18 Feb 2010

Bantahan AS, Australia Tidak Bercanggah Dengan Amalan Demokrasi Berparlimen

Tindakan Lebih 50 Ahli Parlimen Australia meminta pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Anwar Seri Ibrahim digugurkan, tidak menyalahi menyalahi amalan demokrasi berparlimen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lau Weng San menyamakan tindakan Australia itu dengan protes kerajaan Malaysia terhadap kemelut politik di Myanmar, walaupun negara ini tidak mengamal dasar campur tangan.

"Malaysia pernah menubuhkan Kokus Parlimen Parlimen bagi menyatakan pendirian dan gesaan terhadap pergolakan politik Myanmar yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi serantau.

"Apakah ia juga satu bentuk campur tangan?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini, yang menyelar Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak memahami sistem demokrasi berparlimen.

Beliau menyifatkan demontrasi anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan (NGO) depan kedutaan Australia, semalam, menunjukkan kejahilan mereka terhadap fungsi demokrasi berparlimen amalan negara-negara komanwel termasuk Malaysia dan Australia.

Secara terperinci, Weng San berkata, Jawatankuasa Parlimen (Parliament Select Committee) adalah jawatankuasa yang ditubuh dan dianggotai Ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, ia berfungsi sebagai satu cabang memantau dasar dan pelaksanaan dasar oleh badan eksekutif selaras dengan semangat pengasingan kuasa antara legislatif (parlimen), eksekutif (pentadbiran) dan judisiari (kehakiman).

"Dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, parlimennya ada berpuluh-puluh jawatankuasa sebegini. Berdasarkan prinsip ini, Jawatankuasa Pilihan Hal Ehwal Luar Negara ditubuhkan Parlimen dan tugas mereka menilai dan menegur dasar luar negeri.

"Apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen dari Australia dan Amerika Syarikat ini adalah tugas mereka sebagai Ahli dan Pengerusi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas/Kecil Parlimen mereka mengenai hal ehwal luar negeri," katanya.

Malangnya, beliau berkata, Malaysia yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan mewarisi tradisi parlimen ala-Westminster, jarang-jarang menubuhkan jawatankuasa pilihan khas untuk memantau hal ehwal pentadbiran kerajaan.

Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negeri untuk Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat mendesak pertuduhan terhadap Anwar digugurkan, kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry pula mahu perbicaraan itu dijalankan dengan adil dan saksama. -TVS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita sokong kerana keadilan sudah berkubur dalam sistem pemerintahan negara

Tanpa Nama berkata...

Maklumat kini akan terdedah di seluruh dunia.