18 Feb 2010

Mustafa Ali Perlekeh Aduan Ahli

Pejabat agung PAS menolak aduan exco Pemudanya, Abdullah Karim yang mendakwa terdapat ahli parti itu terlibat dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" kerana tidak cukup merit.

“Bila saya lihat, beberapa perkara yang beliau sebut itu tidak tepat. Jadi tidak cukup meritlah hendak serah pada jawankuasa disiplin,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Jawatankuasa disiplin pun perlu lihat semua fakta, betul ke tidak. Kalau fakta itu sendiri sudah tidak tepat, jadi saya tidak serahlah (pada jawantakuasa itu).”

Abdullah - pemimpin paling lantang mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin PAS terhadap Khalid Samad dan Datuk Dr Hasan Ali pada 29 Januari - dilaporkan membayangkan jawatankuasa itu dan pejabut agung parti berat sebelah kerana memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu.

Dalam kenyataannya sehari selepas keputusan kontroversi itu, Abdullah berkata, aduannya sendiri kepada kedua-dua badan tersebut dipendamkan setelah dua bulan laporan dibuat.

Tindakan Abdullah itu juga menyebabkan berlaku tuding menuding di kalangan pemimpin parti itu yang mengambil pendirian berbeza – antaranya melibatkan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaaffar.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, pihaknya telah membuat semakan dengan pemberi maklumat asal dan pihak-pihak yang disebut dalam aduan Abdullah tersebut tetapi aduan tersebut “tidak kuat” dan “banyak khabar angin”.

“Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa.

Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.

Jumaat lalu, bekas pegawai kepada pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat aduan terbaru kepada bekas bosnya, Dr Hasan serta kepada timbalan mursyidul am Datuk Dr Haron Din dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Abdul Rahman yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS dilaporkan mendakwa, Dr Hasan dan Nasharuddin harus dibicarakan jawatankuasa disiplin kerana menggeluarkan kenyataan yang menjejaskan parti kepada penulis blog.

Manakala Dr Haron pula didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pandangan rasmi parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian jawatankuasa disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat jawankuasa pusat.

“PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.

Walaupun kedudukannya sebagai setiausaha agung dianggap kerusi panas ekoran kritikan demi kritikan yang disasarkan padanya kerana dipertanggungjawabkan menapis aduan terhadap jawankuasa disiplin, Mustafa masih kelihatan tenang dan sering berjenaka.

“Tidak payah mana. Tak banyak. (Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa ketika diminta ketika menjelaskan “betapa sukarnya menjadi setiausaha agung PAS”. -malaysiakini

Ulasan GB

(Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa

Demikian kisahnya sebuah parti Islam yang mempunyai Setiausaha Agong lantikan Presiden yang memperlekehkan aduan ahli-ahlinya.

Apabila dilakukan aduan dengan mengikut saluran yang betul, diperlekehkan. Apabila kita kritik dan minta penjelasan atau kritik melalui blog dan seumpamanya, kita dikatakan tidak mengikut saluran yang betul.

Apa yang GB dapat tahu, ramai ahli PAS yang dah meluat dengan cara dan karenah Setiausaha Agong yang baru ini.

Sudahlah satu ketika dahulu, golongan cendekiawan yang mengkritik parti diperlekehkan oleh "geng Terengganu" ini.

Kita tidak lagi mengadu kepada Pejabat Agung PAS selepas ini. Lebih afdhal kita mengadu kepadaNya .. hasbunallah

11 ulasan:

hussin berkata...

"Ikut $topa Ali (I$A)"

pisangmalaysia berkata...

Salam GB..
kalo begini gayanya memang agenda kerajaang perpaduang masih wujud lagi lah..mat salleh kata " jika anda tidak mengambil peduli akan pelanggan anda, orang lain akan peduli!"...gayanya dah nampak keputusan PRU13 nanti dek kerana ada su yg "terlalu prihatin"...

Jebon berkata...

Saluran dah tersumbat bro...

lemang berkata...

geng terengganu memang barua UMNO.
bermula dari kepala sampai ke ekor.

Tanpa Nama berkata...

