24 Mei 2016

AMANAH Bakal Pilihan Rakyat Malaysia Yang Cintakan Islam

Ilham Centre dapati Pas tidak serius menentang BN

Pendirian Pas yang menyertai pilihan raya untuk mendapat keredaan Allah sebenarnya untuk melunakkan dan memainkan sentimen ahli parti itu sahaja, tegas Ketua Pegawai Eksekutif, Ilham Centre, Hisommudin Bakar.

Menurutnya, kenyataan Pas itu gagal meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka sebaliknya hanya bagi memastikan supaya ahli parti tersebut tidak beralih kepada parti pesaing utama mereka, Amanah.

Mat Sabu Disebut-sebut Calon PRK Sungai Besar

Mat Sabu antara nama calon AMANAH di Sg Besar

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu adalah antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

Selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, nama-nama tersebut juga telah dipersetujui oleh DAP Selangor.