16 Apr 2016

PAS Yakin BN Menang Besar, Tak Yakin Parti Sendiri

BN bakal menang besar di PRN-11 Sarawak - PAS

KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati Barisan Nasional (BN) bakal memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRN-11) Sarawak yang dijadualkan 7 Mei depan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata kemenangan itu didorong oleh faktor Tan Sri Adenan Satem yang berjaya menunjukkan teladan kepemimpinan yang baik selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak.


[VIDEO] Mahathir: Najib Perlu Letak Jawatan, Tak Tahu Apa Yang Dia Tandatangan

'Tandatangan tanpa baca dokumen, Najib mesti letak jawatan'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, kali ini kerana "langkah bodoh" menandatangani dokumen tanpa membacanya.

Dr Mahathir berkata, ini berdasarkan hasil laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB yang menunjukkan bagaimana Najib diperlukan untuk mengesahkan semua keputusan penting yang dibuat.

Ucapan Rafizi Ramli Di Forum PAC 1MDB, Najib Bersubahat Atau Tidak Bersalah

Berikut disiarkan ucapan Sdra YB Rafizi Ramli, Naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Pandan di Forum PAC - 1MDB, Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah yang berlansung di IDCC Shah Alam malam tadi.

Turut menjadi panelis forum berkenaan ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad; aktivis hak asasi manusia, Cynthia Gabriel dan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.