26 Dis 2015

TGNA & Karpal - Tokoh Yang Tiada Penggantinya...

Nik Aziz, Karpal ikon rentasi sempadan kaum, agama

KUALA LUMPUR 25 DIS: DAP hari ini mengajak rakyat Malaysia menjadikan almarhum Nik Aziz Nik Mat dan mendiang Karpal Singh sebagai ikon yang mempromosi kehidupan harmoni, toleransi merentas sempadan kaum, agama dan budaya.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ikonik kedua-dua tokoh mampu menjadikan Malaysia sebagai negara model yang aman di dunia sekalipun memiliki rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.

Idris Halau Siapa Dari PAS?

Siapa yang Idris mahu halau dari PAS, soal Mahfuz

Kenyataan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad yang menyeru mana-mana idividu PAS yang nak PAS bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS suatu yang mengejtukan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi parti itu. Siapakah yang dimaksudkan oleh beliau itu?

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata persoalannya bukan bersetuju atau tidak dengan isu PAS bergabung, bekerjasama atau bertahaluf dengan Umno-BN.

Tetapi katanya, kerunsingan ahli kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dan Pilihanraya Negeri ke 11 Sarawak.