13 Okt 2016

Rakyat Maki PLUS Kerana Denda Rehat Lama Di R&R

Pengguna PLUS berang kena denda, lambat keluar plaza tol

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengguna lebuh raya melahirkan rasa kecewa dan geram mereka apabila PLUS mengumumkan hukuman denda bagi mereka yang lewat keluar plaza tol.

Perjalanan antara tol Gurun dan Pendang, kedua-duanya di Kedah, yang sepatutnya RM3 menjadi RM9.40 akibat pengguna tersebut menghabiskan masa lebih lama di kawasan rehat.

“Gilakah atau apa ini? Tidak boleh duduk lama di kawasan rehat dan rawat. [Sebaik] sampai di tol Pendang, waktu hendak bayar tol, [saya] kena denda,” dakwa seorang pengguna di Facebook.

Nizar Menang Lagi, TV3 Diarahkan Bayar RM180,000

Mahkamah tolak rayuan TV3 bayar Nizar ganti rugi fitnah RM30k

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan kuantum yang diberikan oleh timbalan pendaftar dikurangkan daripada RM200,000 kepada RM180,000.