sengit dan menarik jika dibandingkan dengan parti politik pembangkang yang lain.

Kata beliau, sekiranya kerusi itu ditandingi PAS, beliau khuatir sekiranya undi masyarakat Cina di Sekinchan tidak memihak kepada parti Islam itu.