24 Mac 2014

Selepas MH370 Hilang, MAS Ditimpa 2 Malapetaka Lagi...


Pesawat MH066 dilencongkan ke HK

Satu penerbangan Malaysia Airlines ( MAS) pesawat Airbus A330-300 yang dijadualkan ke Incheon, Korea Selatan, terpaksa dilencongkan dan mendarat di Hong Kong hari ini kerana "generator pesawat tidak beroperasi ".

Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan perkara itu, dan menjelaskan bahawa ia melibatkan generator yang membekalkan kuasa elektrik kepada pesawat.

"Bagaimanapun, kuasa elektrik terus dibekalkan oleh unit kuasa elektrik tambahan, " kenyataan itu dipetik.

Penerbangan MH066 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11.37 malam, semalam dan dijadual tiba di Incheon pada 06:50 pagi ini.

Menurut kenyataan tersebut, MAS memindahkan seramai 271 penumpang dalam penerbangan berkenaan ke penerbangan yang diusahakan syarikat lain.

"Penerbangan pulang, MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur, dibatalkan, dan penumpang telah dipindahkan (ke) syarikat penerbangan lain serta penerbangan MAS berikutnya ke Kuala Lumpur."

Semalam dilaporkan kapal terbang MAS telah melanggar itik kira-kira 10.45 malam, Jumaat lepas ketika mendarat di lapangan terbang Kathmandu di Nepal.

Bagaimanapun, pesawat itu hanya mengalami kerosakan kecil.

MAS juga masih belum menemui pesawat penerbangan MH370 yang hilang tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur, dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran yang dijalankan masih belum berjaya mengesan pesawat tersebut. -mk

BERITA SEBELUMNYA

Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik

NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.

Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.


Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang,
kata laporan itu.

Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.

"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.

Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.

Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.

“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.

MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.

Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.

“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.

Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.

Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.

Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.

"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama





IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


[VIDEO & BERGAMBAR] Kajang Tolak Kempen Kotor & Jijik BN


Keputusan PRK Kajang adalah signifikan - satu mesej jelas kepada UMNO BN supaya menghentikan segala bentuk kempen kotor dan jijik yang dilakukan selama ini, samada di dunia nyata atau siber.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan - setiap yang melampaui batas akan terima padahnya. Demikianlah apa yang menimpa UMNO BN.

Walaupun sebelum ini Pemuda UMNO BN menyatakian bahawa golongan pemuda akan berpihak kepada mereka, namun jelas daripada keputusan PRK Kajang saluran 3 ke atas tidak berpihak kepada mereka. Mengapa? Kerana kempen keterlaluan UMNO BN sudah memakan dirinya semula. Satu mesej dan referendum jelas untuk UMNO BN khususnya buat Khairy Jamaluddin a.k.a. Ketua (Samseng) Pemuda UMNO.

Teruskan bekempen secara kotor dan jijik kamu, kamu tetap terhukum dengan hukum kebenaran dan keadilan, dicampak jauh ke jurang kehancuran yang dalam!




















IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


[KEPUTUSAN RASMI]: Wan Azizah Menang, UNDI POPULAR: 60% - updated


Peti undi mula dibawa masuk ke pusat penjumlahan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam.

Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

LAPORAN LANGSUNG
Tamat kemaskini

9.01pm - RASMI

PKR - 16,741
BN - 11,362
Undi ditolak; 107
Keluar Mengundi; 72.1%

Majoriti - 5,379

UNDI POPULAR: PR: 60%, BN : 40%






DALAM DEWAN



LUAR DEWAN



ULASAN GB

Tahniah kak Wan, tahniah PKR dan seluruh jentera PR yang bertungkus lumus sehingga berjaya mengalahkan BN di PRK Kajang. Sekalipun majoriti merosot sedikit iaitu 5,379 berbanding 6,824 pada PRU13, namun bukan bererti peralihan undi dari PR kepada BN tetapi adalah kerana jumlah keluar mengundi yang lebih rendah berbanding PRU13 (72.1% berbanding 88.36% pada PRU13).

Namun yang menariknya ialah UNDI POPULAR Pakatan Rakyat telah meningkat dari 57% pada PRU13 kepada 60% di PRK tahun ini. SYABAS!

LANGKAH KE PUTRAJAYA SEMAKIN HAMPIR... KINI KITA DI KAJANG... HANYA MENGAMBIL MASA 50 MINIT SAJA KE PUTRAJAYA!

Ini info dari BNharamjadah

BN: 10,323
PKR: 16,784
Majority: 6,361
Hingga kira kini...
Undi popular PKR 60.72% BN 39.28%

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK N.25 KAJANG.

TAMAN KOTA CHERAS (PR)

BN/MCA : 630
PR/PKR : 1202
UNDI ROSAK : 242
MAJORITI : -572 (KALAH)

SUNGAI SEKAMAT (PR)

BN/MCA : 1603
PR/PKR : 1667
UNDI ROSAK : 0
MAJORITI : -64 (KALAH)

SAUJANA IMPIAN (PR)

BN/MCA : 627
PR/PKR : 775
UNDI ROSAK : 35
MAJORITI : -148 (KALAH)

TAMAN MESRA (PR)

BN/MCA : 422
PR/PKR : 557
UNDI ROSAK : 1
MAJORITI : -135 (KALAH)

SUNGAI KANTAN (BN)

BN/MCA : 1038
PR/PKR : 813
UNDI ROSAK : 5
MAJORITI : 225 (MENANG)

TAMAN KAJANG BAHARU (PR)

BN/MCA : 927
PR/PKR : 1724
UNDI ROSAK : 25
MAJORITI : -797 (KALAH)

KAJANG (PR)

BN/MCA : 569
PR/PKR : 1019
UNDI ROSAK : 3
MAJORITI : -450 (KALAH)

SG CHUA SATU (PR)

BN/MCA : 826
PR/PKR : 2551
UNDI ROSAK : 12
MAJORITI : -1725 (KALAH)

SG CHUA DUA (PR)

BN/MCA : 487
PR/PKR : 1475
UNDI ROSAK : 11
MAJORITI : -988 (KALAH)

SG CHUA TIGA (PR)

BN/MCA : 124
PR/PKR : 410
UNDI ROSAK : 2
MAJORITI : -286 (KALAH)

SG CHUA EMPAT (PR)

BN/MCA : 157
PR/PKR : 468
UNDI ROSAK : 2
MAJORITI : -311 (KALAH)

SG CHUA LIMA (PR)

BN/MCA : 366
PR/PKR : 1099
UNDI ROSAK : 51
MAJORITI : -733 (KALAH)

TAMAN DELIMA (PR)

BN/MCA : 627
PR/PKR : 630
UNDI ROSAK : 25
MAJORITI : -3 (KALAH)

KANTAN PERMAI (PR)

BN/MCA : 1031
PR/PKR : 1351
UNDI ROSAK : 24
MAJORITI : -320 (KALAH)

BANDAR KAJANG (PR)

BN/MCA : 285
PR/PKR : 548
UNDI ROSAK : 4
MAJORITI : -263 (KALAH)

BATU 10 CHERAS (BN)

BN/MCA : 578
PR/PKR : 425
UNDI ROSAK : 11
MAJORITI : 153 (MENANG)

UNDI AWAL

BN/MCA : 999
PR/PKR : 66
MAJORITI : 933

UNDI POS

BN/MCA : 18
PR/PKR : 8
MAJORITI :10

JUMLAH UNDI
MC/BN
BIASA : 10,297
AWAL : 981
POS : 18
JUMLAH : 11,296

PR/PKR
BIASA : 16,714
AWAL : 57
POS : 8
JUMLAH : 16,779

MAJORITI : -5,483 (KALAH)
Tak Rasmi Penuh : PKR 16,774, BN 10,232 Maj Menang 6,451


Pemimpin BN tak datang...



8.40pm Tak rasmi dari sumber PKR:

PKR - 16,770
BN - 11,401
Majoriti - 5,369

Ini jumlah meliputi kesemua 88 saluran dan 72 peratus yang keluar mengundi.

Undi popular PKR 60.72% BN 39.28%

8.30pm: Harakahdaily melaporkan: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului pencabarnya bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

PKR dijangka memenangi kerusi itu dengan sedikit penurunan majoriti berbanding 6,824 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum (PRU) Mei tahun lalu.

Sehingga jam 8.35 malam tadi, Dr Wan Azizah mendahului dengan 16,217 undi dengan calon BN mendapat 9,900 undi. Majoriti: 6317

8:32pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR: 16,581
BN: 11,242

Majoriti: 5,339

8.15pm Bilik gerakan undi PKR - Suasana meriah dengan kumpulan ahli berhimpun menunggu kemaskini keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil Kajang di sini.

Beberapa pemimpin utama parti, termasuk calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bertolak ke stadium Majlis Perbandaran Kajang.

