9 Jun 2013

Black 505 Padang Merbok Tetap 15 Jun: PAS Kerah Ahli Turut Serta


PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505. -HD


Himpunan 15 Jun kekal di Padang Merbok – Rafizi


Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun ini kekal sebagaimana dirancang, kata Pengarah Stratgei KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, himpunan itu tetap diteruskan meskipun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tiada kebenaran diberi kepada Pakatan Rakyat.

“Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan. Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka akan membuat beberapa perbincangan dengan pihak polis, tetapi mengulangi pendirian lokasi asal dikekalkan.

“Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini. Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di Padang Merbok,” tambah Rafizi, dilapor The Malaysian Insider.

Sementara itu, Timbalan presiden Pas Mohamad Sabu berkata parti itu memutuskan untuk menyertai perhimpunan ‘Black 505′ anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Malaysiakini melaporkan Mohamad sebagai berkata, jawatankuasa Pas pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan dalam pilihan raya 5 Mei.

“Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam himpunan berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -KD

Papagomo Kini Menggelarkan Dirinya "Sir Azri"


Jangan tidak percaya... blogger kaki fitnah nombor wahid dalam dunia, papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang kini dalam proses kena saman RM100 juta oleh DSAI telah pun mendapat gelaran "Sir".

Beliau kini menggelar dirinya sebagai "Sir" Azri...nama singkatan dari Wan Muhammad Azri b Wan Deris.

Setahu Omak Kau..penganugerahan gelaran "Sir" yang diberikan kepada para individu ataupun negarawan yang cukup berjasa kepada negara atau pun dalam bidang-bidang tertentu yang diiktiraf oleh Raja England.

Antara pingat kebesaran yang boleh membawa gelaran "Sir" ialah Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE)...Pingat ini pernah di anugerahkan oleh Queen Elizabeth II kepada penyanyi Elton John.

Terfikir juga.. apakah sumbangan dan jasa besar papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris sehingga dianugerahkan pingat kebesaran tersebut?

Bekas banduan kes rasuah RM400 perah duit mat dadah semasa menjadi anggota polis trafik Balai Polis Ampang tahun 2007 boleh menggelar dirinya sebagai "Sir".

Pemimpin pujaannya Tun Mahathir dan Najib Razak pun masih belum bergelar "Sir" .

Inilah dinamakan dunia syok sendiri...Nak lari dari dihambat dengan pelbagai saman jutaan ringgit kini sudah cuba berlakon baik dengan mengguna pakai nama sebenar.

Masalahnya rakyat dah mula kenal identiti sebenarnya beliau semenjak tahun 2009 lagi...boleh usaha cara mana pun tapi rakyat tidak akan mudah tertipu. -omakkau

Ulasan GB

Memang kita tahu papagomo kini sudah kaya, malah mungkin seorang jutawan hasil daripada blog fitnah dan seksnya itu.

Kalau ya pun takkan bergambar di dalam pub, dengan latarbelakangnya penuh dengan arak...?

Atau apakah demikian gaya hidup blogger UMNO?

Dahulu seorang blogger UMNO bergambar dengan arak juga... parpukari namanya.


Wujudkan Suruhanjaya Bebas Postmortem PRU13! - Presiden PAS


PPAS menggesa pihak kerajaan untuk mewujudkan satu Jawatan Kuasa Bebas atau satu Suruhan Jaya Bebas Postmortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak.

“Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh dapat dilakukan,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Justeru, PAS, tegasnya ingin mengulangi kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang baru sahaja berakhir itu diadakan dalam keadaan penuh keraguan dan kelemahan proses yang paling ketara dalam sejarah pilihan raya negara Malaysia.

Beliau berkata, berbagai persoalan timbul dari proses sebelum dan semasa pilihan raya, termasuklah sistem demokrasi yang jelasnya tidak berlaku adil kepada Pakatan Rakyat dari aspek penggunaan media cetak dan elektronik arus perdana yang berkempen secara terbuka bagi pihak Barisan Nasional.

“Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membuat cadangan supaya diadakan satu post mortem yang menyeluruh terhadap semua aspek PRU13 ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Hakikatnya, kata beliau ialah semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO, dan individu rakyat Malaysia, termasuklah dari parti Barisan Nasional sendiri juga mengakui bahawa wujudnya banyak kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menguruskan PRU sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

“Pihak kerajaan sendiri juga telah membuat kenyataan supaya diletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen, dan ini telah memberi gambaran bahawa kedudukan SPR sekarang belum bebas sepenuhnya,” katanya.

Justeru, tambah beliau tindakan untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita tidak tahu punca permasalahan yang timbul. -HD


20% Undi Untuk 112 Kerusi Parlimen Bagi BN Menang Majoriti Mudah


BN menang majoriti mudah dengan 20% undi PRU13'

BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.

Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Pada asasnya, begitulah cara BN memenangi pilihan raya," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini. -mk

Ulasan GB

Begitulah bagaimana penipuan yang dilakukan SPR untuk memenangkan BN.

20% undi mewakili sehingga 112 kerusi parlimen untuk BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Itu sebab mengapa satu Suruhanjaya Diraja perlu didesak supaya dibentuk untuk menyiasat penipuan-penipuan sebegini dan BN sebenarnya memerintah dengan undi minoriti rakyat Malaysia.

JANGAN LUPA BLACK 505 PADANG MERBOK 15 JUN INI

[VIDEO] Presiden Mursi Mesir Azan Ketika Sedang Berucap


Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi ( Presiden Mesir ) yang berlangsung di daerah Iskandariah.

Ketika sedang berucap dihadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam...para hadirin bersorak kerana kagum dan bersyukur mempunyai pemimpin yang soleh seperti Dr. Mursi ini...

Alangkah indahnya jika semua pemimpin-pemimpin negara Islam berjiwa besar seperti Dr. Mursi ini... Bilakah kita akan melihatnya di tanah air tercinta kita ???

Pemimpin yang mementingkan agama lebih dari dunia... yang menghafaz al-Quran.. yang menjaga solat jemaahnya... Yang menjaga solat malamnya... Yang menangis dikamarnya sebelum tidur memikirkan amanah yang terpundak dibahunya... Agama disanjung tinggi. -kacipemas