25 Mei 2016

Lagi Sokongan Untuk Mat Sabu Sebagai Calon PH PRK Sg Besar

SAMM sokong Mat Sabu jadi calon

SUNGAI BESAR - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyatakan sokongan penuh kepada Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan Presidennya, Mohamad Sabu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Penyelarasnya, Azhar Achil berkata, parti itu harus menghantar panglima perangnya untuk meraih sokongan pengundi sekali gus mencerahkan peluang Amanah untuk merampas kerusi itu yang dimenangi BN sebelum ini.

Pemuda AMANAH Tegas AMANAH Bertanding, PKR Digesa Sertai Blok Ke 3

Pemuda parti Amanah Negara bertegas untuk AMANAH bertanding di Sungai Besar & Kuala Kangsar.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdra Sany Hamzan menyatakan bahawa Pemuda AMANAH mendokong penuh pendirian AMANAH untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.