13 Mac 2016

Hanya Yang Sokong Najib Akan Berkata Deklarasi Rakyat Itu Sia-sia

KOTA BHARU - Parti Amanah Rakyat (Amanah) bertegas, Deklarasi Rakyat yang disertai parti itu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bukan perkara sia-sia sebagaimana anggapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, gerakan dilakukan melibatkan negarawan, pelbagai NGO itu adalah sebagai isyarat jelas kepada pimpinan sekarang bahawa rakyat mahu melakukan perubahan, mengubah masa depan serta menyelamatkan negara.

UMNO Bersorak Gembira PAS Tubuh Pakatan Baharu

Pakatan baharu PAS matangkan politik negara, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.

Zahid yang juga naib presiden Umno, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.

"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua Umno Bahagian kepada kepimpinan Umno Cawangan 4 Peringkat Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang hari ini.