Sementara itu pengarah strategi PKR Rafizi Ramli ketika ditemui berkata beliau gembira dengan keputusan tidak rasmi ini kerana berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang tewas sebelum ini iaitu Taman Delima dan Sg Sekamat. -Taman Delima & Sg Sekamat merupakan kubu kuat UMNO/BN -ed

"Kalau ikut peratusan kita menang lebih besar walaupun majoriti kita berkurang. Ini kerana peratusan keluar mengundi yang rendah," kata beliau.

8.10pm: Dalam pada itu, difahamkan, calon PKR akan bergerak menuju ke pusat pengiraan undi dari Surau Ibnu Sina di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Kesesakan lalulintas turut berlaku apabila polis membuat sekatan jalan raya di Jalan Reko, kira-kira 2km dari pintu utama UKM.

Polis turut menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Polis menggesa orang ramai yang ingin bersama calon ke pusat penjumlahan itu untuk meletak kenderaan di bahu jalan dan berjalan kaki.

8.05pm: Sebuah lagi Kawasan Melayu Kuat UMNO iaitu Daerah Mengundi Taman Delima berjaya dirampas PKR/Pakatan Rakyat.

Tatkala Pengundi Cina keseluruhannya menolak calon MCA, pengundi-pengundi melayu juga sudah beransur-ansur meninggalkan UMNO/BN !

Syukur Alhamdulillah.- fb PAS Selangor

Bererti jika berlaku kekurangan majoriti yang diperolehi oleh PKR, BUKAN bererti undi beralih kepada BN tetapi kerana jumlah keluar mengundi telah berkurangan dari 87& kepada 72%.

8.00pm: Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 16,086
BN - 10407
Majoriti: 5,679

7:35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13. Satu berita baik, bererti kaum Melayu Kajang terima Pakatan Rakyat -ed.

Peti Undi Saujana impian
Saluran 1 - PKR 123 BN 153
Saluran 3 - PKR 169 BN 127
Saluran 2 - PKR 165 BN 145
Saluran 4 - PKR 151 BN 105
Saluran 5 - PKR 167 BN 77
MAJORITI PKR = 148

Sementara Daerah Mengundi Batu 10 Cheras Keseluruhannya PKR berjaya mengurangkan majoriti BN dari 321 undi pada PRU 13 kepada 131 Undi, Begitu juga bagi Daerah Mengundi Sungai Kantan : PKR tewas dengan majoriti 225 undi | Berbanding PRU13, tewas 420 undi - maklumat dari fb PAS Selangor.

7.30pm Tak rasmi:

PKR - 15,055
BN - 9,628
Majoriti - 5,427

Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.

PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.
Di dalam PRU13, PKR menang DUN Kajang dengan majoriti 6,824.

7.14pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 13,414
BN - 8,226

7.13pm Tak rasmi - Sumber PKR menunjukkan undi dari 55 telah dikira

PKR - 10,187
BN - 6,494

7.10pm Penyokong dan petugas parti kini masih ternanti-nanti dengan keputusan pilihan raya DUN Kajang. Mereka sedang mengira tally di Pejabat Umno Hulu Langat di Pekan Kajang.

Antara pemimpin yang hadir di sini ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor, SUK Umno Datuk Rauf Yusoh dan Ketua Bhagian Umno Datuk Johan Abdul Aziz.

7.05pm Tak rasmi - Jumlah undi setakat dari 53 saluran:

PKR - 10,070
BN - 6,145
Majoriti - 5,075

6.56pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 52 saluran diperolehi

PKR - 9,892
BN - 6,075
Majoriti - 3,817

6.53pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 48 saluran diperolehi:

PKR - 9,257
BN - 5,448
Majoriti - 3,809

6.42pm Tak rasmi - Sumber PKR memberi angka menunjukkan parti itu semakin mendahului berdasarkan undi dari 45 saluran.

PKR - 8,847
BN - 5,260
Majoriti - 3,587

6.35pm Tak rasmi dari sumber PKR - Keputusan dari 39 saluran:

BN - 4,361
PKR - 7,514


6:30pm Tak rasmi - Keputusan dari 31 saluran diperolehi

PKR - 5,242
BN - 3,429


6.15pm Tak rasmi - Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum parti itu menguasai pilihan raya kecil DUN Kajang, berdasarkan pengiraan awal:

PKR - 4,239 undi
BN - 1,617
Majoriti - 2,622

Keputusan itu berdasarkan 26 dari 88 saluran pengundian, atau 33 peratus dari jumlah undi.






IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI