Berbagai cara digunakan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan mesej dan memberi kesedaran kepada pengundi, termasuk rakaman video ‘iklan sabun pencuci’ yang dimuat naik ke dalam You Tube.
Video berdurasi seminit itu dimuatkan di laman Youtube dengan tajuk Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!, dipercayai dihasilkan jentera penerangan DAP- salah satu komponen Pakatan Rakyat.
Walaupun hanya dimuatkan di laman itu sejak 8 Januari lalu, ia kini menerima kunjungan lebih 1,000 dan disukai lebih 2,000 pengguna internet.
Dalam video berkenaan ditunjukkan seorang wanita mempromosikan sabun mencuci pakaian ‘jenama pakatan’, sebagai simbolik betapa pentingnya mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum akan datang.
“Baju saya bersih dan berseri selepas menggunakan pencuci jenama Pakatan.
“Sebelum ini saya membasuh pakaian menggunakan jenama ‘BN’, namun semakin lama baju saya dicuci, semakin kotor dan dicemari virus PKFZ, Lembu, Kondo dan lain-lain,”
Menurutnya, pencuci jenama ‘Pakatan’ mengandungi unsur CAT, iaitu Cekap, Akauntabel dan telus bagi membersihkan kekotoran dengan lebih berkesan.
“Sebab itu kita mesti tukar jenama untuk baju lebih bersih. Ubah sekarang, bersihkan Malaysia,” katanya lagi.
Pojek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan ‘Kondominium Lembu’ antara skandal yang melingkari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sejak beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
PKFZ misalnya melibatkan pemimpin utama BN termasuk bekas Presiden Umno lebih 20 tahun, Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Manakala skandal ‘Kondominium Lembu’ melibatkan Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri kabinetnya termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Noh Omar. -KD