Salam GB,
Ternyata pimpinan PAS (Perpaduang) tidak takut kepada kemurkaan rakyat. Mereka ingat rakyat bodoh. Mereka rasa tindakan tersebut tidak memberi kesan apa-apa pada parti. Mereka perlu sedar bahawa mereka harus belajar menangani kerenah ahli terlebih dahulu sebelum tiba waktunya diamanahkan melayani kerenah rakyat nanti. Saya rasa lebih baik ahli "buang" mereka daripada rakyat buang PAS pada PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, aku tau TGNA tidak maksum, dan terlebih lagi geng UG. Tapi perjuangan TGNA berlandaskan keputusan muktamar manakala geng UG masih merasa lebih syarie bersekongkol dgn UMNO. Ya Allah, salah satu jalan itu mesti kurang tepat buat masa ini dan dengan itu kami mohon Engkau beri pertunjuk. Kiranya perjuangan dua puak ini ada unsur2 yg bakal melemahkan perjuangan Islam, Engkau kuburkanlah yg lebih membawa mudhorat. Kami tidak pasti arah mana yg lebih baik, maka Engkau berilah kami petunjuk wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui. Amin

sb dehlawi berkata...

Memang sah, sejak saranan TGNA supaya adakan EGM, Balaci-balaci Umno dalam Pas=kumpulan UG= Pas tganu=kerajaang perpaduang ini amat terasa panas bontot bimbang visi mereka hancur. Pas sepatutnya dari dulu lagi kena adakan EGM, last ditukar kepada seminar khas. Inilah kerja munafik dalam Pas. sekarang puak2 UG bahalol ini mula mengaktifkan kembali misi mereka dengan memperkuda JK disiplin untuk menekan pemimpin pas yg menentang gagasan UG seperti khalid.

Geng Pas terengganu yg merupakan paksi kepada UG jelas tidak boleh sembunyikan lagi misi mereka kerana aduan daripada tokokh2 setia kepada pakatan rakyat dilubangjambankan. dan aku tunggu apa reaksi stopua anak ali tentang report tulang besi. tapi aku pasti aduan itu akan dideletekan begitu saja kerana tokoh terbabit adalah penjilat air liur basi kerajaan perpaduan.

Wahai blogger yag setia kepada PR aku minta perhebatkan lagi serangan terhadap puak2 yang tergila-gilakan jawatan menteri (UG). hancurkan mereka dan kalau boleh kumpulkan semua blogger pro PR dan buat satu memerandum, serahkan kepada TGNA@badan tertinggi Pas

Tanpa Nama berkata...

pemimpin yang berkalibar ramai dalam pas, singkirkan saja sampah dalam pas

sb dehlawi berkata...

Sekarang paksi UG@TKO menyerang habis-habisan blogger pro pakatan. Dia kata pro pakatan mahu jatuhkan kepimpinan ulama. bodoh punya artikel. kepimpinan ulama tak akan jatuh kerana badan tertingi pas@majlis syura kan dilantik. artikel bodoh daripada penulis TKO.

lah berkata...

PRU nanti mung kempen sendiri seorg2 le..gatong bdere,tepek posta, cula undi ,angkot org undi dllaing, baru bes gile..

mat peka berkata...

Mustafa Ali hanya seorang S/U Agong.Pejabat S/U Agong dijadikan "clearing house" saja dan S/U Agong tak ada kuasa untuk "terima" atau "tolak" surat-surat dan aduan-aduan dari ahli.Wajarnya Pengerusi JK Disiplin yang tepat utuk membuat sebarang "keputusan" bukan S/U Agong.Sama ada kes-kes itu ada merit atau tidak bukan sepatutnya dibuat oleh Mustafa Ali.Memperlekehkan aduan-aduan dari ahli menunjukkan sifat angkuh dan bodoh-sombong Mustafa Ali.Pada muktamar yang akan datang diPutik,Kelantan bulan depan,sudah sampai masanya perwakilan membuat satu resolusi tergempar meminta Presiden menukar S/U Agong(Mustafa Ali) dengan orang lain.S/U Agong adalah lantikan Presiden,tak perlu tunggu muktamar tahun depan untuk menukarkan Mustafa Ali yang sombong,angkoh dan Godfather kepada Geng UG Trengganu ni.Perwakilan wajar mendesak Presiden membersihkan Ibu Pejabat PAS dari Geng UG Trengganu -khususnya yang dilantik oleh Presiden.Mereka bukan dilantik oleh perwakilan dan yang dilantik oleh perwakilan oleh dilakukan tahun depan.