22 Jun 2015

[EDISI LAWAK] Apa Hak Satiful Halang Parti Baharu Sertai PR?


Pas tak setuju parti baharu sertai PR

KUALA TERENGGANU – Pas tidak akan sesekali bersetuju jika parti baharu yang akan dibentuk mahu menyertai PR.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan buat bantahan apatah lagi parti baharu yang dikatakan itu merupakan serpihan daripada Pas.

Menurutnya, kesediaan membentuk PR sebelum ini adalah melalui persetujuan tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP, manakala parti baharu tidak boleh sewenang-wenangnya menyertai PR.

“Kalau ada parti baru serpihan Pas, sudah tentu Pas tak setuju. Dia hendak bergabung dengan kekuatan apa? Atas alasan apa nak gabung,” katanya.Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Satiful yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu menjelaskan, mana-mana isu yang tidak mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti sebelum ini tetapi diteruskan juga sudah tentu memberi kesan kerjasama tersebut.

Antaranya katanya, isu pertandingan tiga penjuru di kerusi Kota Damansara pada PRU13 lalu berlaku berikutan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) diturunkan di kerusi itu.

“Pas tak setuju dengan calon PSM kerana dia hendak tanding atas tiket dia. Mana-mana perlu dapatkan persetujuan. Kalau tak setuju, tak boleh,” katanya.

Beliau mengharapkan semua ahli Pas kembali ke matlamat asal untuk sama-sama menguatkan parti dan memastikan hala tuju lebih baik dalam PRU14 akan datang.

“Kita harap ahli istiqamah hingga menang. Yang penting ahli istiqamah dengan bahtera yang ada.. yang kalah, kita harap jangan cepat buat keputusan yang bertentangan dengan parti tetapi ambil masa perbaiki diri mungkin akan dipilih semula pada pemilihan akan datang,” katanya. -SH

ULASAN GB

Sudah mabuk agaknya geng taksub ni. Apa hak dia nak halang parti baharu menyertai Pakatan Rakyat? Silap gaya DAP dan PKR lebih berkehendakkan parti baharu daripada PAS yang sebenarnya sudah tidak lagi mengamalkan akhlak Islam. Ulama-ulama PAS menang di dalam pemilihan dengan cara ijik dan kotor, dengan fitnah, dengan cai, dengan makian, dengan cacian, dengan melabel pihak yang tidak disukai sebagai Jebon, Anwarinas, Liberal, kuda DAP dan sebagainya. Adakah Allah meredhai perbuatan mereka itu?

Kata-kata Satiful di atas menggambarkan betapa takut dan kecutnya dengan kemunculan parti baharu untuk menggantikan PAS yang sudah jauh menyimpang dari perjungan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Selebihnya bacalah komen para pembaca Sinar Harian yang GB sempat printscreen seperti di bawah ini yang rata-rata mentertawakan kenyataan dan gelagat PJ PAS Terengganu itu:



Mahfuz & Salahuddin Dilantik AJK, Mahukah Mereka Terima?


Salahuddin, Mahfuz dilantik AJK PAS pusat

Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.

Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan Ibrahim.

Malaysiakini telah menghubungi Salahuddin tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Manakala Mahfuz pula berkata beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.

"Saya belum terima surat seperti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, saya akan jawab secara bertulis (jika terima surat). Saya masih belum terima lagi surat itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, lima lagi pemimpin PAS dilantik ahli jawatankuasa PAS peguam Datuk Wan Mutalib Embong, Dr Najihatul Salihah Ahmad, Mohamad Husin, Mukhtar Suhaili dan Zainal Abidin Kidam.

Tuan Ibrahim turut mengumumkan bahawa Datuk Mustafa Ali sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pusat.

Manakala jawatan Setiausaha PAS kini disandang oleh Datuk Takiyuddin Hassan yang dibantu oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi.

Bagi jawatan bendahari pula PAS melantik Mohamad Noor Mohamad sementara Ketua Penerangan oleh Nasrudin Hassan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat telah menerima surat peletakan jawatan Mazlan Aliman sebagai anggota jawatankuasa PAS dan beliau akan menggantikan calon lain bagi mengisi kekosongan itu.

“Peletakan jawatannya (Mazlan) diterima. Masih ada satu kekosongan dan akan diganti,” katanya.

Minggu Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meletak jawatan itu serta merta kerana mahu fokus kepada NGO yang disertainya. -mk

ULASAN GB

Sehingga ulasan ini ditulis, kedua-dua Mahfuz dan Salahuddin belum membuat keputusan samada menerima atau menolak perlantikan sebagai AJK PAS Pusat.

berdarakan kehadirannya di himpunan "Perjuangan Baru Bermula" di Bakri minggu lalu, Mahfuz dan Salahuddin sepastinyalah telah mendengar dan menyaksikan sendiri apa kehendak akar-umbi.

Dan sepastinyalah mereka berdua mendengar dan menyaksikan bagaimana rakyat akar-umbi telah menyambut Mazlan Aliman dan menobatkannya sebagai seorang "wira" pada malam itu. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana Mazlan, sekalipun menang sebagai AJK, tetapi beliau secara gentleman telah mmelepaskan jawatannya kerana selain dari ingin bergiat sepenuh masa di dalam NGO ANAK, tetapi juga ingin terus bersama dengan rakan-rakan dari kalangan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan yang lalu.

Rakyat akar umbi sudah meluat dengan PAS, sebuah parti Islam yang TIDAK DAPAT DIKATAKAN ISLAM LAGI kerana mengamalkan akhlak-akhlak yang tidak Islam. Melabel, memfitnah, mencaci, memaki sudah menjadi budaya dan resam baru ulama-ulama PAS.

Sehinggakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam telah menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti yang dikatakan parti Islam.

Itu sebab mengapa akar umbi mahkukan sebuah parti Islam yang baharu, mereka jijik dengan perlakuan ulama-ulama PAS yang berakhlak lebih dasyat dari "kafir" sehingga memeranjatkan DHPP sendiri.

Justeru itu terpulanglah kepada Mahfuz dan Salahuddin untuk memilih, terima atau tolak perlantikan tersebut.

Sebaik-baik jalan ialah beristikharah untuk mendapatkan jawapan. Di sana telah tersedia jawapannya. Dan GB yakin bersamaan denga apa yang GB nukilkan di atas. InsyaAllah.

UMNO Berkempen Untuk Ulama Semasa Muktamar PAS


Umno bantu ulama dalam PAS, kata Mat Sabu

Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.

"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya.

Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu.

Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini.

"Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.

ULASAN GB

Jadi hairankah kita dengan kemenangan kumpulan ulamak apabila mereka terang-terang mendapat sokongan dari media UMNO...

Tak cukup dengan "papagomo-papagomo versi PAS" seperti El-Haraki, TUC, Keli Laut, Albangi, Huzir Sulaiman dan lain-lain yang menggunakan media baru sebagai bahan untuk memfitnah, mencaci, memaki dengan segala macam label seperti JEBON, Anwarinas, Liberal dan sebagainya kepada golongan progresif, mereka turut dibantu oleh media-media UMNO untuk turut sama menghentam kumpulan profeional dan meenyebelahi ulama.

UMNO terpaksa berpaut kepada ulama PAS untuk survival mereka. Beitulah sebaliknya, PAS (pro-ulama) terpaksa bergantung kepada UMNO sehingga Presiden PAS menyatakan UMNO tidak seburuk Firaun.

Dan ianya terbukti apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengeluarkan kenyataan: "Inilah masa terbaik untuk UMNO dan PAS bersatu!"