6 Mac 2010

1) Husam Cabar Mustapa Bersumpah. 2) TGNA Telah Dibenarkan Pulang

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa menolak dakwaan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang terus mempertahankan pendirian hanya wang ihsan menjadi hak Kelantan berasaskan undang-undang, sambil mencabar beliau agar bersumpah.

Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husein merupakan dua pemimpin Umno yang begitu menonjol dalam isu royalti apabila terus-menerus menjadi sasaran serangan pemimpin kerajaan negeri ekoran dikatakan penghalang kepada bayaran royalti

Mustapa dan Awang Adek adalah anak kelahiran Kelantan.

“Jika benar apa yang dipertahankan mereka itu berasaskan undang-undang, dan sama-sekali tidak berniat menafikan hak rakyat, dan tidak juga kerana kepentingan politik, saya cabar Datuk Pa (Mustapa) bersumpah dengan nama Allah.

“Semua rakyat barangkali merasai wajar kalau sumpah itu dibuat memandangkan royalti itu adalah milik sejuta lebih rakyat Kelantan.

“Sekurang-kurangnya sejuta lebih rakyat Kelantan itu hendak lihat sendiri kebenaran menteri berkenaan,” kata beliau pada majlis Penutupan Diskusi Semasa Royalti Petroleum Dari Perspektif Undang-undang.

Diskusi anjuran Urusetia Kerajaan Negeri dengan kerjasama Muslimat Legal Team dan gabungan badan NGO itu diadakan di dewan Balai Islam Lundang dekat sini.

Akhir bulan lalu satu taklimat hampir sama berhubung isu berkenaan disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas kepada exco kerajaan negeri.

Awal minggu ini Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan usul untuk membawa pertikaian itu ke mahkamah.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadhli Ashaari memaklumkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun dibenar pulang hari ini selepas dimasukkan ke hospital dua hari lepas.

Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM) selepas mengadu sakit dada Rabu lepas. -MI

Zulkifli Tak Tahu Malu, Ingin Kekal Sebagi MP Walau Didesak Kosongkan Kerusi

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun tegasnya, Umno dan komponen Barisan Nasional bukan pilihanya.

"Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPPPKR) yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat dari parti.

"Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 September 1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.

"Keputusan hari ini jelas membuktikan bahawa parti sudah dikuasai sepenuhnya oleh 'firaun-firaun kecil' yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Ini juga membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebelum itu mengesahkan pemecatan berkenaan selepas keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan MPPPKR yang diadakan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Sementara itu, Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

"Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya.

"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kini menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti.

"Saya berharap mereka akan menghentikan serta-merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih," ujarnya.

Beliau meminta pihak-pihak tertentu jangan mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap membuka segala-galanya dan mendedahkan semua keburukan mereka. -MSTAR

Ulasan GB

Muka tak tahu malu ZulKulim ni:

1) Beliau menyatakan: beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti

Sedangkan yang sebenarnya pengundi memilih parti bukan Zulkifli.

2) Beliau menyatakan: tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Sedangkan PAS sentiasa memperjuangkan Islam hanya Zulkifli yang buta hati tak dapat melihat kebenaran itu. PAS pernah pecat Presidennya sendiri Datuk Asri apabila Asri lari dari memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya memperjuangkan "kebangsaan".

3) Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

Sedangkan beliau telah dengan angkuh berjalan keluar dari Lembaga Disiplin PKR dengan alasan anggotanya tidak beragama Islam sedangkan beliau dihadapkan ke lembaga disiplin bukan kerana kalimah Allah.

KEADILAN Lucut Keaggotaan Zulkifli Noordin

Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat selama lebih empat jam hari ini mengambil keputusan memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail yang membuat pengumuman selepas mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya, keputusan yang diambil olh anggota Lembaga Disiplin adalah sebulat suara.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat sebulat suara mengambil keputusan mengesahkan dan memperakui cadangan Lembaga Disiplin parti.

"Parti akan memaklumkan kepada Zulkifli keputusan MPP melalui surat berdaftar, emel dan juga faks pada hari Isnin depan," kata Saifuddin.

Ahli Parlimen Machang itu berkata keputusan tegas itu diambil ekoran tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan kandungan wawancara beliau dengan sebuah stesen televisyen swasta yang dianggap telah melanggar disiplin secara serius.

"Lembaga Disiplin berdepan dengan pertuduhan terhadap Zulkifli dan telah melihat merit serta fakta yang telah dipertimbangkan secara teliti dan keputusan ini diambil dalam kerangka Perkara 27 Perlembagaan KEADILAN.

Ditanya samada KEADILAN bimbang jumlah Ahli Parlimen parti akan berkurang kepada kini 27 orang Saifuddin berkata parti meletakkan kepentingan menjaga nama baik parti serta amanah dan kepercayaan 500,000 ahli parti lebih daripada mengekalkan Zulkifli sebagai ahli KEADILAN.

"Jika itulah tindakan yang terpaksa diambil oleh parti untuk menjaga imej, nama baik dan amanah rakyat serta ahli KEADILAN maka itulah harga yang kita terpaksa bayar," tegas beliau.

Beliau berkata pemecatan Zulkifli tidak ada kena mengena langsung dengan isu kalimah Allah yang oleh laungkan oleh Ahli Parlimen berusia 46 tahun itu.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali, Naib-Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub dan R. Sivarasa serta Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Naib Presiden KEADILAN Mustafa Kamil berkata tindakan sebulat suara MPP menunjukkan sikap serius KEADILAN dalam menjaga disiplin parti sambil menyeru ahli parti supaya sentiasa menjaga nama baik dan memberi apa-apa pandangan terhadap parti melalui saluran yang sopan dan tertib.

"Zul masih ada peluang untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini sekiranya beliau masih berminat untuk meneruskan perjuangan dalam KEADILAN," kata beliau

Mengulas perkara yang sama Ketua Wanita berkata keptusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin adalah satu tindakan yang tepat.

"Parti ini bertindak atas prinsip demokrasi dan amanah rakyat maka pemecatan ini adalah wajar.

Sehubungan pada sidang akhbar yang sama Saifuddin berkata mesyuarat MPP hari ini juga membincangkan persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak pada bila-bila masa kini.

"Mesyuarat juga membincangkan mengenai DVD berhubung fatwa terbaru ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi untuk menyanggah Konspirasi 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia akan dilancarkan malam esok pada sambutan ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru," terang beliau lagi.

Berikutan tindakan keluar parti oleh tiga Ahli Parlimen KEADILAN dan terbaru pemecatan Zulkifli, parti telah memutuskan Datuk Seri Anwar menjaga kebajikan rakyat di Parlimen Nibong Tebal sementara Yusmadi Yusuf, Ahli Parlimen Balik Pulau menjaga Bayan Baru.

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan pula ditugaskan menjaga Kulim-Bandar Baharu manakala Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye menjaga Bagan Serai.
-SK



PRK Untuk Parlimen Kulim-Bandar Baharu Jika Zul Kosongkan Kerusi

Parti Keadilan Rkyat hari ini memutuskan untuk memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, wakil rakyat pertama parti itu dipecat atas masalah disiplin.

Keputusan diambil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sehari selepas menerima syor daripad lembaga disiplin.

Kini Zulkifli adalah wakil Bebas, namun beliau berkemungkinan akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya kerana tidak mahu dikatakan menjadi katak melompat.

Sekalipun beliau sebelum ini adalah ahli PAS, dan akan cuba untuk menyertai PAS semula selepas dipecat dari PKR, PAS dipercayai tidak akan dapat menerimanya demi untuk menjaga keutuhan Pakatan Rakyat dengan menghormati keputusan rakan komponen PR yang telah memecatnya. Sekalipun ada segelintir ahli PAS terutama kumpulan yang tidak suka Khalid Samad dan mereka yang menyokong gagasan UG sebelum ini telah menunjukkan sokongan kepada tindakan Zulkifli namun, bilangan mereka tidak ramai.

Jalan terbuka bagi Zul kini ialah DAP atau UMNO yang mana sudah pasti tidak mungkin kerana kedua-duanya telah dihentamnya habis-habisan sebelum ini.

Demi menyelamatkan maruahnya yang telah tercalar teruk maka langkah terakhir ialah mengosongkan kerusinya.

Di dalam pilihanraya umum 2008 Zulkifli Noordin mengalahkan Dato Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 5583 undi. PKR mendapat 22255 manakal BN mendapat 16672.


Jika benar pilihanraya berlaku, maka ia menjadi kayuukur terhadap kedua-dua pihak, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional samada pengaruh masing-masing telah merosot atau sebaliknya ekora beberapa isu yang melanda parti-parti berkenaan.

Zulkifli Noordin Dipecat Dari PKR

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. -malaysiakini

Ulasan GB

Tahniah PKR!

BN Semakin Parah, 1,400 Ahli PPP Kuala Langat Ucap Selamat Tinggal Kepada BN

Seramai 1,400 ahli Parti Progresif penduduk di seluruh Parlimen Kuala Langat membuat keputusan meninggalkan parti itu secara beramai-ramai dan menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional.

Langkah itu mengakibatkan kesemua 17 cawangan PPP di Kuala Langat terpaksa dibubarkan.

Penyertaan itu diketuai Timbalan Pengerusi Bahagian PPP Kuala Langat Muniandy Alagamalai, dua Naib Pengerusinya B.

Balasubramaniam dan S. Sellasamy, Setiausaha Bahagian Radha Krishnan Nallusamy, Bendahari G.Anbalagan, Ketua Pemuda S. Joseph dan Ketua Wanita P.Palasakty.

Kepimpinan bekas PPP Kuala Langat menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid dalam satu majlis ringkas dua hari lalu.

Abdullah Sani berkata kemasukan beramai-ramai ahli PPP terbabit menangkis dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyatakan bahawa KEADILAN "bakal gulung tikar" dengan isu beberapa Ahli Parlimennya yang berpaling tadah."Ini menunjukkan kemelut kepimpinan dalam Barisan Nasional dengan menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli PPP untuk menyertai KEADILAN kerana mereka yakin Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membela nasib rakyat dan keprihatinan mereka terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Abdullah Sani keputusan tersebut juga membuktikan bahawa ahli PPP terbabit telah hilang kepercayaan terhadap BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata tindakan itu membuktikan bahawa isu lompat parti yang berlaku dalam KEADILAN baru-baru ini tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap KEADILAN malahan sebaliknya berlaku.

"Tindakan ini menangkis kenyataan Rais Yatim dan saya ingin memberi mesej kepada beliau bahawa dua atau tiga ahli KEADILAN keluar parti, 2,000 atau 3,000 lagi akan masuk ke dalam parti ini," tegasnya.

Setiausaha PPP Kuala Langat, Radha Krishnan ketika dihubungi berkata beliau bersama ahli-ahli PPP terbabit membuat keputusan itu kerana prestasi yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami telah mengikuti perkembangan Pakatan Rakyat di Selangor selama setahun lebih dan kami melihat perkembangan yang sangat bagus yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat,"ujarnya.

Menurutnya ahli PPP turut hilang kepercayaan terhadap parti itu yang kononnya parti pelbagai kaum, tetapi meminggirkan kaum India.

"Barisan Nasional gagal menunaikan janji untuk membantu masyarakat India di Kuala Langat terutama dalam isu melibatkan peneroka India di Pulau Carey yang tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri terdahulu. Ia bukan hanya melibatkan orang India, tetapi juga masyarakat kaum asli,"katanya.

Katanya ahli PPP merasa kecewa dengan parti itu dalam pelbagai isu kepimpinan dalam Barisan Nasional, isu sekolah dan bahasa Tamil serta isu jawatan kerajaan yang tidak dibuka penyertaan kepada masyarakat India. -SK

SPR Mula Kerja Awal Persempadanan Semula

Ketika Barisan Nasional (BN) sibuk membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi memperoleh 2/3 majoriti parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula sudah memulakan kerja awal sebagai persediaan membuat persempadanan semula.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, pejabat-pejabat pilihan raya negeri sudah mula mengumpul data yang boleh membantu urusan kajian semula sempadan piliha raya.

“Kerja awal ini berkaitan dengan aspek pertumbuhan pembangunan, kemajuan infrastruktur, peningkatkan penduduk dan pergerakan penduduk dan sebagainya... yang akan membantu SPR dalam menentukan sama ada perlu dijalankan kajian ataupun sebaliknya,” katanya kepada Malaysian Insider.

Kali terakhir urusan persempadanan bahagian pilihan raya dijalankan adalah pada 2003 di mana ia menambah kerusi Dewan Rakyat kepada 222 dan diguna pakai dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Lazimnya sempadan bahagian pilihan raya semasa akan digunakan dalam dua kali pilihan raya.

Wan Ahmad berkata, keputusan mengenai kajian itu bagaimanapun hanya dibuat atau sebaliknya selepas tempoh lat lapan tahun berakhir Mac 2011.

Beliau turut mengakui persempadanan semula bahagian pilihan raya khususnya sebarang pertambahan kerusi
memerlukan sokongan dua pertiga di Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

Wan Ahmad berkata, SPR perlu memaklumkan kepada Parlimen, mengenai syor mereka sama ada perlu menjalankan kajian semula persempadanan semula pilihan raya ataupun sebaliknya.

“Sama ada hendak buat kajian atau pun, kita kena maklum kepada perdana menteri, kemudian kepada Kabinet dan Parlimen... juga kepada Dewan-dewan Undangan Negeri.

“Jika mahu kekal dengan sempadan semasa (dengan bilangan kerusi semasa) tanpa melibatkan apa-apa kajian, SPR kena maklumkan kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Tarikh cadangan persempadanan semula itu boleh bermula bila-bila masa selepas lat lapan tahun berakhir Mac 2011.

“Kita belum lagi bercakap apa-apa mengenai urusan persempadanan, masih terlalu awal sebab lat lapan tahun
sempadan bahagian pilihan raya semasa hanya akan berakhir Mac 2011.

“Sama ada hendak membuat kajian semula ataupun tidak, ia hanya akan diputuskan selepas lat lapan tahun berakhir. Kita akan adakan mesyuarat selepas Mac 2011.

“Jika SPR memutuskan untuk membuat kajian semula bahagian pilihan raya, maka urusan ini mesti siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh cadangan persempadanan semula dipamerkan,” kata beliau. -TVS



MCA Di Ambang Era Kegelapan, BN Semakin Tidak Relevan

Kemelut MCA yang semakin memuncak dengan perletakan jawatan dua pertiga ahli jawatankuasa pusat MCA semalam memberi petanda bahawa parti itu kini berada di ambang era kegelapan.

Pengarah Strategi KEADILAN Tian Chua berkata perkara itu jelas berikutan kegagalan hala tuju MCA menyelesaikan konflik kepimpinan dalamannya yang melanda sejak tahun lalu.

Beliau berkata kemelut ini juga menguatkan lagi indikasi MCA kini kehilangan sokongan majoriti masyarakat Cina dan harapan untuk meraih semula sokongan juga semakin pudar.

"MCA kini semakin tidak relevan dengan prinsip perjuangan asalnya untuk kepentingan masyarakat Cina.

"Perbalahan tiga penjuru antara Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk mencipta semula imej MCA dalam usaha meraih sokongan masyarakat Cina juga nampaknya gagal, malah bertambah buruk," kata Ahli Parlimen Batu itu ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau juga berkata cubaan Barisan Nasional untuk menyembunyikan keretakan dalam parti komponennya sendiri dengan mengalih tumpuan rakyat dan mengganggu pendirian pemimpin Pakatan Rakyat kebelakangan ini juga nampaknya gagal apabila konflik dalaman krisis MCA itu kini tidak boleh disembunyikan lagi.

"Walaupun BN cuba memanipulasi kelemahan pemimpin Pakatan Rakyat yang bermasalah dan kurang berkualiti dengan mencipta keadaan seolah-olah kita mengalami krisis, tapi sebaliknya yang berlaku seperti kita lihat perpecahan yang dialami antara parti komponen BN itu yang kini lebih parah dan sokongan rakyat sudah beralih kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Ditanya jika krisis MCA ini ada kaitan dengan cubaan Umno-BN untuk menyingkirkan Tee Keat yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Tian Chua berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana perletakan jawatan itu sengaja diwujudkan untuk mengaburi mata rakyat dengan kaitan Presiden MCA itu dalam skandal tersebut.

"Perletakan jawatan 21 ahli jawatankuasa pusat yang memaksa proses pemilihan baru kepimpinan parti itu diadakan semula berkemungkinan daripada gesaan pemimpin tertinggi BN yang tidak mahu Tee Keat memburukkan lagi imej parti dengan skandal PKFZ yang kini sudah menjadi kes mahkamah," jelas beliau.

Terdahulu Dr Chua mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MCA di ibu pejabat parti bersama tujuh ahli jawatankuasa pusat termasuk Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Tan Chai Ho, Loh Seng Kok, Datuk Chong Itt Chew, Datuk Gan Tian Loo, Tee Siew Keong dan Por Choo Chor.

Keadaan ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada Presiden untuk mengadakan pemilihan baru kepemimpinan parti dalam tempoh sebulan.

13 anggota jawatankuasa pusat yang diketuai Tiong Lai turut berbuat demikian pada Disember tahun lalu menjadikan jumlah sekarang 21 orang yang telah meletak jawatan atau dua pertiga daripada ahli jawatankuasa pusat yang dipilih untuk memaksa pemilihan baru diadakan. -SK

Saifuddin kepada Zulkifli: Malu anda dakwa diri berjuang untuk Islam!

Itu berbohong namanya!..." Akhirnya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri, melihat kerenah Zulkifli Noordin sejak kebelakangan ini.

Malah, "imej Islam" Zulkifli Noordin menerima tamparan sengit daripada sahabatnya ini, apabila Saifuddin (gambar kiri) menekankan bahawa berbohong itu bukanlah perbuatan muslim yang baik, setelah menyangkal tuduhan Zulkifli terhadap PKR.

Saifuddin Nasution menyandang jawatan Setiausaha Agung PKR secara rasminya mulai 1 Februari 2010, menggantikan Salehuddin Hashim yang meletak jawatan dan melangkah keluar parti. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas isu Zulkifli Noordin dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di ibu pejabat PKR, hari ini.

"Sungguh memalukan!"

Mengimbas kronologi kes ini, Saifuddin berkata, beliau selaku Setiausaha Agung telah menghantar surat kepada Zulkifli pada 1 Februari tahun ini, disusuli surat daripada Lembaga Disiplin PKR pada 8 Februari. Zulkifli diminta untuk menghadap Lembaga Disiplin pada 18 Februari, dan membalas surat ini dalam lima hari.

Dengan kata lain, Zulkifli Noordin (gambar kanan) perlu menjawab selewat-lewatnya pada 13 Februari, untuk memilih sama ada menghadap pada 18 atau 23 Februari, katanya.

"Dalam masa lima hari tak jawab surat. Tapi muncul pada 17 haribulan, sehari sebelum berlepas ke Korea. Kemudian, (Zulkifli berkata) 'saya pergi ke Korea kerana dihantar oleh parti. Parti tahu saya tak ada dalam negara tapi parti tetapkan tarikh'..."

Saifuddin bersambung, "Itu berbohong namanya! It's a great lie! Great lie bukannya seorang good muslim. Parti tidak menghantarnya ke Korea. Dia sendiri memilih untuk pergi ke Korea. Beza tu!"


Setiausaha Agung ini menjelaskan, seandainya Zulkifli menerima surat berbunyi "...'Saudara dengan ini dihantar oleh parti untuk menghadiri satu persidangan di Korea'. Tandatangan oleh Setiausaha Agung atau Presiden. Yes, anda boleh dakwa anda dihantar. Ini tidak. Pertubuhan Korea hantar email kepada semua ahli parlimen. Siapa nak pergi Korea, tambang pergi balik bayar sendiri; hotel, pengangkutan, makan minum di sana, organisasi itu akan bayar."

"Saya pun dapat (email itu). Saya memilih untuk tidak pergi. Kawan-kawan saya ada yang pergi. Zul (Zulkifli) memilih untuk pergi. Itu bukan dihantar oleh parti," katanya.


"Nampak? Kamu (Zulkifli) tak jawab dalam masa lima hari, satu bab. Kamu hanya hantar beberapa jam sebelum anda hendak berlepas. Kamu buat PC (sidang media), kamu kata 'parti tahu tapi parti hantar. Parti ada niat jahat untuk bertindak'..."

Lantas beliau bersambung, "Bohong! Dan kamu dakwa kamu berjuang untuk muslim dan Islam? It's a great shame! Saya beritahu kamu. Tetapi bolehkah saya dedahkan semua ni kepada media? Tidak, saya pilih untuk mendiam diri."

Bukan dihukum kerana berbeza pendapat

Saifuddin yang tercabar kesabarannya, dengan tegas menafikan bahawa tindakan diambil kerana ahli parlimen Kulim Bandar Baharu itu berbeza pendapat dengan pendirian rasmi PKR. Justeru itu, beliau menolak tuntutan Zulkifli untuk diadili anggota Lembaga Disiplin yang beragama Islam.

"Kita tak hukum dia kerana perbezaan pendapatnya dengan parti, tetapi the moment kamu (Zulkifli) buat laporan polis ke atas parti sahabat, itu menjejaskan kerjasama pakatan, then you already cross that red line, and we take action against you on that (kamu telah melewati batas dan kami mengambil tindakan terhadap kamu kerana itu). Itu saja." jelasnya.

Saifuddin Nasution, juga ahli parlimen Machang, Kelantan berkali-kali menegaskan bahawa isunya bukan pengunaan kalimah "Allah", tetapi laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli terhadap Khalid Samadahli parlimen Shah Alam dari PAS. Khalid Samad adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling lantang untuk menyatakan pendirian bahawa kalimah "Allah" boleh digunakan oleh bukan Islam.

Disiplin parti: PKR diasak pelbagai pihak

Walau bagaimanapun, pertikaian penggunaan kalimah "Allah" ini bukanlah kontroversial pertama yang dicungkil oleh Zulkifli Noordin. Beliau menjadi tumpuan media kerana tindakannya "menceroboh" ke dalam satu forum agama anjuran Majlis Peguam Negara pada Ogos 2008, yang menurutnya, bersikap anti-Islam.

PKR telah didesak untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli Noordin, memandangkan tingkahlakunya itu telah melanggar fasal 5.4 dalam perlembagaan PKR sendiri, iaitu "menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua."

Ketika membincangkan isu disiplin, Saifuddin berkata, "Parti politik ini satu organisasi politik. Organisasi politik ini, bukan semua boleh kita selesai ikut buku. Bukan semua kita boleh selesai dengan perlembagaan. Dia ada proses timbang-taranya. Negotiation-nya (perundingannya). We don't simply take action without go into due process."

"Ada sesetengah kes yang berlaku, kita fikir bukan masa untuk kita impose disiplin yang dalam buku, misalnya. So, apa prosesnya?" Setiausaha Agung PKR ini menjelaskan bagaimana seseorang individu dipanggil, ditegur, dipujuk untuk mengubah pendekatan jika dianggap keterlaluan, dan berbincang melalui saluran dalam parti.

"Ini saya panggil proses, kerana kita mengendalikan satu organisasi politik." Setelah proses ini dilalui, sambil merujuk kepada kes Zulkifli Noordin, "...Sampai satu batas, enough is enough (cukuplah). Kamu telah melangkaui batas. Jadi kami panggil dia. Walaupun begitu, kita masih beri dia due process (proses rayuan mengikut saluran undang-undang)."

Buku bukan satu-satunya penyelesaian

Jelas, Saifuddin amat menyedari harga yang dibayar PKR untuk memberi laluan kepada proses ini. Setelah mengulas kes Zulkifli, beliau berkata, "Mengendalikan satu parti politik, buku (perlembagaan) sebagai panduan. Tetapi buku bukan satu-satunya penyelesaian. Sebab itu, proses berbincang, memberi nasihat itu berlaku. Kerana proses itu dilakukanlah, maka kita diasak di luar sana tak ada prinsip, berlengah-lengah...semua tu."

Beliau bersambung, "Sekarang kita ambil tindakan. Bukan kerana tekanan di luar, tidak. Kerana kita dah melalui semua proses tapi hasilnya tidak memuaskan, misalnya. Dan ini terus berjalan dan berlaku lagi (kesilapan yang sama diulangi)."

Dalam wawancara lebih daripada satu jam ini, Saifuddin menafikan bahawa pendirian rasmi PKR kesemuanya ditentukan oleh Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim secara berseorangan. Ruang perbincangan dibuka dan semua pendapat diambil kira. Untuk Saifuddin, seseorang anggota parti harus mengakur kepada pendirian parti setelah perbincangan dilalui.

"(Ini namanya)...Disiplin organisasi. Dalam PAS kita panggil disiplin jemaah. Disiplin harakah. Kalau kamu tidak bersedia untuk diikat dengan keputusan parti, lebih baik kamu buat keputusan untuk bersama kami, atau tidak lagi bersama kami," dengan cermat Saifuddin Nasution menyampaikan mesejnya.

(Bahagian pertama, bersambung)

*Temuramah bersama Saifuddin Nasution Ismail ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview.

Najib Kemaruk Nak Dapatkan 2/3 Majoriti Untuk Mudahkan Persempadanan Semula

Di sebalik tindakan tiga Ahli Parlimen PKR menjadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui persempadanan semula bahagian pilihan raya khususnya sebarang pertambahan kerusi memerlukan sokongan dua pertiga di Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

Sehubungan itu SPR menjelaskan, pihaknya belum lagi memikirkan soal berkaitan dengan urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya yang tempoh lat lapan tahun semasa hanya akan berakhir Mac 2011.

Mengambil kira tempoh tersebut, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya akan membuat keputusan sama ada perlu dilakukan kajian semula ataupun sebaliknya apabila berakhirnya lat lapan tahun sempadan semasa.

“Kita belum lagi bercakap apa-apa mengenai urusan persempadanan, masih terlalu awal sebab lat lapan tahun sempadan bahagian pilihan raya semasa hanya akan berakhir Mac 2011.

“Sama ada hendak membuat kajian semula ataupun tidak, ia hanya akan diputuskan selepas lat lapan tahun berakhir. Kita akan adakan mesyuarat selepas Mac 2011.

“Jika SPR memutuskan untuk membuat kajian semula bahagian pilihan raya, maka urusan ini mesti siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh cadangan persempadanan semula dipamerkan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Wan Ahmad memberitahu pejabat-pejabat pilihan raya negeri sudah pun memulakan kerja-kerja awal mengumpul data yang boleh membantu urusan kajian semula sempadan pilihan raya jika mahu dijalankan kelak.

“Kerja awal ini berkaitan dengan aspek pertumbuhan pembangunan, kemajuan infrastruktur, peningkatkan penduduk dan pergerakan penduduk dan sebagainya... yang akan membantu SPR dalam menentukan sama ada perlu dijalankan kajian ataupun sebaliknya,” katanya.

Kali terakhir urusan persempadanan bahagian pilihan raya siap dijalankan adalah pada 2003 di mana ia menambah kerusi Dewan Rakyat kepada 222 dan diguna pakai dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Urusan itu dimulakan pada 2002 dan diwartawakan dua tahun kemudian.

Berdasarkan pengalaman pilihan raya lalu, lazimnya sempadan bahagian pilihan raya semasa akan digunakan dalam dua kali pilihan raya.

Justeru, pemerhati melihat kemungkinan akan ada persempadanan semula kali ini tetapi sama ada ia akan digunakan ataupun sebaliknya bergantung pada bila kerajaan memanggil pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri kecuali Sarawak akan berakhir pada Mei 2013.

Ekoran siri tindakan Ahli Parlimen PKR keluar parti itu kini timbul persoalan sama ada BN akan memperolehi kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ia sangat penting untuk urusan kelulusan seperti persempadanan semula bahagian pilihan raya.

Kini BN mempunyai 137 kerusi manakala Pakatan Rakyat 78 kerusi, Bebas empat, Parti Sosialis Malaysia satu dan Parti Maju Sabah dua.

Wan Ahmad berkata, SPR perlu memaklumkan kepada Parlimen syor mereka sama ada perlu menjalankan kajian semula persempadanan semula pilihan raya ataupun sebaliknya.

“Sama ada hendak buat kajian atau pun, kita kena maklum kepada perdana menteri, kemudian kepada Kabinet dan Parlimen... juga kepada Dewan-dewan Undangan Negeri.

“Jika mahu kekal dengan sempadan semasa (dengan bilangan kerusi semasa) tanpa melibatkan apa-apa kajian, SPR kena maklumkan kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Tarikh cadangan persempadanan semula itu boleh bermula bila-bila masa selepas lat lapan tahun berakhir Mac 2011.

Walaupun keseluruhan urusan persempadanan semula itu perlu disiapkan dalam dua tahun sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, lazimnya akan mengambil masa 12 hingga 18 bulan.

The Malaysian Insider difahamkan berdasarkan senario semasa proses kelulusan persempadanan semula bahagian pilihan raya akan melalui proses yang sukar.

BN tidak memiliki majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat manakala empat negeri pula dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Pulau Pinang pernah tidak meluluskan laporan urusan persempadanan pilihan raya yang membawa kepada peningkatan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negerinya pada 1994.

Oleh itu ia menggunakan sempadan lama pada pilihan raya umum 1995. -MI

Khir Toyo Sindir Noh Omar, UMNO Selangor Tak Ada Pelan Halatuju

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (gambar) percaya Umno memerlukan loncatan radikal di luar lingkungan sokongan tegar pengundi-pengundi Melayu untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam usaha menguasai kembali Selangor dalam pilihan raya umum ke-13.

Pemimpin Umno Selangor ini juga berkata, partinya memerlukan pelan hala tuju yang jelas untuk mendapatkan semula Selangor yang kini diterajui Pakatan Rakyat.

“Dari sudut politik, kaum Melayu akan terus berpecah... jadi Umno perlu mendapatkan sokongan bukan Melayu,” kata bekas menteri besar Selangor kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dalam pertemuan dengan wartawan di pejabatnya sempena dua tahun kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mempamerkan prestasi yang lebih baik, sekali gus mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

“Saya tidak mengatakan akan mencapai kemenangan sapu bersih... tapi saya percaya, boleh katakan mempunyai peluang lebih baik (untuk kekalkan kedudukan semasa),” kata beliau apabila ditanya bagaimana beliau melihat peluang bagi PR Selangor jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat ini.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

PR membentuk kerajaan negeri dengan kerjasama PKR, PAS dan DAP selepas memperoleh 36 daripada 56 yang diperuntukkan untuk Selangor.

Baki 20 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dengan 18 daripadanya oleh Umno manakala dua lagi oleh MCA.

Menurut Khir, perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menunjukkan pengundi Melayu terdiri daripada 56 peratus penduduk di Selangor manakala ada lagi kir-kira 700,000 orang yang layak tetapi masih belum mendapat sebagai pengundi.

Daripada jumlah itu, sermaia 500,000 orang merupakan kaum Melayu.

Kehilangan Selangor, negeri paling moden dan paling kaya di Malaysia jatuh ke tangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu dilihat sebagai satu tamparan kepada Umno-BN, di mana ada pihak yang menyalahkan perubahan sokongan bukan Melayu sebagai punca.

“Pemimpin-pemimpin utama Umno termasuk perdana menteri sudah pun menuju ke arah ini tetapi mesejnya belum sampai ke bawah,” kata Khir lagi.

Sehubungan itu, menurut beliau walaupun sudah dua tahun pilihan raya umum berlaku tetapi Umno kelihatan belum ada pelan hala tuju yang jelas untuk mendapatkan semula negeri itu.

“Pemimpin-pemimin Umno di peringkat bawah gelisah dan mahu bergerak ke depan tetapi tiada gelombang atau pelan hala tuju untuk mereka,”
katanya.

Malah menurut Khir, beliau menyokong Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan menafikan wujudnya pergeseran membabitkan kedua-dua mereka.

Khabar angin kedengaran sudah wujud masalah dalam Umno Selangor ekoran pergeseran antara kumpulan diketuai oleh Noh yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Khir.

“Ia tidak benar... Noh Omar mengetuai Umno Selangor,” kata Khir apabila ditanya siapa yang sebenarnya mengetuai parti di peringkat Selangor.

Bernama Nak Gambar PKR Hadapi Masalah Paling Besar Dalam Dunia

Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.

Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga... sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekatMelaka, malam semalam.

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti.

Ulasan GB

Itu stail BERNAMA. Cuba gambarkan kononnya PKR sedang hadapi masalah "besar" sedangkan yang disebutkan oleh DSAI sekarang ini Keadilan menghadapi "masalah sedikit" sewaktu menyampaikan ceramahnya di Pulau Gadong itu.

Dicari-carinya perkataan DSAI yang boleh dimanipulasikan untuk menunjukkan kononnya PKR menerima tamparan sedangkan apa yang berlaku tidak sedikit pun menjejaskan parti berkenaan, malah memperkukuhkannya kerana perginya anasir-anasir perosak parti meninggalkan parti untuk menjadi wakil bebas.

Ah Bernama, siapa tidak kenal kamu apabila berbicara dan melaporkan hal politik dalam negara!

Najib Enggan Rasmikan AGM MCA Yang Lintang Pukang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan menghadiri perhimpunan agung tahunan (AGM) MCA Ahad ini, malaysiakini dipetik.

GB sebelum ini melaporkan Najib akan merasmikan AGM MCA yang lintang pukang Ahad ini, berdasarkan kenyataan setiausaha agungnya, Datuk Wong Foon Meng.

Setiausaha akhbarnya, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa perdana menteri tidak akan merasmikan AGM parti itu yang akan berlangsung di ibupejabat MCA di ibunegara Ahad ini.

Mengikut tradisinya, perdana menteri dijemput merasmikan perhimpunan agung tahunan parti-parti komponen BN.

Keputusan untuk meneruskan AGM itu Ahad ini dibantah oleh sayap Pemuda dan Wanita MCA serta naib presidennya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.

Tengahari semalam, jawatankuasa pusat sementara - dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat - mahu AGM itu diteruskan seperti yang dirancang, walaupun dibantah keras oleh ketua Pemudanya, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanitanya, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kedua-duanya kemudiannya bertindak meninggalkan mesyuarat tersebut.

Pagi tadi, Kedua-dua sayap tersebut telah mengadakan mesyuarat exco tergempar untuk membatalkan AGM masing-masing yang dijadualkan diadakan esok.

Jawatankuasa pusat sementara itu - tanpa 21 anggotanya yang meletak jawatan semalam - memutuskan untuk meneruskan AGM Ahad ini dan mengarahkan Pemuda dan Wanitanya turut berbuat demikian.

Dipercayai Chua dan Liow mahu AGM itu ditangguhkan dan diadakan ketika pemilihan baru kepimpinan parti itu pada 28 Mac depan.

Rakyat Tidak Bodoh, Saya Jamin UMNO BN Akan Kalah Dalam Jangka Panjang - Zaid

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera usaha 'mencuri' wakil rakyat Pakatan dan menjaga kehormatan demokrasi negara.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di kediamannya siang tadi berkata, Najib seharusnya memikirkan masa depan demokrasi negara dan bukan bertindak untuk keuntungan jangkamasa pendek kuasa Umno dan BN di Parlimen semata-mata.

"Kenapa perlu kita curi sana curi sini, tak perlu lah...saya meyeru kepada perdana menteri hentikan semua ini, berikan ruang kepada demokrasi untuk hidup," katanya.

Tambahnya lagi, Najib seharusnya meneladani sikap perdana menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Abdullah Badawi yang didakwa pernah berpesan tidak menggunakan cara yang salah seperti membeli wakil rakyat.

"Di bawah pemerintahan Pak Lah, waktu saya masih dalam kepimpinan Umno Kelantan. Kelantan pada masa itu Barisan hanya satu atau dua kerusi kurang, Pak Lah memberi pesan tidak boleh sesekali kita menggunakan apa-apa cara yang tidak bermoral untuk suruh orang lompat ini," katanya lagi.

Episod rampasan kuasa di Perak ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu lompat jelasnya, sudah cukup menghancurkan sistem demokrasi negara dan wajar dihentikan segera.

Beliau turut mempersoal keghairahan BN yang didakwa 'mencuri' wakil rakyat bagi mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen sedangkan dalam keadaan sekarang BN sudah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membuat apa-apa keputusan.

"Apa yang gila sangat dengan dua pertiga ni untuk apa? Kenapa obses sangat?

"Kalau kita dulu kaya sekarang kita miskin, kita kena lah sesuaikan diri dengan keadaan kita, kita tidak boleh merompak lagi untuk menjaga tahap hidup kita yang kaya," katanya.

Umno BN jelasnya perlu akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu yang telah menafikan majoriti dua pertiga parti itu di Parlimen.

Untuk mengembalikan semula penguasaan mereka, Umno BN jelasnya perlu menunggu PRU ke-13 dan bukan bertindak 'mencuri' Ahli Parlimen Pakatan.

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah dalam sejarah ada majoriti dua pertiga.”

Selain England, beliau turut memberi contoh Amerika dan Jepun yang menjadi kuasa besar bukan kerana kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen.

"Negara mereka kuat kerana pembangkang kuat, kerajaan terpaksa kreatif, tidak rasuah, kalau tidak (kerajaan) jatuh, bukan kerana dua pertiga," katanya.

Sebelum ini beberapa wakil rakyat PKR bertindak keluar parti dengan alasan hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berita : harakahdaily Video: TVS



Khalid ‘Saya hampir letak jawatan MB kerana isu lembu, kereta’

Tan Sri Khalid Ibrahim buat kali pertama mengakui beliau hampir-hampir meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor — tidak sampai setahun dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat — gara-gara tuduhan terlibat dalam rasuah awal tahun lalu.

Khalid, Pengerusi PKR Selangor, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih bulan lalu.

Ketika ditanya tentang detik paling pahit selaku Menteri Besar Selangor sepanjang dua tahun lalu, Khalid berkata beliau telah diminta oleh isterinya Puan Sri Salbiah Tunut supaya meninggalkan sahaja kepimpinan kerajaan negeri dengan mengeluarkan sejumlah wang daripada simpinan mereka untuk didermakan kepada parti, dipercayai sebagai “pampasan” peribadi mereka.

“Disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan isu lembu (untuk korban Hari Raya Aidiladha) dan penyelenggaraan kereta... saya sendiri pun tidak tengok lembu.

“Saya datang untuk memberi khidmat kepada masyarakat tetapi berhadapan dengan dakwaan macam ini...” kata beliau yang menyifatkan ia sebagai detik yang paling menyedihkan dalam hidupnya.

Khalid memberitahu beliau hampir mengambil tindakan itu apabila akhbar New Straits Times menyiarkan laporan muka depan dengan gambar mendakwa terlibat dalam amalan rasuah.

“Di sini saya berada membuat khidmat sosial, saya rasa tak sepatutnya berurusan dengan perkara macam ini,” kata Khalid sambil menambah, akhirnya membuat keputusan bahawa tidak wajar berbuat demikian kerana tidak membuat apa-apa kesalahan.

“... tetapi saya tidak buat salah, jadi tidak perlu melarikan,” kata beliau.

“Dengan memberikan khidmat kepada komuniti saya bertahun-tahun lamanya, saya tidak wajar dilayan dengan perkara ini... sangat ‘nasty’, sangat, hendak mahu mengambil deposit... kemudian kami menghadapinya,” kata beliau yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie.

Difahamkan ini kali pertama beliau disiasat oleh SPRM.

Tokoh korporat yang menyertai bidang politik bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri, dan menang kedua-duanya.

Pada 3 Feb 2009, Gerakan Anti Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa melibatkan Khalid.

Laporan itu meminta SPRM menyiasat berkaitan amalan Menteri Besar menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya.

Gerak juga menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Khalid.

Gerak mendakwa bahan bukti yang diterima pihaknya menunjukkan kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,797 bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta Khalid itu secara berkala, alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap.

Ia membuat laporan kepada SPRM terhadap Khalid atas dakwaan menyalahgunakan dana syarikat kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 untuk ibadah korban sempena Aidiladha pada Disember 2008 untuk diagihkan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya.

Mengenai serangan Umno-BN terhadap dirinya dan kerajaan negeri, Khalid mengakui beliau berhadapan dengan serangan bertubi-tubi yang pedas sepanjang tahun pertama memimpin kerajaan negeri.

Bagaimanapun kata beliau, serangan itu berkurangan sepanjang tahun kedua.

“Tahun pertama memang serangan panas, tetapi tahun kedua mereka sudah memindahkan tembakan ke arah orang lain,” katanya.

Mengenai amalan rasuah, Khalid memberitahu beliau berpendapat bahawa ia hanya boleh diminimumkan menerusi pentadbiran yang efektif dan telus.

“Sepanjang enam bulan pertama, mereka (kakitangan awam) memerhatikan sama ada kami ada tabiat yang sama seperti pentadbiran BN.

“Itu sebanya mereka melihat pada (isu) lembu... saya telah mengingatkan kakitangan saya bahawa kita tinggal di rumah kaca dan setiap orang akan membuat pemeriksaan terhadap kita,” katanya.

Bagaimanapun Khalid menegaskan, beliau tidak boleh mengatakan tiada amalan rasuah langsung tetapi berharap ia boleh diatasi dengan menyemai budaya baru.

Ketika ditanya sama ada terdapat sebarang perangkaan bagi menunjukkan perubahan yang dimaksudkan, Khalid berkata: “Saya tiada angka.”

“Bagaimanapun bilangan pegawai SPRM di Selangor jauh lebih ramai berbanding negeri-negeri bukan pimpinan PR,” kata beliau menggambarkan pemerhatian yang ditumpukan ke atas negeri Selangor. -MI



Lompat parti : “Ia berlaku kerana pengaruh wang” - Latheefa Koya

Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti sekali gus mahu mewujudkan 'barisan merdeka' bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba.

"Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mampu bersaing dengan Barisan Nasional (BN) apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan.

"Rancangan dahsyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini. Krisis di Perak adalah antara kes yang jelas di mana kejadian memanipulasi kewangan jelas kelihatan.

"Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya," kata Ketua penerangan PKR, Latheefa Koya dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.com.

Tambah beliau, pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang menurut jejak langkah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng adalah sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Malangnya, kata Latheefa, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini.

"Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN.

"Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik tidak mengejutkan kami," kata Latheefa Koya lagi.

Menurut beliau, selepas peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah.

Kata beliau, Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China.

"Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR, tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya.

"Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit," jelas beliau.

Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, kata Latheefa, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini.

"Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN. Sejak pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.

"Kami menyeru rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul - bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik," kata Latheefa Koya lagi. -erapakatan