4 Jun 2014

[VIDEO & GAMBAR] Kuantan Diserang Jutaan Kupu-kupu Gergasi


Kupu-kupu gergasi muncul dipengaruhi banyak faktor

KUANTAN - Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.

Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.

Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.

Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.

Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.

"Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.

"Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini.

Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.

"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.

"Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya. - Bernama











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[EDISI GILA] Sanggup Tidur Di Kaki Lima Tunggu Kedai Tudung Fareeda Buka


Tudung Fareeda: Kegilaan melampau, sanggup jadi gelandangan

SHAH ALAM, 3 JUN: Sikap orang ramai yang sanggup menjadi gelandangan hanya kerana ingin mendapatkan tudung jenama Fareeda dilihat sebagai satu sikap keterlaluan, tidak masuk akal dan sangat dikesali.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek, berkata Islam sebenarnya memberi garis panduan yang begitu mudah untuk diikuti dalam menutup aurat di kalangan wanita.

Katanya, kegilaan itu nyata tertumpu kepada nilai fesyen yang diketengahkan jenama tudung berkenaan sahaja dan bukan bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.

“Sebenarnya mahu berfesyen juga tidak salah dalam Islam tetapi harus selaras dengan syariat dan tuntutan iaitu tudung tidak boleh jarang, tidak pendek dan menutupi dada.

“Mungkin peminat tudung ini juga melihat jenama ini sebagai trend hingga mereka menjadi begini obses. Apapun, saya melihat semua ini sebagai satu sikap untuk berlebih-lebihan dan tidak munasabah,”
katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau dihubungi bagi mengulas pelancaran terbaru koleksi Fareeda yang menarik ribuan peminatnya beratur di butik itu semalaman bagi mendapatkan nombor giliran.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook juga mendapati ramai yang sanggup tidur dan bermalam di kaki lima membawa anak kecil dalam usaha mendapatkan koleksi terbaru Fareeda.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, masyarakat Islam terutama golongan wanita harus segera disedarkan daripada kegilaan melampau itu.


“Tetapi, hal ini pasti sukar kerana golongan terbabit menganggap tudung Fareeda sebagai fesyen yang mesti dimiliki dan tidak mahu dianggap ketinggalan dalam bergaya.

“Apa yang saya boleh katakan, sangat susah untuk tahan masyarakat daripada kegilaan ini,” katanya.

Ibu pejabat dan butik utama Tudung Fareeda terletak di Bandar Baru Bangi selain terdapat butik di Pulau Pinang dan Kelantan.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Misteri Kubur Wanita Mengandung Mati Dibunuh Di Tengah Masjid

Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai kubur yang berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di Bandar Lama, di Gua Musang, Kelantan. Ini kerana belum pernah ditemui di mana-mana masjid sama ada di dalam atau luar negara kubur orang awam berada dalam masjid.

Kebanyakan mereka daripada kalangan ahli jemaah terutama yang datang dari luar daerah ini sudah tentu membuat pelbagai andaian tersendiri, berikutan tidak mengetahui sejarah sebenar yang berlaku apabila melihat kubur yang dianggap pelik itu.

Diakui semakin sukar untuk menjejak sejarah serangan komunis di Bandar Gua Musang sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana kebanyakan orang lama yang asal tinggal di bandar ini telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, mujur masih ada rujukan menerusi catatan sejarah dalam diari mengenai serangan komunis itu yang ditulis sendiri bekas Penggawa Hulu Kelantan ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh.

Mangsa sarat mengandung

Catatan sejarah itu masih sulit untuk diedarkan kepada umum kerana masih disimpan anak tunggal lelakinya sebagai kenangan walaupun hanya orang tertentu sahaja boleh mendapatkan salinan daripadanya sebagai bukti sejarah itu benar-benar berlaku.

Sebenarnya kubur lama yang berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh itu adalah kubur seorang wanita sarat mengandung, Allahyarham Nik Mah Nik Soh, yang mati dibunuh komunis secara kejam di dalam longkang berhampiran jalan masuk masjid.

Serangan komunis itu yang pernah berlaku di Gua Musang pada 4 Januari 1943 apabila ramai orang Melayu ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang penggawa ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis.

Nik Mah juga adik kepada Nik Jaafar gagal melarikan diri pada masa serangan itu berlaku kerana sarat mengandung. Allahyarhamah itu terpaksa berselindung di dalam longkang tersebut namun diserang hendap pasukan komunis yang menyerbu ke kawasan terbabit.

Dalam keadaan ketakutan ketika itu, penduduk yang masih selamat mengusung jenazah Nik Mah yang dalam keadaan berlumuran darah ke dalam kawasan masjid sebelum membuat keputusan tanam di bahagian tangga belakang masjid itu.

Pada waktu itu masjid berkenaan dibina dengan kayu dan mampu menampung hanya kurang 100 jemaah sahaja sebelum diubah suai 50 tahun kemudian untuk menampung bilangan jemaah bertambah ramai menyebabkan kubur terbabit berada di tengah-tengahnya.

Sejarah serangan komunis ketika itu juga menyebabkan kebanyakan penduduk tidak boleh tinggal setempat dan kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari perlindungan termasuk sanggup berjalan kaki dalam hutan.

Berselindung dalam longkang

Allahyarham Nik Jaafar seperti yang tercatat dalam tulisan sejarahnya beliau lari seorang diri untuk meminta perlindungan di Balai Polis Bertam.

Ini kerana kebanyakan rumah penduduk ketika itu termasuk kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk.

Nik Mah dibunuh kejam serangan komunis itu bersama 25 orang Melayu terperangkap ketika berselindung dalam longkang berkenaan.

Ada juga yang dibunuh ketika cuba menyeberangi Sungai Galas di belakang kedai Jalan Besar untuk menyelamatkan diri.

Walaupun Gua Musang telah lama diwujudkan, tetapi bilangan penduduk Orang Melayu tidak ramai.

Tumpuan utama komunis berkampung di Kampung Pulai yang selalu memeras ugut Orang Melayu bagi merampas harta termasuk makanan.

Pendapatan utama penduduk ketika itu hanya mengharapkan kepada hasil tanaman dan kerap meminta bantuan kerajaan menerusi pejabat daerah ketika itu terletak di Kuala Krai kerana tanaman dimusnahkan komunis.

Dengan tersiarnya catatan sejarah mengenai kubur Allahyarham Nik Mah dalam Masjid Razaleigh itu dapat memperjelaskan lagi kepada orang ramai berhubung perkara itu dan menjadi kenangan sepanjang masa. -SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI