10 Mei 2016

Isu Satu Logo Untuk Pakatan Harapan

Pasca PRN Sarawak: Gagasan satu logo dan kesatuan Pakatan Harapan Oleh AMMAR ATAN, Exco Pemuda Amanah Nasional dan Mantan Presiden PMUM

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke 11 merupakan simbolik kepada kepada kegagalan Pakatan Harapan yang gagal untuk menambah inti (isi) tetapi hanya mampu menambah polemik pergeseran dan politik seksi yang kerap dimainkan oleh pembangkang.

Tanpa menafikan bahawa BN juga memperuntukkan puluhan juta wang untuk memastikan kemenangan di tangan mereka dengan pelbagai strategi kotor dan juga kesan daripada persempadanan semula. Tetapi dalam masa yang sama, Pakatan Harapan perlu sedar bahawa mereka juga lemah kerana gagal mengatasi kelemahan mereka sendiri.

PAS Pula Ajak PKR Sertai "PASIK"

PAS ajak PKR sertai blok politik ketiga

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama parti Islam itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PAS kembali bersama DAP dan parti itu.

Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa DAP, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti IKATAN mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Keputusan PKR untuk bersama PAS dan blok barunya atau Pakatan Harapan (PH) tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi dengan pengertian lain ‘strategi melambat-lambatkan permainan’ akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang,” katanya kepada FMT hari ini.