18 Dis 2012

[BONGKAR] Bekas Pegawai Tinggi Polis Miliki 10 Aset Rumah

Keadilan hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

“Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah,” kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,” sambung beliau.

Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

“Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti,” jelas Yahya.

Presiden Indonesia Selar Tulisan ZAM Di Utusan, Anggap Tidak Wajar & Tidak Beretika

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.

Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.

Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.

Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.

Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.

Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.

Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu - Bernama

16 Kuil Dirobohkan Semasa Era BN, Kenapa MIC Membisu?


Enam belas (16) kuil Hindu telah dirobohkan di Lembah Klang dalam masa 2 tahun semasa era BN.

(senarai ini tidak termasuk seluruh Malaysia)

{SEKARANG MIC NAK TUNJUK HERO DLM KES SEPANG?!!}

1. Kuil Sri Ayyanar Sathiswary Alayam (lebih daripada 65 tahun) Jalan Davies telah dirobohkan pada 22/02/2006 dan patung dikebumikan di tapak.

2. Pantai Malaimel Sri Selva Kaliamman Temple (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan pada 17/042006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3. Vaalmuniswarar Rajaamman Kovil (lebih daripada 60 tahun) di Hospital Lady Templer dirobohkan pada 03/052006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Sri Kaliamman kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Shah Alam pada 09/05/2006.

5. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak (lebih daripada 60 tahun) sebahagiannya telah dirobohkan pada 11/05/2006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

6. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak telah dirobohkan dan dewa dipecahkan pada 08/06/2006.

7. Sri Kaliamman dirobohkan kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam telah dirobohkan untuk kali kedua pada 12/06/2006 di mana 3 Hindu dewa utama telah dibelasah dan dihancurkan sehingga keping dengan tukul eretan oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam.

8. Pada 01/08/2006 Om Sri Sakti Nagamma Allaya Kuil Hindu di Taman Sri Manja, PJS 3/30 Petaling Jaya, Selangor telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

9. Demolishment kuil Sri Subramaniam di Country Homes, Rawang, Selangor, Malaysia pada 29/09/2006.

10. Pada 31/10/2006 Sri Muniswarar Temple (lebih daripada 100 tahun) yang telah dibina di atas tanah swasta di Bandar Rinching, Semenyih Selangor telah dirobohkan.

11. The demolishment Devi Sri Karumaniamman Hindu Temple, Petaling Jaya Utara, Seksyen 21, Kampung Taman Aman pada30/11/2006.

12. Pada 29/12/2006 Sri Muniswarar Temple (lebih daripada 100 tahun) yang telah dibina di atas tanah swasta di Bandar Rinching, Semenyih Selangor telah dirobohkan.

13. Pada 22/2/2007 Sri Maha Nageswari Kuil Hindu di Taman Cahaya 7, Ampang, Selangor Darul Ehsan telah dirobohkan.

14. Pada 15/05/2007, JKR Sri Muniswarar Hindu Temple, Jalan Kapar, Klang telah dirobohkan.

15. Pada 13/06/2007, Kaliaman Sri kuil Hindu di Midlands estet Shah Alam telah dirobohkan.

16. Pada 30/10/2007 Kampung Rimba Jaya Shah Alam @ Padang Jawa (100 tahun) Maha Kuil Mariamman telah dirobohkan tengah-tengah konfrontasi ganas sejurus sebelum Deepavali pada tahun 2007

Tangkap Musa Aman, Selamatkan Duit Rakyat Sabah!


Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik silih berganti membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman.

Kelmarin, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah Boby Lewat @ Ewat membuat laporan SPRM bagi pihak anak muda Sabah terhadap Musa yang didakwa menerima wang sebanyak RM40 juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi.

“Kami merujuk kepada kenyataan bersumpah (Ahli Parlimen Beaufort dan juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Seri Lajim Ukim pada 11 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.

“Ini berikutan pendedahan dari pelbagai sumber media bahawa anak Nazri, Nedim Nazri dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

“Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG,” katanya.

Lesen pembalakan

Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa.

Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012, Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Musa dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.

“Ini adalah atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

“Namun kenyataan bersumpah Lajim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri di Parlimen.

“Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?,” soal Boby.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.

Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah, menurut Lajim.

Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta.

Pengumuman Nazri juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.

“Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz.

“Kesediaan Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM,” ujar Boby. -FMT

KOBAT Persoal Rosmah Lancar Kapal TLDM

Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.

“Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.

“Dia (Rosmah) memang ‘muka tebal’, tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.

Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. ‘Samudera’ merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa.

“Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri atau Permaisuri Agong?” soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang. -KD

Kes Altantuya Ditangguh Lepas PRU, BN Takut Pekung Terbongkar

Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu menetapkan 11 Jun tahun depan bagi mendengar rayuan Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri.

Altantuya adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak Baginda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dibunuh secara kejam apabila diletup menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.

Mengulas penangguhan itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertegas, kes rayuan tersebut sepatutnya didengar secepat mungkin dan tiada sebab perlu ditunda.

“Saya turut terkejut mendengar berita bahawa kedua-dua mereka masih berada dalam tahanan, menunggu untuk buat rayuan, sedangkan keputusan kes telah lama dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Surendran, ia menimbulkan persoalan adakah keputusan untuk mendengar rayuan itu sengaja dibuat selepas pilihan raya agar rahsia mereka yang terlibat tidak terbongkar.


“Kita tak nampak apa-apa sebab munasabah untuk menunda kes itu sehingga tahun depan, apatah lagi bulan Jun, yang umum tahu pada waktu itu, pilihan raya telah selesai,” katanya.

“Kita tuntut penjelasan berhubung kelewatan pendengaran rayuan tersebut dan desak agar dijalankan segera,” tegas Surendran lagi.

Kes Altantuya: Rayuan 2 bekas anggota UTK 11 Jun Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu menetapkan 11 Jun tahun depan bagi mendengar rayuan Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri.

Altantuya adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak Baginda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dibunuh secara kejam apabila diletup menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.

Mengulas penangguhan itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertegas, kes rayuan tersebut sepatutnya didengar secepat mungkin dan tiada sebab perlu ditunda.

“Saya turut terkejut mendengar berita bahawa kedua-dua mereka masih berada dalam tahanan, menunggu untuk buat rayuan, sedangkan keputusan kes telah lama dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Surendran, ia menimbulkan persoalan adakah keputusan untuk mendengar rayuan itu sengaja dibuat selepas pilihan raya agar rahsia mereka yang terlibat tidak terbongkar.

“Kita tak nampak apa-apa sebab munasabah untuk menunda kes itu sehingga tahun depan, apatah lagi bulan Jun, yang umum tahu pada waktu itu, pilihan raya telah selesai,” katanya.

“Kita tuntut penjelasan berhubung kelewatan pendengaran rayuan tersebut dan desak agar dijalankan segera,” tegas Surendran lagi.



Ulasan GB

Gb melihat kes ini akan menjadi serupa dengan kes Jenain.

Ditangguhkan lagi kemudian akan dibebashkan.

"Yang mengarah" untuk melakukan pembunuhan sendiri sudah lama lepas bebas.

Dia Mengaku Sudah Berzina Dengan 30 Kenalan Facebook


Usianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di fb.

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri.

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.

“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. -hm

Ulasan GB

Ya Allah ya Tuhanku,
Lindungi aku dan ahli keluargaku dari perbuatan keji dan mungkar...