22 Jan 2016

Menteri Lakukan U-turn, Nafi Buat Kenyataan Gantung Biasiswa JPA

Wee Ka Siong nafi sahkan biasiswa JPA dibekukan

Datuk Dr Wee Ka Siong menafikan beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggantung biasiswa kerajaan dan perkara itu sedang dikaji jabatan itu.

Mengulas bantahan orang ramai terhadap berita itu, beliau menulis di laman Facebook, kegemparan timbul di kalangan ibu bapa dan pelajar disebabkan laporan tidak tepat sebuah portal yang mengambil berita daripada akhbar berbahasa Cina.

Gantung Biasiswa: Kerajaan Najib Dikecam Hebat...

'Duit beli jet ada tapi tiada biasiswa untuk pelajar?’

Berita bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menggantung biasiswa memandangkan hasil kerajaan merudum akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan ramai rakyat negara ini menjadi berang.

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman media sosial Malaysiakini mengenai perkara itu dengan mendakwa ini adalah bukti tadbir urus yang lemah sehingga rakyat menjadi korban.

Paling mendukacitakan, kata mereka adalah hakikat bahawa pentadbiran Najib sanggup membeli jet peribadi mewah untuk kegunaan VVIP, tetapi memotong dana untuk aset negara yang paling berharga - pelajar pintar.