21 Mac 2017

Idris Sendiri Tak Patuh Arahan Presiden PAS....

Tutup pintu Pas-Bersatu: Ahli perlu akur pandangan pimpinan tertinggi

Pas menutup pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti baharu itu bersetuju menyertai Pakatan Harapan mesti diambil sebagai pandangan pemimpin tertinggi Pas, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

“Presiden mesti sudah ada pendirian dalam kepimpinan dia selaku Presiden parti. Kalau tidak apa guna jadi Presiden.

“Pandangan beliau kita kena ambil sebagai pandangan pimpinan tertinggi, nanti Presiden akan beri taklimat kepada kita (dan ahli akar umbi),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Titiwangsa kali ke 32 hari semalam.