20 Mac 2013

Agbimuddin Kiram, Ketua Penceroboh Adalah Rakyat Malaysia, Bekas Kakitangan Kerajaan


Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

“Perkara ini membuktikan ‘Projek IC’ jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas Rafizi.


Klik untuk besarkan

Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia.

Rafizi juga dalam sidang media itu menegaskan berdasarkan pertemuan PKR dengan penduduk tempatan di Lahad Datu, mereka mengenali Agbimuddin.

“Ramai orang Kudat kenal dia (Agbimuddin),” kata Rafizi, yang tidak menolak tugas Agbimuddin ketika itu banyak memerlukannya menemui penduduk tempatan.

Sehubungan itu, beliau juga turut menuntut Najib untuk mengemukakan dengan jelas jumlah penceroboh tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, dan menerima kad pengenalan biru.

“Dengan maklumat ini, Najib tidak lagi boleh bersembunyi di sebalim alasan keselamatan nasional untuk mengelak menjawab soalan yang berlegar di pemikiran rakyat,” katanya.

Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh militan Sulu yang mendakwa mereka adalah “Tentera Kesultanan Sulu” telah memasuki bulan kedua dan mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, dua anggota tentera dan baki lapan adalah anggota polis.

Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 juga akan didakwa di Lahad Datu hari ini.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat mengesahkan perkara itu pagi tadi.

Beliau berkata mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi tadi.

Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.

Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ.

Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari.

Malah, turut difahamkan, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini. -TMI


Arkib buktikan Ketua Penceroboh Sulu sebenarnya rakyat Malaysia


KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.

“Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara,” katanya.

Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN.
-KD

Ada "Pasar Malam Bangladesh" Di Melaka


Pasar malam Bangladesh’ bakal ulangi pencerobohan Lahad Datu

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah patut dijadikan pengajaran supaya kerajaan tidak sewenang-wenangya memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing.

Demikian Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin mengulas isu ‘pasar malam Bangladesh’ di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang dipenuhi peniaga warga asing tersebut.

“Semua ini berlaku kerana kerajaan sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan warga asing. Disebabkan itu mereka berani berbuat apa sahaja. Kita juga tidak menolak kemungkinan mereka turut memiliki IC.

“Sepatutnya kerajaan mengambil iktibar apa yang berlaku di Lahad Datu. Tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat Bangladesh pula mendakwa tanah di kawasan itu milik mereka dan berani bertindak sesuka hati,”
kata Shamsul ketika dihubungi.

Pasar malam Bangladesh itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Melaka membuat serbuan ke lokasi itu.

Mereka mendapati warga asing terlibat mengadakan aktiviti perniagaan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 19 hingga 42 tahun.

Ia melibatkan 17 warga Indonesia, Bangladesh (sembilan), Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Palestin (satu).

Justeru, Shamsul menggesa kerajaan tidak terlepas pandang dan bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab memberi IC kepada Pati.

“Mereka akan keluar mengundi jika ada IC. Jika kita bertanggungjawab, jangan sesekali benarkan mereka pilih pentadbir negara.

“KEADILAN sendiri akan membuat pemantauan untuk melihat sejauhmana warga asing itu menjalankan kehidupan mereka sama ada memiliki IC atau tidak,” ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu.

Parlimen Tak Bubar Lagi, Tapi Sudah Hampir


PMO: Khabar angin Parlimen bubar hari ini tak benar

Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.

Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.

Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

(Tetapi) Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (pernah) pada 12 Februari 2008 menafikan akan membubarkan parlimen.

Beliau bagaimanapun secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, keesokan harinya. -mk

Ulasan GB

Jika tiada angin masakan pokok bergoyang...

Mungkin juga apoa yang berlaku di zaman Pak Lah dulu berulang semula.

Hari ini dinafikan parlimen bubar, tiba-tiba esoknya betul-betul bubar.

Dan esok sepatutnya DUN Johor terbubar sendiri.


Tak mengapa, lagi lambat parlimen bubar lagi merudum geraf Najib dan UMNO BN.

[VIDEO] Pakatan Mahu Najib Jawab Isu Video Keluarga Taib Mahmud


Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam isu ini.

"Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.

"Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, perkara itu adalah serius memandangkan badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan jumlah dana yang dikumpulkan oleh Taib serta keluarganya.

"Najib tidak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri terutamanya selepas beliau mendiamkan diri berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

"Ini adalah isu yang akan membuatkan pihak pembangkang akan terus ketengahkan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula membidas kerana Najib tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri 2011.

"Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal mengotakan janji.

"Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada perdana menteri termasuk bekas perdana menteri yang pernah perintah negara selama 22 tahun," katanya. -SH


Video dakwa dedah salahguna lesen oleh keluarga Taib


Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

Video itu telah direkodkan secara tersembunyi oleh seorang penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.

Penyiasat itu telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.

Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di lamanwebnya. -mk
-mk




Papagomo Dedahkan Dirinya Dan Partinya "Syaitan Dikenali"


Papa Gomo pula mahu Anwar tarik balik kes

Enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, pemblog Papa Gomo sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Beliau juga memberi tempoh sama kepada Anwar iaitu 48 jam supaya pemimpin itu menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu.

Menurut Papa Gomo, apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin. -SH

Ulasan GB

Petikan:

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya,"

Apa benda papagomo? Dedahkan kebenaran dengan mencipta video fitnah?

Ketara sangat beliau ini "syaitan dikenali" sepertimana ungkapan yang pernah dikeluarkan oleh idolanya sendiri Tun Dr Mahathir.

Tidak menghairankan sikap dajjal papagomo itu, kerana beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin UMNO (sila rujuk gambar di bawah ini) malah dengan PDRM sendiri sehinggakan sampai ketika ini polis lansung tidak bertindak ke atasnya.


GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

Sabotaj? Bangla Yang Pasang? Apa-apa Pun Ia Petanda UMNO BN Dah Nak Terlingkup!


Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuang dan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Sebagai Pusat Khidmat Masyarakat sudah pasti pusat ini sentiasa saja ada kakitangan bertugas melainkan sekadar wujud pusat tetapi tiada penghuni.

Masakan tidak nampak bagaimana bendera lambang dacing, bendera dan lambang kebanggaan dan kemegahan para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN dipasang terbalik.

Atau adakah disengajakan pasang terbalik sebagai tanda yang UMNO/BN bakal terlingkup di PRU 13 nanti atau para petugas dan kakitangan Pusat Khidmat ini mengharapkan agar UMNO/BN terlingkup? -omakkau

p/s atau apakah ini kes upah Bangla pasang bendera? Di bawah ini di lokasi yang lain, iaitu di Chemor Perak, bangla diupah pasang bendera BN. Saksikan: