9 Mac 2012

Shahrizat Bakal Bogel Habis: Rafizi & Zuraida Kemuka Saman Balas

NFC: Pemimpin KEADILAN saman balas Shahrizat

PETALING JAYA 9 Mac: KEADILAN mengemukakan saman balas terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM250 juta dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Saman difailkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Datuk Seri Shahrizat atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lalu.

“Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum,”
kata Rafizi pada sidang media di Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya hari ini

Rafizi berkata, tindakan saman balas itu diambil kerana khuatir Shahrizat akan menarik balik saman tersebut.

“Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diheret ke mahkamah memberi keterangan,” katanya.

Sebelum ini, Shahrizat memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Rafizi dan Zuraida berhubung isu yang sama.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau dan Zuraida sudahpun memfailkan pembelaan berhubung saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Kertas pembelaan itu turut dihantar ke peguam Shafee & Co yang mewakili Shahrizat.

Pada sidang media Rabu lalu, Zuraida berkata Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar dicadangkan sebagai antara saksi penting dalam kes saman itu.

Ini kerana katanya, Najib ialah individu yang meluluskan projek itu yang diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi, manakala Muhyiddin ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa projek berkaitan Lembu itu diluluskan.

Sementera Noh Omar ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini di mana beliau turut didakwa memberi kenyataan mengelirukan berhubung skandal itu. -KD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Memalukan: PM Guna Wang Rakyat Untuk Majlis Pertunangan Anaknya

Rafizi: Najib guna wang rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan

PETALING JAYA, 9 Mac — Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan hampir setengah juta ringgit wang rakyat bagi menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya di Seri Perdana tahun lalu.

Menurut Rafizi, majlis pertunangan anaknya dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan PKR telah mempersoalkan sama ada majlis tersebut ditanggung oleh rakyat,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. “Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Tambah Rafizi, ketika Najib sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir.

Bukti dokumen pembayaran majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri.

“Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa,” katanya.

“Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan.”

Tambahnya, PKR telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahwa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Tambah Rafizi, perkara itu bukanlah sesuatu yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

“Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, kami berpendapat sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

“Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan,” kata Rafizi.

Berdasarkan dokumen bil pembayaran tersebut, syarikat katering daripada hotel terkemuka di ibu negara itu telah memperincikan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang untuk RM522 seorang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang untuk RM359.60 seorang yang berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000, serta jumlah keseluruhan RM409,767. -TMI

Laporan eksklusif sebelum ini
klik untuk baca




Dana RM1 Juta: Dr Jeyakumar Dibenar Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj mencabar merit yang berkaitan dengan 'prerogatif pengurusan' berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak semakan kehakiman berhubung dana daripada Peruntukan Khas Kawasan.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.

Empat hakim yang lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hasan Lah.

Dr Jeyakumar diwakili oleh peguam Datuk S.Ambiga manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili Peguam Negara.

Pada 10 Oktober tahun lalu, tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan bahawa Dr Jeyakumar tidak boleh mencabar keputusan agensi-agensi kerajaan yang menolak permohonannya bagi dana daripada Peruntukan Khas Kawasan untuk pelbagai projek di kawasannya.

Panel itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan kebenaran semakan kehakiman kepada Dr Jeyakumar dan membatalkan permohonan semakan kehakiman itu.

Pemimpin Parti Sosialis Malaysia memohon kebenaran untuk memulakan satu prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Pengarah Pejabat Kemajuan Perak menolak permohonan mendapatkan dana untuk digunakan sebagai sumbangan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah anak Yatim Nurul Ihsan serta dana bagi projek kecil untuk faedah kampung-kampung Orang Asli.

Dr Jeyakumar menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Jabatan Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 29 Oktober, 2010.

Jeyakumar menuntut antara lain perisytiharan bahawa peruntukan khas itu diberi kepada semua Anggota Parlimen secara sama rata, mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. -mk



Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Siling Pejabat Tanah Dan Galian Perlis Runtuh Petanda BN Pun Nak Runtuh?

Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Jalan Penjara di Kangar runtuh malam tadi berikutan hujan lebat.

Kejadian itu menyebabkan sebahagian besar ruang pejabat digenangi air dan peralatan pejabat termasuk komputer dan dokumen tertentu mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ini ketika hujan lebat.

Runtuhan dipercayai berpunca daripada masalah saluran paip di bahagian bumbung tersumbat menyebabkan air melimpah dan memasuki ruang siling pejabat sehingga mengakibatkan siling itu runtuh.

Mat Rawi ketika ditemui pemberita lewat semalam berkata kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas di situ dan telah memaklumkannya kepada kakitangan pejabat itu.

Katanya beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis mengambil tindakan segera membaiki segala kerosakan dan mengkaji tahap keselamatan bangunan yang berusia hampir tiga puluh tahun itu.

Kerja-kerja awal seperti pembersihan lantai bangunan dijalankan serta merta termasuk kawalan sistem elektrik sementara kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

"Akibat kejadian itu, sistem pendaftaran berkomputer seperti hak milik, pindah milik dan gadaian serta sistem pungutan hasil tanah diberhentikan seketika atas nasihat Bahagian Letrik JKR untuk mengelak berlaku litar pintas," kata Mat Rawi yang diiringi Pengarah tanah dan Galian Perlis, Hisan Abu Bakar.

Bagaimanapun, katanya kejadian itu hanya menyebabkan gangguan tugas pada Unit Pendaftaran kerana rangkaian komputer di situ telah terjejas manakala bahagian-bahagian lain akan beroperasi seperti biasa. - Bernama

Ulasan GB

Ada petunjuk bahawa kerajaan UMNO/BN Perlis bakal "runtuh"?
Semuga begitu...

Surendran: Hukuman Terhadap Imam Hoslan Tidak Wajar

SSaya merujuk kepada hukuman satu tahun penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Hoslan Hussain hari ini.

Hukuman tersebut tidak wajar dan bersifat zalim. Kes ini sewajarnya ditangani dengan keadilan yang berteraskan prinsip belas kasihan dan Mahkamah Persekutuan gagal melaksanakannya. Tambahan lagi, Hoslan dinafikan hak membela diri. Beliau tidak diwakili peguam dan merasa sangat sedih dengan perbuatannya melontar kasut dalam mahkamah tempoh hari.

Hoslan merupakan bapa kepada tujuh orang anak dan kes beliau ini telah tertangguh sejak tahun 1999. Sewajarnya beliau dihukum dengan amaran keras atau denda. Pihak kehakiman seharusnya mempertahankan nama baik mereka berdasarkan teras moral dan bukan dengan memenjarakan rakyat.

Pihak kehakiman juga wajar merenung kembali kelemahan mereka. Keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman masih berada pada tahap membimbangkan dan pihak kehakiman perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini. Rakyat menganggap pihak kehakiman tidak bebas dan telah gagal melindungi hak asasi rakyat. Kurangnya keyakinan ini bakal mengundang peristiwa sama seumpama insiden melontar kasut baru-baru ini.

Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran BN. Adalah menjadi hasrat Pakatan Rakyat untuk melindungi dan mempertahankan integiriti dan kebebasan institusi kehakiman negara.

*Kenyataan media oleh N Surendran selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.


Pemuda PAS simpati nasib Imam Hoslan

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas.

Keberanian tindakan beliau sememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor.

Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.

Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau, kata Riduan.

DPPM, katanya, mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini.

Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan, tegasnya.

"Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau.

"DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau," katanya.
-HD

Van, Kereta Bertembung, 10 cedera

Jeli – Seramai 10 cedera apabila van dan kereta jenis Honda bertembung dekat Kilometer 2 Jalan Jeli Dabong, dalam kejadian jam 8.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kejadian berlaku apabila van yang datang dari arah Dabong hendak membelok masuk untuk mengisi minyak dekat stesen berdekatan.

“Pemandu van tidak menyedari ada sebuah kereta jenis Honda dari arah pekan Jeli menuju ke Belahat ketika sedang membelok, menyebabkan dua kenderaan tersebut bertembung.

“Kesan pelanggaran itu menyebabkan 10 mangsa yang berada dalam van tersebut cedera parah di mana penumpang dan pemandunya tersepit, manakala pemandu kereta Honda Mohd Farizi Mohd Shakri ,19, cedera parah di kepala,” katanya.

Antara yang cedera, pemandu van Abdul Majid Awang, 55, penumpang, Faridah Said. 50, Fatimah Yusof, 82, Esah Salleh, 67, Che Som Ab Rahman, 77, Dalila Diana Nik Shamsuddin, 20, Hasiah Husin, 52, Mek Yah Samad, 68, Jah Awang, 83, Rafiah Ab Rahman,70.

Sheik Azhar berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai dan Tanah Merah untuk menerima rawatan lanjut.

“Difahamkan ketika cuba membelok untuk mengisi minyak, pemandu van tersebut tidak menyedari ada sebuah kereta sedang meluncur laju dari arah bertentangan.

“Saya minta supaya semua pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu dan sentiasa peka dengan keadaan lalu lintas di sekitar,” katanya .

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah seksyen 43 (1) akta pengangkutan jalan 1987.

[Video] Siapa Si Tanggang Tinggalkan Ibunya Di Hotel Bajet? - [ulangsiar]

Buang ibu di hotel bajet

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. -hm

KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya.




[Bergambar & Video] Hujan Berterusan 4 Jam 45 Minit Banjirkan KL

Kuala Lumpur: Banjir kilat di sekitar ibu negara kelmarin berpunca daripada jumlah hujan yang tinggi berikutan hujan turun selama empat jam 45 minit mulai jam 6.45 petang, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan hujan berterusan sehingga 11.30 malam itu menyebabkan paras air di beberapa kawasan di sepanjang Sungai Klang mencecah paras amaran.

“Kesan hujan lebat itu mengakibatkan 15 kawasan dilanda banjir kilat apabila dinaiki air antara 0.3m dan 1.2m, kecuali di Kampung Periuk, Kampung Baru yang mencatat paras air sehingga 2.1m,” katanya dalam kenyataan semalam.

Antara kawasan terbabit ialah Lorong Rhu Pertama dan Persiaran Madge di Ampang Hilir; Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Lorong Kiri 14 dan 15 serta Jalan Keramat 1 dan 2 di Datuk Keramat; Jalan Limau Kasturi, Bangsar; Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Melaka; dan Kampung Pasir Baru, Jalan Klang Lama.

Kawasan lain yang terjejas ialah Jalan Travers, Brickfields, Jalan Bandar, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Salahuddin dan Jalan Munshi Abdullah.

Raja Nong Chik berkata, hanya satu kawasan membabitkan pemindahan sementara iaitu di Kampung Periuk, Kampung Baru yang dinaiki air sedalam 2.1 meter, dengan 784 penduduk membabitkan 174 keluarga dipindahkan ke dewan Kelab Sultan Sulaiman.

Mereka dibenar pulang pada jam 12.30 tengah malam selepas banjir mulai surut.

“Tinjauan dan bancian petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati lebih 16 kenderaan terperangkap dan rosak akibat banjir kilat berkenaan,” katanya. - Bernama

Banjir: 400 mangsa dipindah ke surau

AMPANG, 8 Mac: Penduduk kawasan Ampang yang kediaman mereka terlibat dengan banjir kilat sejak petang semalam ditempatkan sementara di Surau Insaniah di Desa Lembah Permai, di Kampung Lembah Jaya Utara.

Menurut Adun Lembah Jaya, Tuan Khasim Abdul Aziz (gambar), sehingga kini hampir 400 orang sudah dipindahkan ke pusat sementara itu.

"Semua mangsa yang terlibat kita pindahkan ke sini buat sementara waktu. Semua makan minum kita sediakan di sini.

"Cuma masalah besar ketika ini adalah bekalan air bersih paip Syabas tak ada," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Ampang yang berada di sini sejak malam tadi.

Setakat ini katanya, mereka terpaksa menggunakan bantuan lori tangki bagi menghantar air bersih ke kawasan pemenpatan tersebut.

Pusat penempatan sementara itu dikendalikan bersama Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Lembah Jaya dan anggota Unit Amal PAS.

Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.

Selain Ampang, kawasan yang teruk dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru, Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra.

Manakala tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang malam tadi.

Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan cerun di Jalan Kampung Atap dengan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan bomba.

Selain itu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.
-HD


Sumber foto: NST, HD, HM













Ini Buktinya NFC Ada Urusniaga Di Kazakhstan - Najib Sendiri Saksi MOU Dimeterai

NFC salah guna pinjaman beli apartmen di Kazakhstan'

Pembelian sebuah apartmen di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti penyalahgunaan dan pembaziran dana awam, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini.

Ini, kerana menurut Pua dalam satu kenyataan akhbarnya, pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC bertujuan meningkatkan penternakan lembu bagi memenuhi permintaan daging domestik dan bukannya untuk pelaburan luar negara.

"Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFC pastinya tidak bermaksud untuk menternak lembu atau cuba mendapatkan daging dari Kazakhstan, apatah lagi membeli sebuah apartmen di sana," katanya.

Lebih mencurigakan, katanya, beliau difahamkan bahawa urusniaga itu adalah pembelian tunai semata-mata.

Pua, yang memiliki sesalinan perjanjian pinjaman itu dari sumbernya, juga mempersoalkan jika NFC mendapat kelulusan dari kementerian kewangan untuk pembelian berkenaan.

Katanya, NFC mesti tampil mendedahkan tujuan pembelian apartmen itu dan menjelaskan sama ada harta itu didaftarkan di bawah nama NFC atau nama pengarah individu tertentu.

Pada Jun 2011, akhbar The Star melaporkan bahawa satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pihak berkuasa daerah Jambul di Kazakhstan dan NFC berhubung penternakan lembu di sana.

Akhbar berbahasa Inggeris itu juga melaporkan lembu-lembu di Jambul itu akan dibawa ke Malaysia untuk kegunaan tempatan serta dieksport ke negara-negara jiran. -mk



Video MOU Malaysia-Kazakhstan

NFC beli apartmen di Kazakhstan, tetap pecah amanah- Rafizi

KUALA LUMPUR 8 Mac: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan pembelian apartmen bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFCorp), tetap merupakan pecah amanah, meskipun ia dikatakan dibeli sebagai pejabat operasi.

Rafizi berkata, sekiranya benar dakwaan itu, ia masih menyimpang dengan matlamat asal penubuhan NFCorp dan perjanjian pinjaman mudah RM250 juta antara syarikat itu dan kerajaan.

“Mereka (NFCorp) patut menumpukan pada ladang mereka di Malaysia dan memenuhi sasaran yang ditetapkan, iaitu menyediakan 276,000 ekor lembu setahun.

“Jadi, mereka tiada sebab untuk membuka ladang di luar negara, apabila sasaran asal mereka gagal dicapai,” jelas Rafizi kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk laporan laman The Malaysian Insider, berhubung siasatan polis jenayah komersial berkenaan pembelian apartmen bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan oleh NFCorp.

Pembelian dibuat pada September tahun lepas, selepas memorandum persefahaman (MoU) ditandandatangani untuk mendirikan ladang lembu di daerah Jambul, Kazakhstan.

Apartment itu dikatakan akan dijadikan pejabat operasi mereka.

NFCorp dimiliki oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan tiga anak mereka.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu oleh keluarga Shahrizat.

Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta mewah.

Semalam, Rafizi mendedahkan pembelian lapan unit lot kedai di KL Eco City, Bangsar oleh NFCorp dengan menyalahgunakan dana awam itu, bagi mendapatkan pembiayaan bank.

“Jika dilihat pada trend mereka, wang rakyat RM250 juta digunakan sewenangnya untuk membeli hartanah sebagai pelaburan peribadi mereka, seperti di Bangsar dan Singapura,”
kata Rafizi.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau sedang dalam proses mengumpul maklumat dan dokumen secukupnya tentang aktiviti NFCorp di Kazakhstan, sebelum mendedahkannya kepada rakyat.

“Sebelum ini pun, sebarang pendedahan kita sentiasa diiringi dengan gambar dan dokumen sebagai bukti sokongan, supaya rakyat tidak mengatakan kami membuat tuduhan kosong”, ujarnya lagi. -KD
-mk


Ulasan GB

Patutlah Najib tidak lansung melayani sebarang aduan mengenai NFC. Rupanya beliau turut sama terlibat.

Anehnya, bagaimana NFC boleh menyatakan ia hanya sekadar membuka pejabat operasi sedangkan berita dari akhbar the Star seperti tertera di atas itu jelas melaporkan "perjanjian ditadatangani untuk menternak lembu di sana"?

A memorandum of understanding was also signed Monday between the Jambul district of Kazakhstan and National Feedlot Corp Sdn Bhd providing for cattle rearing here and enabling the produce to be brought to Malaysia for local consumption as well as export to neighbouring countries.

Perosalan kini: Apakah ladang di Malaysia tidak cukup untuk menternak lembu sehingga perlu membuka di Kazakhstan dan apakah nak berurusniaga di sana sehingga terpaksa membeli apartment dengan nilai jutaan ringgit?

Najib sendiri saksikan MOU itu ditandatangani, ertinya Najib terlibat memperakui salahlaku tersebut.

Patutlah Najib pernah mempertegaskan bahawa tidak semestinya aduan-aduan NFC berakhir dengan pendakwaan.

"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan. -malaysiakini Feb 26, 2012


Peruntukan perlembagaan Pasal ke berapakah yang digunakan Najib untuk menutup perbuatan salahlaku dan kepincangan NFC tersebut?

Apa yang berlaku, pendedahan demi pendedahan membuktikan kebenaran ulasan GB sebelum ini, bahawa: Sharizat akan terus dibogelkan!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca