2 Ogo 2015

[BERGAMBAR] Syabas Raja Bahrin, Pengerusi Harapan Baru Terengganu!

Pas Terengganu putus hubungan dengan Raja Bahrin

Susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mengiisytiharkan dirinya secara rasmi sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu, Pas Terengganu mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan beliau lagi.

Setiausaha Pas Kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud@Said@Mat Ali berkata, keputusan itu diambil setelah hasil mesyuarat Pas Kuala Terengganu semalam.

"Pas kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1hb Ogos 2015 berpegang kepada perkeliling isu Harapan Baru yang dikeluarkan Pas Pusat bertarikh 29hb Julai 2015 rujukan: PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu," petik kenyataan rasmi Pas Kuala Terengganu hari ini.

Terdahulu, Kamarul Bahrin mengumumkan bahawa beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu dalam satu himpunan Harapan Baru pada 31 Julai 2014 di Jerteh, Terengganu.


Harapan Baru Tembusi Terengganu

Sekalipun menerima perlbagai dugaan dan ancaman di negeri Terengganu namun, ngo itu tetap menerima sambutan hangat dan luar dugaan apabila program roadshow di Besut berjaya disempurnakan pada 31 Julai kelmarin.

Sebelum ini seorang doktor gigi yang bernama Dr. Azman Ibrahim didalam statusnya telah mengundang kontroversi di laman sosial apabila membuat ugutan agar Harapan Baru tidak datang ke Besut.


Status itu khabarnya telah dibuang daripada lamannya apabila menghidu ada pihak mahu membuat aduan kepada pihak polis kerana ternyata tulisannya itu berbaur hasutan dan berunsur jenayah.

Apa yang berlaku pada malam itu, Harapan Baru berjaya menembusi tembok halangan dan roadshow itu berjaya diadakan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Syabas dan tahniah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, seorang akitek professionnal yang telah dinamakan sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu.







IKLAN BERBAYAR







[VIDEO & GAMBAR] Himpunan #TangkapNajib Bertukar Menjadi #TangkapRakyat

Protes #TangkapNajib diteruskan, ramai ditangkap ingkar amaran polis

Dua ahli Parlimen pembangkang ditangkap hari ini selepas tidak mengendahkan amaran polis untuk bersurai berhampiran kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur hari ini, menjelang protes #TangkapNajib petang ini.

Wail rakyat PKR itu – ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing – ditahan pukul 2.20 petang selepas mereka tidak mempedulikan arahan polis yang sudah mula mengambil tindakan terhadap peserta protes itu.

Kehadiran begitu ramai pihak polis dapat dilihat dengan kira-kira 80 anggota ditempatkan di sekitar kompleks membeli-belah popular itu di mana para peserta perhimpunan sedang berkumpul.

Dalam masa yang sama, lebih ramai orang ditangkap, sebahagian besar daripada mereka dikatakan aktivis.

Peserta protes juga dilihat membaling mercun dalam tindak balas mereka kepada polis dan ini menyebabkan beberapa kedai berdekatan terpaksa menghentikan perniagaan mereka.

Sumber berkata, polis juga menghentikan mereka yang memakai baju-T putih di stesen LRT Raja Laut yang berdekatan bagi menghalang mereka menyertai perhimpunan di Sogo itu. -TMI


#TangkapNajib: Aktivis ditahan polis

Auntie Bersih - wanita warga emas yang dikenali ramai dalam kebanyakan perhimpunan - atau nama sebenarnya Anne Ooi, adalah antara penunjuk perasaan ditahan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Turut ditahan, pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Dennis.

Seorang lagi peserta ditahan kerana didakwa melontar mercun ke arah pihak berkuasa.

Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen berkata, dia terkejut kerana polis memulakan penahanan sebelum perhimpunan bermula.

Pada jam 1.30 petang, hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah Sogo yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan.

Turut dilihat, tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan - diletakkan di depan kompleks berkenaan.

Pagi tadi polis menyatakan akan bertindak terhadap penganjur serta peserta perhimpunan #TangkapNajib.

Antara individu ditahan polis ialah aktivis anak muda Adam Adli Abdul Halim, Mandeep Singh dan Shukri Abd Razab.

Seorang lagi aktivis Hishammuddin Rais turut ditahan tengah hari tadi.

Menurut Hishamuddin, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wang.

Himpunan #TangkapNajib dianjurkan oleh kumpulan Demi Malaysia bagi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap kerana didakwa terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.

Turut hadir, Adun Teja, Chang Lih Kang, dan Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
-mk



















IKLAN BERBAYAR